CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JokesCop

[Ultra Best][Siri Mari Tidur Bukak Lampu] #2520 Mean Girl 2 [12] - Page. 101

   Close [Copy link]
Post time 24-2-2015 09:34 AM | Show all posts
JCCCCCCC
kamonn laaa




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2015 05:24 PM | Show all posts
JC.. ku masih setia menunggu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 11:49 AM | Show all posts
aku nak tuju lagu pada JC..

Sungguh dahsyatnya..
Cintaku pada ceritamu..
Aku mohon tolong update..
Henti siksa jiwa aku..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 12:36 PM | Show all posts
Jc, aku akan tetap sabar menunggu
siap ulang balik tau baca dr page 1
please come back Jc
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 04:53 PM | Show all posts
is he ok???

JC....!!! does anyone here know him personally? *tetibe risau plak walopon die laki org...

harapan kami, kamu aman2 aja ya....

mode:setia menanti....

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2015 10:01 AM | Show all posts
agaknya pc dia dah rosak kot. tak pun dia bz tahap dewa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2015 05:04 PM | Show all posts
aku rase JC mesti busy tahap dewa nk2 dekat GST nih..mayb aritu busy pasal BR1M..pasal aku syak keje die relate gk ngan gomen MoF  etc
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 01:24 PM | Show all posts
aku ni SR je tapi mengapakah jc dah lama tak muncul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2015 03:33 PM | Show all posts
honestly aku dah gibap...peddap...nunggu cite sambungan si jc nih! rasa nak masuk batu belah batu betangkupn jeh! nyampahsssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Menanti dan terus menanti :zz
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 07:27 PM | Show all posts
ku mnyesal ku rant citer JC ni....tolong la hapedet encik JC...udah lebey 4bulan ku tinggalkan benang ini dgn harapan dpt baca kisah2 y dah siap tp mean girls ni x siap jugak....

please JC......waaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 02:21 PM | Show all posts
JC ... walau kat mana pun ngkau sekarang ni...
kaka twins harap JC sihat walafiat & kaka harap satu hari nanti
JC berkesempatan menyambung cerita yg tertinggal separuh jalan tu..
kami tunggu tauuuu......
kaka speku JC tersangat sibuk dan tak sempat langsung masuk ke rumah sendiri
(sebab kaka pun kekadang mcm tu.. tak sempat nak jengah forum sampai 2-3 bulan)..
yang penting JC sihat...... aamiin...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 11:10 AM | Show all posts
tak de ending JC
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 12:33 PM | Show all posts
JC menghilang bersama misteri mean girls yang tak kesudahan

Musykil!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
updateeeeeeee plizz T_T
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 08:39 AM | Show all posts
Kemana menghilangnya JC???????????????

Musykil lagi!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2015 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
sabar menanti...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2015 10:00 AM | Show all posts
TITLE: Mean Girl 2 [11]
TEMPAT: Various Places
LAIN2: Cons from Mean Girl 2 [10]


[QUICK RECAP]
Previously on Mean Girl 2: Flashback Laina dan keadaan semasa Kiera yg dihospitalisasikan..

[Sleep with one eye open, gripping your pillow tight]

Lepas balik dari hospital, Kiera berubah, bukan physically je yg makin cengkung, tapi mood swing dia pun mengalahkan mood swing kebanyakan ibu mengandung yg lain (note: baby dalam perut Kiera occay, that's why dia ade mood swing).. Kalau setakat nak makan daging rusa or sate landak tu, bolehlah dihadapkan lagi oleh Hans, tapi ni kalau dah tahap nak membalun sabun buku yg warna hijau orang kampung buat basuh periuk belanga.. Pening kepala Hans nak melayan, tu baru muhkadimah kelainan yg datang dari Kiera, belum masuk bab morning sickness.. Kalau mak buyung lain morning sickness bau ikan ke, ayam ke or morning sickness bau badan suami akan mengeluarkan perkataan buwekk (read: muntah).. Tapi Kiera bawak tahap morning sickness-nya dia ke level baru and membuatkan morning sickness bakal ibu yg lain nampak mcm kelakor, dia memilih jenis yg xboleh nampak kelibat Hans.. Dia akan mengeluarkan perkataan buwaaaaaahhh (read: muntah maximum kapasiti) on the spot, literally muntah on the spot, kalau masa tu Kiera tengah baring atas katil, jemur cadar la jawapnya Hans, kalau Kiera dalam kereta, jemur alas kaki, dashboard dan cermin keretalah Hans.. And kalaulah Kiera masa tu didepan Haji Mujib and Hans berjalan dgn innocent menghayun2 tangan.. Maka, bakal bergentayangan-lah Haji Mujib diampaian baju mengeringkan dirinya sendiri..

