CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17886|Reply: 97

kuala lipis dalam kenangan!!!

[Copy link]
Post time 20-11-2013 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Aku nak tanye ni.... Member aku yg dok lipis ramai cakap... Kuala lipis ni asal usulnya laut..!  Betul kew?... Sape2 yg mngkaji sejarah lipis nih leh la story mory sikit kat bunga.... Tringin sgt nak tau...!! Last edited by bungalisa on 6-1-2014 10:23 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2013 12:33 AM | Show all posts
Macamna pulak boleh laut.Kalau ikut peta pon kat tengah-tengah.Kalo laut area pantai timur ke.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2013 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
evolution75 posted on 21-11-2013 12:33 AM
Macamna pulak boleh laut.Kalau ikut peta pon kat tengah-tengah.Kalo laut area pantai timur ke.

Ni aku dgr pok2 dorang le cite.. Anak jati lepeh... ! Pasal perjumpaan cengkerang harge jutaan ringgit kat merapoh tu..lagila mengiakan cite dorang tu... ! Aku cam ko jugak mcm xlogik kan.. Tapi sejarah... Pe pun bole jadi....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 07:53 AM | Show all posts
ooo ceta pasal merka jumpa fossil jenis cangkerang ‘brakiopoda' aka "lamp shell" aka kerang kat sg yu ,merapoh ka???
nak cerita pembentukan semenanjung m'sia secara am ni,mmg panjanggggggggg....tapi pendek citer, benua ni naik sebab magma intrusion & pelanggaran 2 plat.
kalau batuan lembut, macam sedimen ka, boleh jadi magma intrusion tu bentuk gunung berapi ka..dike ka..
tapi kalau batuan keras, dia akan angkat semua dasar laut sekali naik paras laut.
then magma tu akan jadi batuan igneus.
sebab tu M'sia ni bawahnya, banyak batuan igneus, atas banyak batu kapur.memang tak dapat disangkal lagi  tanah semenanjung ini dulu2 berada di bawah paras air,cth lain umpamanya ,masa jota jota tahun dulu sbhgian besar tanah arab.. merupakan sebuah lautan besar yang dipanggil laut tetis , sebelum berlaku pergerakan benua besar pangea..
semenanjung m'sia dan borneo masih di dasar lautan ketika itu
kiter bukan bercakap tentang puluhan ribu tahun, tapi ratusratus jotajota tahun dahulu.. even gunung jerai di kedah itu dulu pun merupakan sebuah pulau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2013 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
bluezink posted on 21-11-2013 07:53 AM
ooo ceta pasal merka jumpa fossil jenis cangkerang ‘brakiopoda' aka "lamp shell" aka kerang kat sg  ...

Jadi 1 malaysia ni la sbnarnyer laut kan..! Mcm seram jew... Rase2 mustahil x untuk malaysia tengelam balik...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 04:37 PM | Show all posts
bungalisa posted on 21-11-2013 08:04 AM
Jadi 1 malaysia ni la sbnarnyer laut kan..! Mcm seram jew... Rase2 mustahil x untuk malaysia tenge ...



siapa yg amik mikropaleontologi mmg akan tahu dan mendapati banyak batu kapur di M'sia ni hasil penggumpulan fossil lama dasar lautankalu di siiasat betul2,betul batuan datang dari era mesozoik iaitu,bukan sezaman dgn dinosaur jurassic, tapi triassic.kemungkinan besar tanah M'sia jota2 ribu ribu dulu itu adalah dasar lautan (menyebabkan banyak fosil haiwan laut ditemui berbanding hewan daratan) menyebabkan fosil hewan darat sukar ditemui. Sebab itu kiter dapati fosil dinosaur lebih mudah ditemui di kawasan 'temperate' dan padang pasir/dry area.w.a

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2013 03:50 PM | Show all posts
saya pernah ke Gunung Senyum Jengka Maran....di situ pun ade terdapat cengkerang kerang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2013 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
bluezink posted on 21-11-2013 04:37 PM
siapa yg amik mikropaleontologi mmg akan tahu dan mendapati banyak batu kapur di M'sia ni hasi ...

