CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JokesCop

[Ultra Best][Siri Mari Tidur Bukak Lampu] #2520 Mean Girl 2 [12] - Page. 101

   Close [Copy link]
 Author| Post time 17-12-2013 12:20 AM | Show all posts
TITLE: HOSTEL [6]
TEMPAT: Apartment University
LAIN2: cont. HOSTEL [5]

[QUICK RECAP]
Previously on HOSTEL.. Cadangan mengadakan kenduri telah dicadangkan, cadangan ditutup...

[THE PRE-CEREMONY]
Di sebabkan rumah kami yang telah menunjukkan tanda2 ke"angker"an kecil, kami pun memutuskan untuk mengikut pendapat Mujib mengadakan acara2 kenduri-kedara. Syeik dan Apis ditugaskan dengan menjemput kawan2 dan mengemas rumah. Aku dan Anton mengambil tugas menyediakan juadah untuk para tetamu. Disebabkan Team Syeik dan Apis berjaya berkerja telebih efektif dan berjaya menjemput 5 ribu orang (read: dalam 20 orang je x termasuk kami), satu permasalahan yg dianggap lebih besar dari jembalang yg menumpang rumah kami melanda ke atas kami (read: at least aku dengan Anton).

JC: Kite buat majlis nak halau hantu, bukan nak buat sarkis, yang ko pi ajak ramai2 buat ape??!!!
Apis: Ko suruh aku jemput sape2 yg aku kenal. Aku buat la fesbuk event.
Anton: Bagus la En Apis oii, lenkali ko sewa lori dgn loud speaker skali pi jemput satu University. Lepas tue, ko dengan lori tue bole jahanam masuk dalam gaung..

Di sebabkan kemarahan berserta ketidak-setujuan aku dan Anton untuk mengadakan majlis besar2an (read: 20++ orang). Tabung kilat yang berjaya dikumpul oleh kami berempat adelah dalam RM20. Mak Enon dan Cik Kiah oii, 20 orang nak jamu ape 20 hengget ? Satu kepale budget RM1.. Rokok batang bole la dapat sorang 2. Aku dan Anton yg berada dalam dept FAB (read: Food and Beverages) betul2 tersepit dalam permasalahan yg pada mase itu dah same tahap dengan kemurungan ekonomi Malaysia 1998. Jadik kami pun "terpakse"lah berjalan jauh sedikit untuk mencarik barang keperluan..

Kalaulah Syeik dan Apis bace cerite nie, perenggan dibawah nie adalah cerite yg sebenar-benarnye berlaku dan kami lansung tiada mereka-reka cerita.

Aku dan Anton keluar rumah dalam pukul 6 petang untuk mencari makanan dan air. Lepas menunggang dan membonceng sejauh 150KM. Kami berjaya membeli 25 bungkus nasik Ayam dan 25 bungkus teh tarik dengan hanya RM20.. Malangnye, kesemua makanan itu telah jatuh dari motor semase kami cube mengelak seekor kucing cute yg cube melintas jalan.. Seorang brader yg menaiki kereta Skyline GTR putih yang berada di tempat kejadian yg merasa simpati terhadap nasib kami telah memberi kami sepeket tembakau rokok berjenama Harvest, sepeket Twisties perisa ayam BBQ dan sebotol air Pepsi (besar). Disebabkan tempat membeli makanan sedikit jauh, kami terlewat sampai. Kami lansung tidak pergi ke mana-mana kedai permainan Snooker yang ade papan tanda liplap bertajuk "Pusat Snooker Dot Dot Dot" yang mengadakan tawaran istimewa Main Sejam Percuma Sejam.. Kami juga masuk ke dalam rumah tepat selepas selesai bacaan yassin dan solat fardu isyak adalah kebetulan semata2, dakwaan Bad dan beberapa rakan taulan mengenai mereka melihat kami isap rokok di tepi tangga sehingga tamat upacara adalah tidak berasas dan tidak relevan sama sekali.. Owh, last sekali, hanset kami in silence mode sebagai mengormati Hari Keputeraan salah seorang Sultan di tanah jawa yang ke-17, kami x sedar pun 50 kali miskal dari korang.. Sekian..