Angin morning sickness ni selalu jadi lepas subuh sampai waktu tengah hari, diluar waktu kalau, Kiera occay je dekat2 dgn Hans.. So Hans pun meng-adjust-kanlah dirinya bila morning sickness Kiera menyerang, bangun tidur sebelum Kiera bangun dan keluar rumah, and lepas tengah hari baru dia balik kalau dua-dua xkeje.. And disebabkan keadaan morning sickness Kiera yg kadang2 decide nak buat overtime (read: berlanjutan sampai petang), selalulah Hans xbalik ke rumah.. Resipi mcm mana nak tau kalau morning sickness Kiera buat overtime:

1. Hans ketuk pintu.
2. Cakap "Assalamualaikum".
3. Kiera mengeluarkan sebutan Buwaaaaaahhh!!!
4. Hans pusing 180 darjah dan tutup pintu.
5. Hans meratap beluncas makan daun dekat hujung simpang taman perumahan secukup rasa   
6. Ulang balik step 1 sampai step 3 xjadi, then Hans boleh masuk rumah.

Dan makin lama makin parah morning sickness, sampai satu tahap, morning sickness Kiera xlayak dipanggil morning sickness lagi bila Hans yg tengah sedap2 tidur ditengah malam, Hans dikejutkan dengan jirusan air dari Kiera.. Perbezaannya, jirusan air tu keluar dari mulut instead of baldi mcm kebiasaannya yg terjadik pada Hans masa zaman sekolah dulu bila dia malas nak bangun pagi.. Persamaannya pulak, air jirusan yg diterima Hans suhunya panas2 suam dan automatically menyegarkan mata yg mengantuk.. Sambung story, Dan apabila Kiera and Hans baring bersebelahan dan terbelahak bersama2, pancutan yg terhasil ke atas serentak mebentuk seakan2 sebuah menara.. Selepas fenomena yg dinamakan fenomena "Merlion Fountain" terjadi.. Kiera dan Hans mengambil keputusan, jalan terbaik adalah asingkan tidur, dimana Kiera tidur di rumah Haji Mujib dan Hans akan melawat Kiera bila perlu..

Oleh itu, pengajaran yg kita dapat pada perenggan diatas, pada mak dan ayahanda yg mempunyai anak-anak kecik yg malas bangun pagi, belahakkan aje muka anak anda, selain menjimatkan air suam, ia juga terbukti mengurangkan masa yg diambil dari katil ke bilik air dgn effective..

And, dengan kebersepakatan ini, plus Hans yg mcm bermillion2 kali cakap "Kiera, ini bukan cubaan, ini betul2" (read: Hans convince yg ini perbuatan khianat instead of natural disorder).. Mereka pun bersepakat, Kiera duduk di rumah ayahnya supaya Haji Mujib boleh tengok2kan Kiera.. Plus, Hans pun risau sebab dia xselalu bersama Kiera kalau apa2 jadik masa dia xtengok Kiera..

Maka bermulah siri pengembaraan Kiera pulak ke alam mistik bersama ayahnya..

[Can you dig it? Can you dig it? Can you dig it... Suuuuukk*beep*aa]

Sampai je kat rumah Haji Mujib, Haji Mujib terus menegur fashion pakaian Kiera yg melangkaui zaman lepas dia keluar dari kereta..

Haji Mujib: Kiera, apsal ko gantung beg plastik kat leher? Kerasukan Hipster jenis ape ni? Bwahahahaha!!

