CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5072|Reply: 68

[Tempatan] Ahli al-Arqam tak peduli anak

[Copy link]
Post time 6-12-2013 02:36 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Seremban: Seramai 22 kanak-kanak berusia antara dua dan 13 tahun ditinggalkan ibu bapa mereka dipercayai ahli kumpulan al-Arqam lebih setahun lalu dalam pemeriksaan dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Nur Seri Bayu, di sini, kelmarin.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAINS Amran Awaluddin berkata, pemeriksaan dijalankan pihaknya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati kebanyakan kanak-kanak itu ditinggalkan ibu bapa mereka yang berhijrah ke negeri lain bagi menyebarkan ajaran kumpulan selain ada turut bekerja di premis perniagaan dimiliki.

Katanya, ketika pemeriksaan, pihaknya sayu mendapati anak-anak kecil dibiarkan tanpa kasih sayang ibu bapa yang mana kehidupan mereka hanya dipantau seorang penjaga.

“Kami difahamkan anak-anak kecil ini ditinggalkan kerana ibu bapa mereka sibuk menyebarkan ajaran kumpulan terbabit.

“Menurut penjaga pusat itu, mereka ditinggalkan berbulan-bulan sehingga setahun lamanya,” katanya.

Menurutnya, lebih mengecewakan ada di kalangan kanak-kanak terbabit didapati tidak bersekolah.

Sementara itu, sumber JHEAINS berkata, kawasan sekitar Nur Seri Bayu dikuasai kumpulan al-Arqam yang memiliki antaranya pusat jagaan kanak-kanak, kedai makan, klinik dan bengkel kimpalan.

Katanya, berselindung di sebalik pusat kebajikan dan anak yatim dimiliki, wang jutaan ringgit diperoleh hasil sumbangan digunakan untuk mengembangkan perniagaan mereka.

“Bagaimanapun, kawasan Nur Seri Bayu ini dikuasai kumpulan berhaluan kiri pergerakan dikenali sebagai AFT (Abuya Fattah Tamimi). Kumpulan ini tidak bersefahaman dengan kumpulan asal kerana ketua mereka, Ummu Jah sudah bertaubat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Perunding dan Advokasi JKM Negeri Sembilan Wan Zaleha Wan Mohamed berkata, pemeriksaan dilakukan mendapati premis berkenaan tidak berdaftar dan menyalahi Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan JKM 1994.

“Bagaimanapun, pemeriksaan seterusnya akan dijalankan dan kami menasihati pemilik untuk membuat pendaftaran.

“Pada pemeriksaan di dua premis sebuah pusat kebajikan anak yatim dan miskin dimiliki kumpulan pergerakan itu pagi semalam (kelmarin), kami dapati kedua-duanya tidak berdaftar dan kita akan melakukan operasi pemutihan,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan dua premis sebuah pusat kebajikan anak yatim dan miskin di Rasah Kemayan, di sini, dipercayai milik kumpulan pergerakan al-Arqam diperiksa sejurus didapati ada unsur penipuan.


sumber : Harian Metro


*kesian bebudak diabaikan...


0 0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2013 03:41 AM | Show all posts
ecpi tu arqam punya kan...ramai ygbeli air dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 05:13 AM | Show all posts
azrain98 posted on 6-12-2013 03:41 AM
ecpi tu arqam punya kan...ramai ygbeli air dia

arqam punya ka

ada yg kata geng syiah punya

haishh mcm2 laaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 05:17 AM | Show all posts
arqam dah huat air
syiah dah buat
geng sunni punya mana?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 05:20 AM | Show all posts
ibu-ibu sibuk mencari siswi-siswi utk suami2 mereka
agar mendapat payung emas di syurga.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 dibiarkan.... Berjihad katanya...



apa kata abaikan aktiviti celup mencelup... Ada bran?



prrffthgggg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2013 07:12 AM | Show all posts
depa tau nutoh buat anak ajah, dapat anak pi mampuih, cari bini mutoh lagi, buat anak lagi......

@AyunMaideen
@janggutmuda


Last edited by pyropura on 6-12-2013 07:17 AM

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 07:50 AM | Show all posts
Innalillah..kesiannya akak tengok ko nie dik..dah mcm anak yatim piatu plak akak tengok..padahal mak pak still dok ada lg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2013 08:19 AM | Show all posts
aku tinggalkan anak aku sehari kerja pun dha rindu.. ni tinggal bertahun2.. kesian budak2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 08:20 AM | Show all posts
azrain98 posted on 6-12-2013 03:41 AM
ecpi tu arqam punya kan...ramai ygbeli air dia

dengar kata tu  al mansur yg punyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 08:20 AM | Show all posts
alahai.. kesian budak2 ni..

pendidikan penting sgt2.. ksian depa tercicir peluang
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 08:24 AM | Show all posts
Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 08:42 AM | Show all posts
Aku mmg ati dgn geng Serban batik.. mmg tkde hati dan perasaan... Bilalah kumpulan ni nak lenyap terus dari muka bumi...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 08:52 AM | Show all posts
kasibiman posted on 6-12-2013 06:59 AM
Anak2 dibiarkan.... Berjihad katanya...

kahkah

tak berjalan pulak aktiviti 'dakwah' dorang

takde suntikan semangat
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 08:54 AM | Show all posts
perang_sivil posted on 6-12-2013 08:42 AM
Aku mmg ati dgn geng Serban batik.. mmg tkde hati dan perasaan... Bilalah kumpulan ni nak lenyap ter ...

susah, kerajaan tak bertegas, kalau setakat bagi syarat kena tunjuk kelakuan baik je sampai armageddon pun dak lenyap lagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 09:17 AM | Show all posts
kalo geng tabligh yg tinggal anak bini tu camne pulak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2013 02:47 PM | Show all posts
AdsMsia posted on 6-12-2013 05:13 AM
arqam punya ka

ada yg kata geng syiah punya

2-2 bekerjasama
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodo pya sarban batik...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mizzacu posted on 6-12-2013 08:20 AM
alahai.. kesian budak2 ni..

pendidikan penting sgt2.. ksian depa tercicir peluang

Ai pernah jumpa dua org..jual buku cd islamik kanak kanak..ai tanya tak sekolah ke..tak penting  jawabnya...yg penting dpt berkhidmat utk arqam ni la..camtulah lebih kurang...rasa geram bercampur baur betapa twistednya mind bebudak tu dikerjakan arqam..mak bpk nya pun sama...vingai..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 03:00 PM | Show all posts
Tabligh tu pun same, poyo je lebih. Dah la gay, sume jenis2 serban batik hidung kemik tu gay
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.053464 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list