CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1759|Reply: 4

[Tempatan] Port Dickson bukan lagi ‘pekan koboi

[Copy link]
Post time 26-12-2013 09:08 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 25 Dis. - Syarikat pemaju hartanah, TSR Capital Bhd. (TSR Capital) komited untuk melakukan transformasi pada pekan Port Dickson, Negeri Sembilan menerusi projek yang dijalankannya, PD Waterfront.
Menurut Ketua Pegawai Operasi TSR Capital, Datuk Wan Abdul Razak Ismail berkata, PD Waterfront akan mengubah imej pekan Port Dickson daripada ‘pekan koboi’ kepada sebuah pekan pelancongan.
Beliau berkata, pihaknya membangunkan PD Waterfront menerusi lapan fasa, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.8 bilion.
Katanya, setiap fasa memerlukan perbelanjaan lebih RM100 juta.
Fasa pertama telah pun siap dengan ruang pejalan kaki, restoran-restoran, kompleks beli-belah, taman pantai, jeti, kompleks perniagaan dengan lebih 60 lot kedai, hotel-hotel, tempat meletak kenderaan dan banyak lagi, jelas beliau.
“Salah satu pertaruhan kami bagi merancakkan pembangunan PD Waterfront adalah menerusi pembinaan pangsapuri perkhidmatan, D’Wharf dengan GDV RM130 juta.
“Lebih 80 peratus pembeli telah membuat tempahan bagi projek kediaman 15 tingkat ini dan dijangka habis dijual sebelum akhir bulan ini. Projek ini dijangka siap pada 2016.
“Kerja-kerja memasang cerucuk D’Wharf telah dilakukan pada September lalu dan sasaran pasaran kediaman ini adalah untuk rakyat Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini, baru-baru ini.
Yang turut hadir pada sesi temubual itu ialah Akauntan Kumpulan TSR Bina Sdn. Bhd., Ng Kim Keong.
PD Waterfront seluas 25.2 hektar dan terletak dalam lingkungan satu kilometer sekitar pekan Port Dickson.
Setakat ini, hanya lapan hektar daripada 25.2 hektar telah dimajukan.
TSR Capital ditubuhkan 15 tahun lalu dan boleh disifatkan masih baharu dalam bidang pembangunan hartanah iaitu kira-kira lima tahun.
Bank tanah TSR Capital setakat ini masih berbaki 101.2 hektar untuk pembangunan bercampur, terletak di Sintok dan Gurun di Kedah, serta di Bandar Enstek, Sepang, Selangor.
Menurut Kim Keong, pihaknya juga merancang untuk membeli bank tanah di Lembah Klang bagi tujuan pembangunan bercampur iaitu kediaman dan komersial.
Katanya, pihaknya masih meneroka peluang untuk memiliki hartanah di zon tengah Semenanjung.
“Kami mahu membina kediaman mampu milik dan harga setiap unit bergantung kepada lokasi projek,’’ ujarnya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2013 10:57 AM | Show all posts
maju2 pun - jalan g pd dari batu lapan@teluk kemang tu satu jer - berhadap jem time hujung minggu dan cuti umum - puiii -
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 11:32 AM | Show all posts
mohon isa samad, bijan, jena jen wat gathering reunion di port dick son tahun depan
ala2 alumni gittuhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2013 11:49 AM | Show all posts
cmf_premierleag posted on 26-12-2013 11:32 AM
mohon isa samad, bijan, jena jen wat gathering reunion di port dick son tahun depan
ala2 alumni git ...

lain mcm je bunyi dia...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 11:52 AM | Show all posts
bangga orang rembau most wanted
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.370702 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list