Hans tergelak kecik bila Haji Mujib tegur mcm tu walaupun dia tau yg fashion beg plastik tu beberapa kali menyelamat dia and Kiera dari mengalami fenomena Merlion Fountain berkali2.. Kiera dgn ber-eye bag (read: kurang tidur dan kurang air akibat muntah) dengan sekali jeling je, Hans terus bermuka serious sambil baris sedia disebelah pintu keretanya.. Dia cuba jeling ayahnya yg tengah tekan pundi kencing, tapi renungan mautnya xberhasil bila Haji Mujib start berguling2 masa angin kuat menerbangkan beg plastik yg tergantun di leher Kieara and tutup muka Kiera..

Lepas masuk ke dalam rumah and Haji Mujib suruh Kiera tukar kepada fashion yg lebih normal iaitu mengantung baldi ke leher.. Hans pun ceritalah apa masalah yg jadik.. Even dgn tangan Hans yg berterbangan ke sana-sini masa sembang (read: beriya-iya sembang), Kiera still xpercaya yg dia disihir mcm yg didakwa.. Haji Mujib berderai2 mengeluarkan air mata lepas dgr cerita Hans pasal fenomena Merlion Fountain (read: gelak sakan actually, bukan sedih), terus baca sesuatu kat tapak tangan dia sambil tersedak2 tahan gelak.. Sambil tergelak2, dia pun sua-kan tapak tangan sejengkal dari muka Kiera..

Haji Mujib: Bwahahahaha!! Kiera, ape ko nampak?
Kiera: nampak ape?

Haji Mujib kebelakangkan tapak tangan dia sikit.. Dia tanya lagi..

Haji Mujib: Ape ko nampak kat tapak tangan aku?

Kiera diam.. And Haji Mujib yg tersengeh2 dah mula mengeluarkan suara serious.. Dia ulang lagi pertanyaan bila Kiera lama diam..

Haji Mujib: (Suara sikit tinggi) Ape ko nampak kat tapak tangan ayah!!

Kiera menoleh ke atas dan kebawah mcm mencarik2 tapak tangan Haji Mujib..

Kiera: Tapak tangan ayah? Mana tapak tangan ayah?

Haji Mujib adjust lagi tapak tangan dia.. Haji Muji terus mem-Booker T-kan (read: kepada pembaca yg kurang ilmu wrestlingnya, anggap je lah lawak ni xsampai) tapak tangannya di depan muka Kiera sambil jerit 5 time!! 5 time!! (read: letak tangan rapat2 kat muka Kiera).. Kali ni, jangankan orang rabun, orang yg xde deria penglihatan pun boleh rasa haba dari tapak tangan kalau dah dekat dengat muka mcm tu..

Haji Mujib: Nampak x? Nampak x? Ko jangan main2.. Kebas dah tangan aku hanging depan muka kau ni!! 5 time!! 5 time!!

Walaupun muka Kiera xnampak, tapi Haji Mujib dan Hans boleh rasa aura mimik muka blur Kiera dibelakang tangan Haji Mujib ditahap overwhelming..

Kiera: Kiera xnampak tangan ayah!! Betullah.. Ayah main ape ni? Hahaha..
Haji Mujib: Habis ape ko nampak sekarang ni?
Kiera: Muka ayah dengan Hans tengah tenung Kiera la..

Haji Mujib cepat2 tarik balik tangan dia.. Dia gelak payau.. Kalau biasa orang yg kena sihir, bila dibuat teknik check sihir mcm tu, dia akan nampak tapak tangan warna merah or hitam, or bertanda parut, atau paling2 kuat, pandangan tapak tangan akan kabur.. Ni sampai tahap xnampak tangan terus, mmg teruk la.. Haji Mujib baca balik ayat2 tu, and buat ke mukanya sendiri, terang benderang tapak tangan beliau (read: 5 time!! 5 time!!).. Then, buat balik ke Kiera, result dia still sama.. Kiera xnampak tapak tangan dia.. Bila disuruh Hans buat tanpa bacaan, elok je Kiera nampak and tepis tangan Hans bila Hans xsengaja tertunjal muka Kiera bila mengadjust jarak..