[THE CEREMONY]
Setelah kenduri, solat berjemaah dan bacaan yassin selesai dan Mujib memulakan sesi "halau"+"bunuh"+"pagar"? Aku pun xsure ape yg berlaku. XTVT (read: aktiviti) Mujib mase tue adalah:

XTVT 1 : Berjalan keliling rumah sambil usha semua bilik.
XTVT 2 : Berhenti di certain2 tempat sambil "murmur" sesuatu yg kami x paham(read: at least yg aku sure, aku x paham)
XTVT 3 : Menabur bende yg kelihatan seperti garam di penjuru2 rumah.
XTVT 4 : Bergambar dengan kawan2 yg hadir pada majlis itu beramai2.. In which, aku rase xde kene mengene pun dengan sesi halau+bunuh+pagar, tapi worth a mention kan..

Semua XTVT diikuti oleh 20++ org dengan taat dan setia, ada yg membulatkan mata, ade yang mengangguk tanda setuju, ada yang membawa baldi, berhimpit2 di koridor, ada yg mengangguk2 tanda ngantuk dan 2 orang sedang menghisap rokok bedekatan pintu rumah.. Wahai kawan2 yg dihormati, hindarilah kebanjingan perangai seperti kami ini. Jembalang2 tanah mcm kami nie memang x patut dibantu oleh sape2 yg ikhlas terutama seorang yg mcm Mujib.. Aku memang dengan seikhlas hati amatlah berterime kasih kepada Mujib kerana sanggup mengorbankan masa beliau dengan karenah kami yg rata2 mcm siamang x cukup kabohidrat.

Cuaca di luar apart bermula dengan dentuman guruh dan hujan yang lebat. Bukanlah sebab upacara yg sedang berlansung, hanyalah cuaca biasa. Al-maklumlah, musim hujan mase tue.. Mujib memberitahu kepada Apis yang "sarang" bende nie adalah disekitar biliknya hingga ke jamban.. Maka terkotor sedikitlah spender Apis dengan perkhabaran itu.. In which, spender Syeik juga mengalami kotoran yg lebih sikit dari Apis.. Lepas Mujib mengajar beberapa potong ayat kepada Apis dan Syeik(read: die x ajor aku dengan Anton pun, sentap tau!!), die pun meminta untuk mengundurkan diri dari kejahilan2 yg telah dilihat di rumah itu.. Disebabkan hujan yg turun mcm x ingat nak shtapppp (read: stop/berhenti).. Ramailah yg x dapat balik rumah dan membuat keputusan untuk bersemayam di rumah kami.. Bak kate pepatah, seorang = scary, 2 orang = less scary, 20 orang = pesta buih la jadik nye..

Aku dan Anton pun mengeluarkan bungkusan Harvest yg "didermakan" oleh brader Skyline GTR putih dan menghidangkan kepada para tetamu yg datang sebagai tanda menghormati tetamu. Wahai rakan2 yg budiman, perbuatan kami yg mengabiskan sepeket Harvest dalam masa satu malam adalah umpama "halau sekor jin, jemput beribu2 jin masuk ke dalam rumah tersebut". Amaran!! Perbuatan ini dilakukan dan dipantau oleh insan2 yg profesional. Do not at any circumstances, try this at HOME. Ini kerana, ceiling rumah bole berubah menjadik hijau dek kerana asap Harvest yg terlalu banyak. Pukul 2-3 pagi, hujan dah semakin reda dan ade yang sudah mula menyatakan niat nak balik kerumah masing2 (yg same blok la).. Yang tinggal kat blok/apart lain, amik keputusan nak stay je kat rumah kami. Jauh nak balik gamaknye.. So dalam 20++ orang tue, tinggallah dalam 8-9 orang tidor rumah kami. Untuk mengurangkan impak ke-scary-an yg melanda, kami ambik keputusan nak tido kat ruang tamu beramai2.. Amik sume tilam dari bilik masing2 dan hampar kat ruang tamu.. 4 tilam single bed, bile kite jigsaw puzzle kan die bersamaan dengan keadaan yg selesa untuk tidor untuk 8-9 orang..