Good info! Tercapai dek akal sebelum ni....! I want more... Interesting la ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2013 09:27 AM | Show all posts
waw baruu tau la ni!! padahal memng anak jati lipis

@miawpink cer komen skit
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 09:29 AM | Show all posts
yayah8989 posted on 3-12-2013 09:27 AM
waw baruu tau la ni!! padahal memng anak jati lipis

@miawpink cer komen skit

x tau pun...
x pnh dengar pun
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 09:30 AM | Show all posts
yang tau cuma ada batu 0 kat depan pejabat pos,
dekat ngan stesen ketapi

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 09:35 AM | Show all posts
miawpink posted on 3-12-2013 09:29 AM
x tau pun...
x pnh dengar pun

tula pasai terkojot yah membacenye

Comments

lajus jek pasal lipis ek...  Post time 3-12-2013 09:38 AM
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 09:39 AM | Show all posts
Latar Belakang Lipis
Sejarah Ringkas Daerah Lipis


Kuala Lipis merupakan ibu negeri Pahang yang pertama. Ia juga boleh dikatakan menjadi penempatan terawal di Pahang. Kedudukannya juga amat strategik iaitu di pertemuan tiga sungai iaitu Sungai Pahang, Sungai Jelai dan Sungai Lipis

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa Kuala Lipis telah mula didiami manusia sejak 2500 – 2400 tahun yang lampau. Kajian arkeologi telah menjumpai banyak artifak, antaranya ‘Pisau Tembeling’ iaitu alat yang digunakan oleh manusia pada zaman neolitik.

Penempatan manusia di sini berterusan hingga beribu-ribu tahun selepas zaman neolitik. Ini adalah kerana kedudukan geografinya yang strategik terletak berhampiran dengan sungai. Di sinilah punca air boleh didapati dengan mudah di samping merupakan antara jalan pengangkutan yang utama pada masa tersebut

Nama “Lipis” adalah dipercayai diambil bersempena dengan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Serau Lipis ( Pavetta indica). Memandangkan lokasi bandar ini terletak di kuala Sungai Lipis, maka ia dinamakan Kuala Lipis

Sebelum kedatangan orang Inggeris pada tahun 1887, Kuala Lipis menjadi pusat perdagangan bagi emas, jelutung dan lain-lain hasil daripada hutan disekitarnya.

Daerah ini dahulu dikenali Pahang Hulu atau Jelai, ianya diperintah oleh Maharaja Indera Perba Jelai merupakan gelaran bagi salah seorang Orang Besar Berempat di negeri Pahang dan Orang Kaya Indera Lipis (Orang Kaya Haji) memerintah di Kuala Lipis.

Setelah Inggeris memerintah Pahang, Inggeris telah menjadikan Kuala Lipis ibu negeri pada penguhujung bulan Jun 1898 mengantikan Pekan. Pada 27 Ogos 1955 ibu negeri Pahang dipindahkan pula ke Kuantan. Sebagai bandar utama pada masa itu, Inggeris telah membuka Pusat Pentadbiran Negeri dan sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Clifford yang mendapat nama daripada Sir Hugh Clfford residen pertama British di Negeri Pahang.

Perkhidmatan keretapi bermula pada tahun 1926 memyambungkan KualaLipis ke Johor Baharu disebelah selatan dan ke Tumpat Kelantan disebelah Utara. Sebelum adanya jalan keretapi perhubungan melalui sungai menjadi pengangkutan utama.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 09:48 AM | Show all posts
@halimi78 haha kg kelahiran mmg la lajussss
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 09:52 AM | Show all posts
yayah8989 posted on 3-12-2013 09:48 AM
@halimi78 haha kg kelahiran mmg la lajussss

bese la tu..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2013 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
miawpink posted on 3-12-2013 09:30 AM
yang tau cuma ada batu 0 kat depan pejabat pos,
dekat ngan stesen ketapi

Aku penah amik pic kat batu kosong ni.... Hihihihi... Bajet mcm pelancong la.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2013 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
miawpink posted on 3-12-2013 09:39 AM
Latar Belakang Lipis
Sejarah Ringkas Daerah Lipis


Clifford.... Skolah siti.... ! Ooo ibu negeri ek.... Patutla bile aku round2 kt lipis... Ade umah ala2 ingeris...! Umah kelahiran najib...mcm2 la...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 11:24 AM | Show all posts
bungalisa posted on 3-12-2013 11:20 AM
Clifford.... Skolah siti.... ! Ooo ibu negeri ek.... Patutla bile aku round2 kt lipis... Ade umah  ...

skolah saya gak




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2013 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
miawpink posted on 3-12-2013 11:24 AM
skolah saya gak

Bangunan lame ek.... Pun cam ala2 ingeris...! Ko dok lipis kew!? Bolela kite bjumpe pekena coconut shake....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 11:33 AM | Show all posts
bungalisa posted on 3-12-2013 11:32 AM
Bangunan lame ek.... Pun cam ala2 ingeris...! Ko dok lipis kew!? Bolela kite bjumpe pekena coconut ...

cocunat shake kat mana??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.327600 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list