Haji Mujib bangun.. terus dia keluar rumah.. And xsampai 5 saat, bunyik tayar vitara Haji Mujib meng-seretkan diri (read: drift keluar rumah) menandakan Haji Mujib dah meluncur laju dari rumah tu.. Hans dan Kiera tercengang2 didalam rumah xtau nak buat ape.. Samada nak larikan diri sebab Haji Mujib macam melarikan diri, or nak duduk sambil tunggu ayahnya balik.. Hampir 30 minit derang tercongok di ruang tamu tunggu Haji Mujib, then, barulah derang bangun and kemas baju dan katil dalam bilik Kiera sementara tunggu Haji Mujib balik..

5 jam kemudian, masa suasana aman damai makan malam.. Haji Mujib masuk dalam rumah sambil tangan kanannya pegang beg plastik penuh dgn daun dan akar kayu, tangan kirinya pulak pegang kolar baju adik kesayangan-nya yg bernama Ayah Lang yg berkumat-kamit meratib "Tapi.. Tapi.. Tapi..".. Suara garau Haji Mujib memecahkan keaman meja makan rumahnya..

Haji Mujib: ALANG!!! Ko cuba test try tangan ko kat muka Kiera..

Ayah Lang pun buat benda yg sama, dan benda yg sama jugak jadik.. Kiera xnampak.. Memang conclusionnya, Kiera xnampak..

Haji Mujib: Hah!! Betul x aku cakap? Budak ni kene sihir!!
Ayah Lang: Aku rase mcm tu lah bang..
Haji Mujib: Alang, ko boleh balik.. Aku nak siapkan air mandi budak ni dulu..

Kini, giliran Ayah Lang pulak terpinga2 di ruang tamu, mcm mane aku nak balik hamlau, aku naik Vitara kau datang sini tadi..

[He's gotta be sure.. And it's gotta be soon.. And he's Gotta be larger than life..]

Lepas habis buat air minum dan mandi.. Haji Mujib pun keruang tamu sambil membawa segelas air untuk diberi minum ke Kiera and Kiera pun minum.. Terus serta merta badan Kiera cram, dia yg pada mulanya duduk, terus melunjur kaki akibat cram yg teramat sangat.. Kelam-kabutlah isi rumah bila mak buyung berkeadaan mcm tu.. Kiera mengerang2 menahan sakit.. Segala urat2 di ubun2 kepala dan leher tersembul keluar mcm kesakitan yg dirasakan amat luar biasa..

Kiera: (mengerang2) Ayah, ayah, sakit.. Kiera sakit satu badan..

Haji Mujib panik, kalau pasal sakit ilmu hitam or sakit alam ghaiyibbyun bolehlah disettlekannye, kalau sakit physical ni, dia lemau sikit.. Sakit sendi dia sendiri pun pakai ubat doktor.. Haji Mujib pun berlutut di kaki Kiera and start urut kaki Kiera yg keras mcm dinding..

Haji Mujib: Ummi, urut tangan Kiera.. Alang, pergi ambik air mandi yg aku dah buat tadi?

Ayah Lang pun panik jugak..

Ayah Lang: Abang!! Abang!! Ape kene ni? Nak beranak ke?

Sebiji meja kopi buluh melayang2 diudara membalas statement panikan Ayah Lang.. Ayah Lang bergegas ke dapur.. Dan Hans pun bergegas ke dalam bilik mencari sesuatu.. Ayah Lang pun datang bawak sebaldi air dan beberapa towel.. Haji Mujib celop towel ke dalam baldi air dan start basahkan tangan Kiera dgn air akar kayu yg dibancuhnya tadi.. Kiera jadik makin teruk, matanya ditutup sampai menegeluarkan urat2 di bahagain tengah kening menunjukkan kesakit tahap 8 petala langit (note: terlebih satu petala sebab sakit sangat)..

Ayah Lang dan Ummi: Abang!!! SHTAPPPPPP!!!
Ayah Lang: Abang, ini x jadik..