[THE POST-CEREMONY]
Kami ambik keputusan untuk tidur sambil bukak lampu, dalam 9 orang tue, Syeik sorang je yg ade ability tdo sambil lampu terpasang, yg lain sume, selagi lampu x tutup, selagi tue mulut x reti2 nak tutup.. So, kami amik keputusan, tutup je sume lampu. Memule Syeik hanyut ke alam mimpi, lepas tue, Apis dan diikuti oleh semua-semua insan hinggalah aku dan Anton terkebil2 dalam kesamaran lampu koridor.. Kami tido di bahagian paling dekat dengan pintu rumah. Ekceli, aku pilih spot paling dekat dengan pintu (read: korang tau kenape kan) and Anton nak tdo sebelah aku, so that's the way we roll lah.. Tengah aku dengan Anton berborak2 dengan pitch rendah (read: sume orang dah tdo, xkan lah kitorang nak borak kuat2, x bertamadun tue namenye), tetibe kami nampak Apis bangun and terus pegi ke sinki(note: keadaan yg gelap dan samar2 nie membuatkan aku dan Anton terpakse agak2 ape yg Apis tgh buat).. Selepas lame kami usha-usha, ler bancuh air ke budak sekor nie.. Dah oberdos isap rokok, bukan setakat paru2 je kering, tekak pun boleh kering gak.. Aku dengan Anton tengok je la..

Anton: Pis, buat lebih sikit, aku pun haus gak..
(Apis diam je, sambil tangan laju mengacau gelas)
JC: Hensem, buat aku sekali tau.. ko dengar x ?
(Apis diam lagi, mcm merajuk dengan perangai xsemenggah kitorang haritue)
Anton: (Manje) Alalalalala, abang Apis hensem, buat la air untuk kitorang sekali..
(Setelah lame mendiam, tetiba Apis bercakap)
Apis: Datang la sini, banyak sangat kene buat nie.. Sini la..

Dan-dan Anton nak bangun pegi ke Apis, tetibe die kene sentap dengan budak yg tdo sebelah die (note: watak sampingan x penting, so aku malas nak kasik MBLBNS). Budak yg keadaan die mcm orang kene parkinson tue pegang tangan Anton (read: sampai tinggalkan bekas merah tapak tangan + 5 jari) sambil menunjuk ke arah Apis (read: yang sdg tdo yer kawan2, bukan yg sedang buat air itu).

KABAAAAAAAMMMMMM!!!! (sfx: jantung aku, Anton + watak sampingan jatuh)

Berderau darah kami bertiga apabila nampak Apis tengah tdo sebelah Syeik. Segala2 titisan darah dalam badan mcm hilang.. Mane x berderau, orang yg buat air tue ketinggian, bentuk badan dan kepalenye yg pesyen gunting 1 mata tue memang sebijik mcm Apis.. X kurang dari itu, suare die pun sebijik mcm Apis.. Belum pun sempat Aku, Anton dan watak sampingan punye darah nak meresap balik ke badan kami, tibe2 Apis bersuara lagi..

"Apis": Datang la sini.. Heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~~~(sfx: mengilai)

Apis Double, Anton, Aku dan watak sampingan sama2 ghaib dari rumah tersebut.. Apis Double mungkin telah kembali ke alam fana nya or masih berada di sinki itu sambil merasa kesepian dan neglected, aku x sure.. Aku, Anton dan watak sampingan berdesup ke tingkat ground floor (read: bukan teleport yer rakan, lari selaju angin).. Aku x tau mcm mane aku bole sampai ke situ dah, tapi sedar2 dah ade kat ground floor.. Mase nie aku rase Anton dah sedar yg "rumahku yg dulu bukanlah yg sekarang" (hey~)..


