CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1919|Reply: 8

[Jenayah] Lagi kes di Terengganu: Tergamak bawa geng belasah rakan baik

[Copy link]
Post time 21-10-2013 11:18 AM | Show all posts |Read mode
Tergamak bawa geng belasah rakan baik

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki tidak menyangka rakan baiknya tergamak membawa ‘geng’ membelasahnya gara-gara permintaannya untuk mendapatkan cek bayaran urus niaga antara mereka sebelum ini, dalam satu kejadian di Chendering, di sini, Khamis lalu.
       
        Menurut sumber, sebelum kejadian iaitu kira-kira jam 10.40 pagi, mangsa, 42, yang  ketika itu berada di sebuah bengkel di Jalan Kampung Sungai Rengas, di sini, telah menghubungi suspek untuk mengambil cek miliknya.
       
        “Kedua-dua rakan itu sepakat berjumpa di sekitar kawasan Chendering, kira-kira jam 11.30 pagi. Mangsa yang tidak mensyaki apa-apa datang bersendirian dan menunggu di lokasi dijanjikan.
       
        “Bagaimanapun, tiba-tiba datang tiga kereta dinaiki kira-kira lapan orang termasuk rakannya itu,” katanya, semalam.
        Kata sumber, sebaik memberhentikan kenderaan, mereka semua yang tidak dikenali mangsa kecuali rakannya itu, bertindak menyerang dan memukul mangsa.
       
        “Mangsa tidak mampu melawan kerana diserang bertubi-tubi ‘geng’ berkenaan dan akibat kejadian, mangsa mengalami bengkak di bahagian muka serta mata sebelah kiri, sebelum ditinggalkan bersendirian di lokasi kejadian.
       
        “Namun, mangsa bernasib baik kerana semasa menahan kesakitan, dia terserempak dengan seorang lagi rakannya yang secara kebetulan melewati lokasi tersebut sebelum membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini,” katanya.
       
        Susulan kejadian tersebut, selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar, mangsa membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini.
       
        Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

21 Oktober 2013               

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2013 11:29 AM | Show all posts
duit punya pasal..kawan jadi lawan
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 11:31 AM | Show all posts
ko lambat..gua rembat je.....banyak cakap tak main laa zaman skang.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 11:31 AM | Show all posts
jgn kata kawan.. adik beradik pun bergaduh bab duit/harta
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 11:33 AM | Show all posts
pasal duit mmg manusia boleh jadi sekejam2/sebodoh2 nye


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Negeri mana again kes neh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2013 12:31 PM | Show all posts
kasibiman posted on 21-10-2013 12:28 PM
Negeri mana again kes neh?

ganu la wak kasi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2013 12:31 PM | Show all posts
kasibiman posted on 21-10-2013 12:28 PM
Negeri mana again kes neh?

Te reng ga nu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2013 01:38 PM | Show all posts
iskh2...sbb duit kwan sndri pn sggup belasah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2025 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.046237 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list