Haji Mujib serta merta berhenti.. Disambung urut kaki dan tangan Kiera tanpa henti dan kesakitan Kiera jadik bertambah kronik.. Samada semangat keperempuanan Melayu seperti yg ditulis oleh warga Aussie bernama Frank Swettenham or keadaan Kiera sakit yg melampau, Kiera hanya mengeluarkan erangan kecil mcm suaranya xterkeluar kesakitannya.. Hebat ye Kiera kawan2.. Hebat seperti para pembaca yg menunggu cerita ni yg delay selama 4 bulan.. Marvelous..

Sambung story, semasa harapan seperti sudah meninggalkan mereka, kegelapan mula menyelubungi ruang tamu rumah Haji Mujib, muka masing2 berubah menjadi warna dinding makmal biologi (read: putih dan pucat), pergerakan slow-motion, suara hilang dari kaca televisyen, lagu Jaclyn Victor - wajah (read: OST-Bersamamu) mula berkumandang.. Sayup2 bunyik tapak kaki sesorang melangkah keluar dari bilik rumah.. Bunyik yg deras menuju laju kearah Kiera.. Siapakah dia? Dia adalah seseorang yg telah kurang satu tulang rusuk kirinya (read: lelaki) telah diberi kepada takdirnya, seseorang yg tidak boleh dipadam tulisan namanya di Lauhul Mahfuz utk menjadi pasangan isterinya, seseorang yg belakang badannya dijadikan luas untuk memikul segala jenis bebanan, seseorang yg berusaha untuk bangun apabila jatuh, walau berkali-kali.. Dia bukanlah selalu Mr. Perfect Ten, bukanlah selalu Encik Sotong dan bukanlah selalu seorang adiwira.. Dia hanyalah seorang lelaki biasa yg bernama suami.. (note: Hype hero kene gempak)

Dengan tahap confident yg berbilang tiada, terus Hans tala sebiji botal yg tertulis "DEEP-HEAT: SPORT Pain Relief Spray - helps relieve sport related muscular aches, strains and sprains".. Digoncangnya dengan laju dan disembur dari jarak tepat jarak 15cm ke arah kaki Kiera, kemudian ke lengan, ke perut dan kemana-mana sahaja bahagian badan yg dirasakan seperti kejang.. Sejuk, Sejuk dan Nyaman dirasakan.. Mungkin begitulah yg Kiera rasa bila keadaan menjadi tenang.. Kiera mula relax dan memperbetulkan kedudukannya..

Kiera pun bukak balik matanya memandang Hans.. Kiera yg dapat menahan kesakitan physical dgn mengeluarkan keluhan2 kecil nampaknya tidak berjaya menahan serangan kali ni..

Kiera: WARGHHHHHHHHHHHHHHH!!!! WARGHHHHHHHHHHHHHHH!!!!

PIS PIS PIS PIS PIS (sfx: beberapa ekor burung terbang dari perkarangan rumah Haji Mujib akibat terkejut dgn jeritan tu)

Kiera terus sembunyik belakang badan Ummi..

Ummi: Kiera.. Kenapa? Apsal?

Kiera menunjuk2 jari dekat muka Hans sambil menekup muka dibelakan badan Ummi..

Kiera: Hannn.. Hannn..

Haji Mujib: Yes, laki kau nama dia Hans, kenape?

Kiera: Hannntuuuu!!! Dia bukan Hans!! Dia Hantu!!

JENG! JENG! JENG!!!!


TU BI KON TI NUW~~


[AFTERMATH]
Aku dah cakap, double digit suwey.. Damn you double digit!! Next sambungan di second thread, nanti aku link!! Damyu Double Digit (patik salahkan double digit).. Hope sambungan kurang dari 4 bulan.. Sorry y'all

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 11:00 AM | Show all posts
"Hebat ye Kiera kawan2.. Hebat seperti para pembaca yg menunggu cerita ni yg delay selama 4 bulan.. Marvelous.."

hahahahaha!!!part ni macam keshiallll.....adoiiii sakit prot aku...

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 12:59 PM | Show all posts
Oh mai JC... U came back!!! Happynya....!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.104319 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list