CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2532|Reply: 5

Selepas kita mati, apa akan jadi pada akaun Facebook kita?

[Copy link]
Post time 23-10-2013 04:14 PM | Show all posts |Read mode








Selepas kita mati, apa akan jadi pada akaun Facebook kita?
Catatan oleh Qatrunnada




Mari kita renung-renungkan bersama fikir-fikirkan bersama jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password hanya kita yang boleh access. Dan   selepas kita mati. Apa yang jadi pada akaun fb kita? Mungkin ada yang akan ucapkan takziah mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu tetapi, sedarkah kita gambar-gambar kita. akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? Gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?

Lelaki ajnabi terus-terusan tengok dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita. Walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada. Saham dosa terus meningkat. Macam mana? Pernah terfikir tak? Tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? Legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? Baju yang membalut aurat itu, bagaimana?  Mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang kita dah lawati di muka buminya tapi di akhirnya nanti. Semua itu tidak akan membawa erti semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita.

Cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan. Jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah. Mati itu pasti persiapkan diri untuk mati itu perlu.

Pesanan khas ini bukan sahaja ditujukan kepada muslimah semata-mata, malah juga kepada muslim. Ingat! Lelaki juga punyai aurat, dan aurat itu perlu dijaga supaya tidak mendatangkan dosa.

Moga allah redha dengan perkongsian ini amin.. Renung-renungkan dan selamat beramal

P/s: sebar-sebarkan. Semoga bermanfaat.
Sumber : layar minda








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2013 04:34 PM | Show all posts
perempuan memang suka bergambar lagi orang like lagi kuat dia bergambar
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 05:22 PM | Show all posts
Perempuan ni masalah betul la...sbb dorang ni la aku byk buat dosa...haahahah..mmg betul pun..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2013 12:17 AM | Show all posts
alahamdulillah boleh tutup dgn syarat kengkawan beramai2 pangkah report
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2013 12:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Golongan artis2 lagi teruk lah macam tu...
Tak perlu ber FB pun, diri diaorg sudah tdedah dgn mcm2 aktiviti yg dicipta sendiri. Kesian kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.241868 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list