TU BI KON TI NUW~~


[AFTERMATH]
Aku dan Anton yg berkeadaan memakai seluar katok sambil x pakai baju, nak x nak terpakse return ke rumah untuk mengambil baju2 sebab x kan lah kitorang nak belengeng mase tengah2 sejuk lepas ujan, lagipun dah nak subuh. Kang orang nak pi semayang subuh nampak ade 2 orang x pakai baju diingatnye hantu minyak ke hape ke. X ke kene belasah dengan budak2 U yg baru nak up. Silap2 kene sula free je karang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2013 12:31 AM | Show all posts
haaa.. ade pon.. thanks JC..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 12:42 AM | Show all posts
timer kasih tt ... memang nunggu nieh
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Siamang xcukup karbohidrat??gelihati hati aku dengan ayat tu syabass TT terbaekk laa..:lol
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 01:35 AM | Show all posts
1 episod je ke bos mlm nie?

aku bce citer nie gelak ngekek2
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
kelakar, bli nasi ayam bagai... hahaha.. seram , terbayang2 apis double kt sinki... heeeeeeee...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-12-2013 03:40 AM | Show all posts
TITLE: HOSTEL [7]
TEMPAT: Apartment University
LAIN2: cont. HOSTEL [6]

[QUICK RECAP]
Previously on HOSTEL.. "Marilah Sini, Marilah Sini" - lambai2 sambil sengeh2... Dua insan normal berlari2 heppi di tepi-an koridor.

[BROTHERS THAT IS NEGLECTED]
Aku dengan Anton pun mcm pikir 10 belas juta kali nak balik rumah lepas melalu pengalaman anti-waras tersebut. Tapi disebabkan kitorang masih lagi dalam pemikiran orang dewasa, dicekalkan jua hati untuk balik. Yerla, x pakai baju sambil melilau2 kat perkarangan apart bukanlah satu activity yg sihat bagi 2 teruna. Activity yg banyak buruk dari baiknya itu terpakse aku dan Anton tinggalkan dan melangkah kaki yg berat mcm dipeluk seekor gajah tertelan ikan paus ini balik ke apart. Mane watak sampingan yg x penting tue korang tanye ? Aku 80% yakin beliau lari sampai ke apart beliau dengan berkaki ayam, 15% aku yakin die lari balik ke kampung beliau yg terletak di suatu kawasan di utara tanah air dengan berkaki ayam, 5% aku yakin die sekarang nie dah sampai di London dengan berkaki ayam..

Sampai je didepan aprt, aku tengok budak2 yg tdo rumah aku dah kat luar pintu.. Antara tapir2 yg sedar berkawat adalah Syeik dan  Apis dalam keadaan mcm tiga suku peratus nak kene penyurupan dah. Derang tengok aku dengan Anton yg berfesyen mengalahkan Miley Cirus dlm VC Wrecking Ball tue pun dah sedar dah yg bende dalam rumah kitorang tue bukan bole dibuang dengan semudah itu.. Nasib baik baju dan seluar aku dengan Anton di gantung dekat ruang tamu, so kami pun gegas masuk dan pakai baju dekat corridor (read: sejuk woo, kang kene frostbite mcm mane?). Kitorang pun dengan keadaan kawat ketaq berkawat sekali lagi ke rumah Bad a.k.a kem pelarian dari ganguan mahluk yg xbersopan.

