CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1346|Reply: 4

[Tempatan] {7} Ceroboh sempadan Msia: potong dawai, panjat tembok dikesan !

[Copy link]
Post time 27-12-2013 07:32 AM | Show all posts |Read mode
Padang Besar, 27 Disember : Batalion ke-18 Pasukan Gerakan Am (PGA) mengesan beberapa kawasan di tembok konkrit sempadan Malaysia-Thailand di sini, yang menjadi laluan masuk pendatang asing tanpa izin  ke negara ini.


Tinjauan bersama anggota PGA mendapati besi yang menjadi penyokong dawai kawat di atas tembok konkrit antara kawasan kawalan TS11 dan TS12 berhampiran Padang Besar dipotong serta dilipat sehingga terbentuk lubang selebar satu meter.


   Selain itu terdapat kesan geseran pada dinding tembok serta beberapa barangan ditinggalkan seperti pakaian, selimut, tilam dan bantal kecil serta beberapa bungkusan makanan dan minuman.


   Komander Kompeni A Batalion Ke-18 PGA Asisten Superintendan Zakaria Said berkata, pihaknya mengesan situasi itu sejak Sabtu lalu selain mendapati semak-samun lalang diratakan di lereng bukit selain kesan runtuhan kecil berhampiran laluan keselamatan dekat tembok konkrit sempadan.

      Menurutnya, sepasukan anggota PGA diketuai Inspektor Shahurin Abdul Hamid membuat intipan  jam 3 pagi Ahad lalu dan berjaya menahan seramai 32 orang pendatang asing tanpa izin warga Myanmar ketika mereka sedang berkeliaran di atas jalan keselamatan.


   “Pemeriksaan  mendapati mereka terdiri daripada 10 kanak-kanak lelaki, lima kanak-kanak perempuan, sembilan lelaki dan lapan perempuan berusia antara dua hingga 35 tahun didapati tidak mempunyai  dokumen perjalanan yang sah.


   “Sebahagian besar pendatang asing tanpa izin yang berjaya ditangkap itu mempunyai hubungan suami isteri dan kanak-kanak yang turut ditangkap adalah anak kepada beberapa pasangan di kalangan mereka,” katanya, di sini, semalam.- Harian metro

p/s sempat tido-tiduran kat situ...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2013 08:10 AM | Show all posts
yg malaysian pegi thailand lalu golok diorang ok je
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 08:26 AM | Show all posts
masa aku lalu padang besar 2 minggu lepas, aku tgk rumah dekat2 jer antara sempadan malaysia thailand...

senang betul nak masuk ke malaysia...

yg jaga sempadan pun rilek2 jer aku tgk...aman damai sungguh...

p/s sedap nasi beriani ayam goreng kat kedai hujung padang besar thailand..murah pulak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 09:28 AM | Show all posts
napelah dorang suke bebeno masuk Malaysia.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 09:30 AM | Show all posts
Bahaya tu. Mcm selamat utk menyeludup masuk.
Sampai tidur2 semua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.431987 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list