CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1739|Reply: 3

[Jenayah] Dicekup ketika Lalok

[Copy link]
Post time 19-12-2013 11:26 AM | Show all posts |Read mode
                                            
Suspek dadah dibawa ke IPD Sabak Bernam selepas menerima perintah reman daripada Mahkamah Majistret Sungai Besar.                                                                                                                                   

                        
                                                                                                        SABAK BERNAM – Tujuh ‘kaki lalok’ berjaya ditahan polis di dua lokasi berasingan di Sungai Besar dan Sabak Bernam, Isnin lalu.
       
        Serbuan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, yang di ketuai Asisten Superintendan, Ramli Raaf bersama lima anggotanya berjaya mencekup lima suspek di Jalan Pantai Bagan Sungai Besar.
       
        Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, operasi kira-kira jam 10 pagi itu berjaya menahan kesemua suspek lelaki yang ketika itu dalam keadaan mencurigakan selepas dipercayai baharu melepaskan gian masing-masing di kawasan berhampiran.
       
        “Kesemua mereka yang ditahan berusia lingkungan 28 hingga 58 tahun dipercayai penduduk setempat yang menjadikan kawasan itu sebagai ‘port’ mereka menjalankan aktiviti tidak bermoral,” katanya.
       
        Noor Mushar berkata, dalam operasi kira-kira jam 2.20 petang berikutnya pula, operasi yang turut diketuai Ramli bersama lima anggota narkotik IPD Sabak Bernam dan dua anggota Balai Polis Sabak Bernam berjaya mencekup dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.
       
        Beliau berkata, kedua-dua suspek berusia 29 dan 38 tahun itu ditahan di Jalan Raja Chulan Sabak Bernam selepas dipercayai ‘lalok’ kerana baharu mengambil dadah.
       
        Beliau berkata, kesemua yang ditahan di dua lokasi itu kemudiannya dibawa ke IPD Sabak Bernam.
       
        Hasil ujian air kencing mendapati kesemua mereka yang ditahan itu positif dadah jenis heroin, katanya.
       
        Menurutnya, empat daripada suspek di Sungai Besar dan dua dari Sabak Bernam di reman selama tujuh hari bermula kelmarin sehingga 27 Disember ini, manakala seorang daripada mereka yang berusia 58 tahun dijamin polis kerana menghidap penyakit HIV.
       
        Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.


http://www.sinarharian.com.my/tu ... kena-cekup-1.232061

                                                                                                                                                                      

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2013 11:29 AM | Show all posts
tempe cicah heroin
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 12:55 PM | Show all posts
ushioz posted on 19-12-2013 11:29 AM
tempe cicah heroin

sindiran kejam..lol
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 12:59 PM | Show all posts
yg umur 58 tu, x insaf2 lagi ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.036052 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list