Sampai kat rumah Bad, Syeik punye kompang-an ke pintu rumahnye tue aku sure bole didengari dalam radius 10KM sebab kekuatan die mmg dah macam gorilla betine carik anak dah time tue. Aku x sure la mase tue aku nak rase ape dah, takut ke geram ke heppy ke.. At this rate, bukan je bende nie effect aku punye tempat tdo. Tapi effect aku punye hidup. Ko gle, kalau dah monteng kelas je memanjang, itu mengundang fail semester namenye. Yg paling banyak tertekan dalam perkara nie adalah Syeik, aku tengok hidup die memang dah betul2 x keruan.. Walaupun antara kami2, die x pernah lansung mengalami penampakan dalam rumah puaka tue, tapi die lah yg paling terjejas sekali.. Perasaan tue bukan je dirase oleh aku sorang.. Anton pun dah xpuas hati semacam dengan keadaan nie.

[MOTHER OF ALL SOLUTION]
Disebabkan keadaan marah yg mencanak2, kami mengambil keputusan untuk keluar for good dari rumah puaka sari tersebut. Untuk berbuat demikian ade beberape perkara perlu kami buat:

PERKARA 1: Surat tunjuk sebab keluar rumah
PERKARA 2: Sebab kami dah bayar duit sewa satu sem, kami perlu mendapatkan semula duit tersebut yg berbaki lagi 2 bulan
PERKARA 3: Kalau x dapat duit, kami perlu berbincang dengan pihak U untuk mendapatkan penukaran bilik yg same harga.
PERKARA 4: Sebab dah setengah Sem, susah nak dapat apart kosong di U yg same, melainkan rumah kosong tersebut juga adalah rumah yg dihuni jembalang/jin ataupun paip bilik air bocor dalam keadaan kritikal. so, refund, enuff said..
PERKARA 5: Surat itu hendaklah di hantar ke managment yg zalim mengalahkan zionis dengan cogan kate terkenal beliau, "kami bagi anda notis 24 jam untuk kosongkan premis rumah".

Tapi disebabkan kehidupan kami bukan mcm cite drama melayu yg dilakonkan oleh anak2 boss2 syarikat koperat yg berpangkat tidak kurang dari tan sri atau remaja2 yg miskin tapi bawak Ferarri or Poshe, kami memerlukan baki sewa rumah itu dan kami bercadang untuk menulis surat rasmi kepada en. managment sebelum keluar dari rumah tersebut.

Cadangan yg baik itu mendapat sorakan bergelombang dari semua osmet aku.. Dan merupakan cadangan yg paling baik pernah diusulkan oleh kami. Memang cadangan yg paling munasabah dan kalau Alfred Noble hidup lagi mase zaman tue, kami bolot kesemua kategori hadiah tahun tue. Cadangan terbaik tue ntah mcm mane bole bertukar menjadi living disaster disebabkan oleh satu name.. "Anton". "Kebijaksanaan" 4 orang pelajar University melantik Anton sebagai wakil menulis surat rasmi kepada pihak managment menunjukkan yg sememangnye kami "sangat"lah layak masuk U. Kenape ye kawan2? Mari kite lihat surat rasmi Anton seperti di bawah.. In which, aku x ingat sepenuhnye isi kandungan tapi, lebey kurang mcm kat bawah nie lah.

ALAMAT KAMPUNG ANTON (note: mane alamat apartment yg kitorang duduk sekarang nie?)
ALAMAT U SECARA GENERAL (note: bukan alamat managment apart kitorang)

TO: WHOMEVER IT MAY (note: Anton tertinggal perkataan Concern dan ini adalah satu2nye ayat mat saleh dalam surat nie)

Kepada En. Zalim Bin Menzalimi (note: tetibe Anton tau siape plak yg die nak sent surat nie siap name bapak lagi)

Rumah kami ade hantu. Kalau x refund duit kami, kami akan pecahkan semua tingkap dan perabot. Lepas pecahkan rumah nie, kami pecahkan kereta En. Zalim.

Kami nak refund duit!! ulang dalam setiap perenggan.

(Ekceli ayat die berbunga2, tapi ape yg aku nampak memang maksud die mcm kat atas nie)

Yg Benar,
Anton (Nama singkatan Anton dan nasib baik name aku dengan yg lain2 x terpalit dalam surat bodo nie)


[FATHER OF ALL THAT CAN GOES WRONG]
Setelah Anton yang bijaknye mengalahkan lembu yg bijak memilih pemerah susu yg baik dan jahat. Beliau terus send email tue tanpa mengkonsult kitorang dulu. Aftermath dari kejadian ini, pihak management declare national manhunt ke atas penghantar email tersebut. Surat dari managment berbunyik lebih kurang seperti di bawah

Kepada En. Anton (note: nickname Anton)
Kami mahu En. Anton dan osmet datang berjumpa kami dalam masa terdekat.
Jika ade barang yg rosak, tindakan tatatertib akan dikenakan.
Kami akan siasat siapa En. Anton dan perkara ini akan dibawa ke mahkamah U.

Yg Benar,
En. Zalim Bin Menzalimi
Pangkat : Ketua Managment
(Lain2: Aku x kan kene fired sebab aku ade skandal dengan pendaftar University yg jantina die lelaki jugak)

disclosure email yg lagi panjang berjela dari reply die.


Disebabkan kitorang dah tersalah approach dengan situasi nie. Jadik masing2 xnak amik risiko untuk berhadapan dengan En. Zalim. Walaupun die tembak kami berempat di kepala dan dihadapan ketua polis negara pun. Dengan magiknya, beliau akan menjadi mangsa dan segala kesalahan beliau akan diampun sepenuhnya. Tambahan lagi, dengan magiknya, besar possibility beliau akan dinaikkan pangkat menjadi ketua warden penjara nasional dan dianugerahkan gelaran Tan Sri kerana perbuatan xbertamadun beliau.  

Nasib kami agak baik sebab alamat email yg digunakan oleh Anton bukan name penuh beliau, tetapi name penuh skateboarder yg berasal dari Canada ditambah dengan smiley face dan nombor yg aku xsure melambangkan ape. Dafaq Anton!!!!

[SISTER THAT CAN'T NEVER LEAVE US]
So terpakselah kami meneruskan kehidupan kami secara abnormal. Syeik dengan Apis dah awal2 cabut dari rumah tersebut dan cuba menghabiskan sisa2 hidup mereka di rumah kawan beliau. Aku dengan Anton yg mempunyai kekasih bernama PC di rumah tersebut, terpaksa tinggal die rumah puaka niyang rapik tue sebab xde rumah yg nak kitorang..

Ape yg kitorang buat adalah dengan memenuhi rumah tersebut dengan segala macam bacaan, termasuk azan pada setiap waktu. Iqamah pada ble terasa nak Iqamah. Baca alquran + bukak mp3 al-quran. Kalau keluar je rumah, mesti on PC sambil bukan mp3 al-quran and put it on repeat. Rumah yg dulu nye dipenghuni oleh mambang2 xingat tuhan kembali di segari bacaan2 rohani yg bergema kadang2 sampai orang ingat rumah kitorang dah tukar jadik surau dah..

Lepas buat mcm tue, gangguan2 besar (read: penampakan) terus xde, tapi gangguan kecik still ade la, cume dah makin berkurangan..  And lame-kelamaan, kitorang semakin dapat survive dari gangguan2 nie.. Syeik dan Apis pun dah bole balik rumah dan idup mcm biase, bergelak ketawa mcm dulu.. mcm xde ape2 yg berlaku.. lame2 kitorang pun dah mcm terlupe yg rumah tue pernah ade gangguan penampakan sebab dah terlalu normal sangat.. Bende2 mcm azan, al-quran dsb dah makin berkurangan.. Biaselah manusia, "time susoh baru lah nak carik tuhan, time senang jangan harap"

Tapi, kenape aku x tamat siri hostel nie pada episode kali nie ? (read: episode 7)
Sebab ade sambungan die episode terakhir, kemuncak segala episode. Klimak amongst klimak la bak kate mat saleh x cukup umor..

Sooooo.. Until we met on the next chapter, stay classy MPS reader~~

TU BI KON TI NUW~~  

[AFTERMATH]
xde aftermath episode nie.. maybe next episode..

Legend:
VC: Video Clip

Comments

wakakakaaakk! lawak giler gaya penceritaan ko TT... haku neh smpai dh tergelak2 nk terkucil dh haa.. keekekekeh... syabas!!   Post time 17-12-2013 05:01 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Perghhhh.mannntoppp tt..tenkiu naaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2013 09:25 AM | Show all posts
BEST....sampai sejuk nasik lemak mama, tergamam membaca...hg ni lawak ka apa, mcm takut macam lawak tapi macam macam laaaa!!


hang kena sambung lagi ok JC!
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 09:57 AM | Show all posts
thanks JC.. cant wait for the last episode..panjang2 sikit k episod last sampai 24 M/s
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 10:03 AM | Show all posts
fuhhhh....
tersengeh2 aku membaca citer hantu di depan PC...

JC, ko mmg suka menulis ya?
sbb ko mmg ada bakat untuk jd penulis.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 10:31 AM | Show all posts
perghh.... meremang segala roma bace sambil tersengih2 dengan gaya penceritaan... bebudak lain kt opis dah pandang semacam dah, hikhikhik....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 11:04 AM | Show all posts
JCCCCCC
nak lagiiiiiikkkkkk

tapi kenapa nnt dah nk last episod?
nape tak duduk lame2 lagi kt rumah tu
nnt byk lah lg ceritaa
hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 11:21 AM | Show all posts
maybe last episode tuk citer apart. ni je kot..
pasni mungkin ade cerita2 lain lagi..
kan JC kan?
ke memang last terus??

ish, jangan la berenti... ko g lah carik hantu lagi, buat cerita mcm ni lagi...
lupa masalah kewangan aku kejap baca cerita ko..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Keras perit aku bc cite tt..terbaikk le...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kembangkembung posted on 17-12-2013 11:04 AM
JCCCCCC
nak lagiiiiiikkkkkk


Dun worry KK, last episode untuk Hostel, new begining utk new chapter..

Kalau Siri Hostel nie terjadik pada aku sampai la nie dan panjang berjela2.. Maybe aku xbole nak tulis cerite nie akibat dijangkiti sawan secara kritikal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2013 12:25 PM | Show all posts
JokesCop posted on 17-12-2013 12:17 PM
Dun worry KK, last episode untuk Hostel, new begining utk new chapter..

Kalau Siri Hostel nie  ...

kat mana beli nasi ayam tu? murah sangat2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 12:30 PM | Show all posts
JC ko tak tido tido lagi siang buta ni kan ko batman. kalu x tido cepat2 buat maha klimak kat sir hostel ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
KoSe posted on 17-12-2013 12:25 PM
kat mana beli nasi ayam tu? murah sangat2 tu..

Jalan straight, nanti nampak simpang 3.. Lepas jumpe balai polis belok kanan sampai hujung.. Ade sempang masuk kiri, jangan masuk.. Masuk kanan, lepas dah masuk kanan.. U-turn kat traffic light bawah flyover.. Nanti nampak ahkak jual taufufa.. Sebelah die ade kedai burger.. Brader tue tau mane nak beli nasik tue.. - Jawapan2 ikhlas aku dan Anton kepada Syeik dan Apis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
laila_zi posted on 17-12-2013 12:30 PM
JC ko tak tido tido lagi siang buta ni kan ko batman. kalu x tido cepat2 buat maha klimak kat sir ho ...

Alamak, dah kantol xtdo lagi.. Aku tdo la..

Kbai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.324302 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list