CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11465|Reply: 128

[Tempatan] Edisi jiran yg over: ‘Makan’ sempadan

[Copy link]
Post time 17-10-2013 08:21 AM | Show all posts |Read mode

LALUAN belakang menjadi sempit akibat ubah suai rumah tidak ikut spesifikasi.

Kuala Lumpur: Tindakan seorang pemilik rumah di Taman Permata, Hulu Klang, di sini, mengubah suai rumah tanpa mengikut pelan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan menimbulkan rasa kurang senang penduduk.

Tinjauan Harian Metro mendapati rumah berkenaan melakukan pengubahsuaian melebihi paras dibenarkan sehingga menyebabkan tiang kabel telefon termasuk ke dalam kawasan rumah.

Penduduk, Muhd Asri Sarkawi, 46, berkata, ia tidak sepatutnya berlaku kerana pemilik rumah harus mendapatkan persetujuan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sebelum melakukan kerja pengubahsuaian.

“Bagaimana pemilik rumah itu boleh menjalankan kerja pembinaan sehingga siap sepenuhnya dan tiang kabel telefon terganggu hingga memasuki pagar rumahnya.

“Perkara ini boleh menimbulkan pelbagai masalah pada masa hadapan seperti kesukaran melalui jalan belakang rumah jika berlaku sebarang kecemasan,” katanya.

Menurut Muhd Asri lagi, keadaan itu boleh mengundang kepada kes kecurian kerana memudahkan penjenayah memanjat bumbung rumah di kawasan perumahan itu.

“Bila-bila masa saja pencuri boleh panjat tiang kabel telefon itu kerana terletak berhampiran rumah yang baru diubah suai itu.

“Sepatutnya setiap rumah perlu mematuhi undang-undang diberikan oleh MPAJ jika mahu mengubah suai rumah iaitu tidak menyentuh kira-kira dua meter di belakang rumah bagi laluan kecemasan,” katanya.

Muhd Asri berkata, keadaan itu boleh mengundang bahaya apabila kilat menyambar tiang kabel berkenaan ketika waktu hujan berikutan pagar besi melekat di tiang berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Rosliza Mohd, ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menjalankan proses pemutihan bagi kes yang tidak mendapat kelulusan MPAJ dalam kerja mengubah suai rumah.

“Jika mengikut prosedur, pemilik rumah perlu menghantar pelan rumah yang ingin diubah suai dan jika menepati segala aspek ditetapkan, kelulusan akan diberikan.

“Pemilik rumah boleh diberi notis untuk merobohkan pengubahsuaian yang dilakukan dan denda sebanyak RM1,500 jika melanggar aspek yang ditetapkan,” katanya.

Last edited by tapibukanaku on 17-10-2013 08:23 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 08:23 AM | Show all posts
gila kuasa....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 08:41 AM | Show all posts
“Bagaimana pemilik rumah itu boleh menjalankan kerja pembinaan sehingga siap sepenuhnya dan tiang kabel telefon terganggu hingga memasuki pagar rumahnya.
“Perkara ini boleh menimbulkan pelbagai masalah pada masa hadapan seperti kesukaran melalui jalan belakang rumah jika berlaku sebarang kecemasan,” katanya.

aku penah adu kat MPAJ pasal tmn perumahan aku yg mostly penduduk yg tinggal kat row belakang rumah aku pasal benda ni....tapi diorg tak de buat apa2 dan lagi best dia ckp nak saman aku pulak sbb aku xtend  blkg umah aku 5 kaki extra tu tak mintak approval dulu.....aku ckp saman la...sila saman sekali beliau2 di belakang rumah aku...kalau idak aku jemput je karam singh walia buat interview kat MPAJ...

aku heran macam mana MPAJ ni buat keje....setengah taman2 perumahan diorg biarkan je, yg housing area lain diorg biarkan je nak buat apa pun...ke ada duit kopi utk tutup mulut.

“Sepatutnya setiap rumah perlu mematuhi undang-undang diberikan oleh MPAJ jika mahu mengubah suai rumah iaitu tidak menyentuh kira-kira dua meter di belakang rumah bagi laluan kecemasan,” katanya. - bullshit
Last edited by krustykrab on 17-10-2013 08:43 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 08:46 AM | Show all posts
huh...

ramai org buat mcm nie... jiran i pun buat mcm nie..amik sebata dalam masuk belakang rumah i... pastu buat rumah single storey jadi double storey... hebat tak???

mashitah dulu pun rasanya penah gaduh dgn jiran pasal dia makan sempadan jiran jugak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 08:50 AM | Show all posts
krustykrab posted on 17-10-2013 08:41 AM
“Bagaimana pemilik rumah itu boleh menjalankan kerja pembinaan sehingga siap sepenuhnya dan tiang k ...

rumah sewa iols sekarang ni pun sama lah. jiran belakang rumah tu da buat cam kebun sampai ke tingkap dapur iols
dulu nak tarik kabel unifi cukup susah sebab sempit
lebih susah bila org Majlis sendiri nak datang fogging
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 09:02 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 17-10-2013 08:50 AM
rumah sewa iols sekarang ni pun sama lah. jiran belakang rumah tu da buat cam kebun sampai ke ting ...

area rumah aku kalau MPAJ buat fogging...bhgn depan je la....blkg mmg dah tak boleh masuk....kalau nk masuk gak jalan la mengengkang kat longkang.
kalau indah water dtg plak...terpaksa masuk dari depan....

sampaikan belakang rumah tu gelap gelimat even siang2 tengahari pun....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-10-2013 09:02 AM | Show all posts
leylapple posted on 17-10-2013 08:46 AM
huh...

ramai org buat mcm nie... jiran i pun buat mcm nie..amik sebata dalam masuk belakang rumah ...

tu mmg normal, single storey jadi dabel story. kemain hebat rumah dorang..
cam istana gah
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 09:04 AM | Show all posts
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Rosliza Mohd, ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menjalankan proses pemutihan bagi kes yang tidak mendapat kelulusan MPAJ dalam kerja mengubah suai rumah.

rasanya kes2 mcm ni tak perlu la nk buat pemutihan bagai, suruh je diorg robohkan bhgn yg dah sah2 masuk kwsn awam...
salah MPAJ jugak sbb byk tido dari buat keje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2013 09:04 AM | Show all posts
krustykrab posted on 17-10-2013 09:02 AM
area rumah aku kalau MPAJ buat fogging...bhgn depan je la....blkg mmg dah tak boleh masuk....kalau ...

iols pulak orang Majlis redah je laluan kat belakang tu..sebab ada yg over dan ada yg mengikut peraturan. tak extend sgt.
sebab tu lah nyamuk mudah membiak. kadang2 banyak air bertakung..duhh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 09:08 AM | Show all posts
Klu sedara Taib Mahmud, org MPAJ kena suh balik je la...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 09:10 AM | Show all posts
perrghhhhh..sampai mcm tu skali modified umah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 09:13 AM | Show all posts
umah dah besar pun tambah lagi.. kalo umah flat aku paham la..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 09:15 AM | Show all posts
umah pak aku mmg buat macam nih..

dah siap baru mintak permit segala... kalo nak tunggu permit before reno... mkn thn...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 09:15 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 17-10-2013 09:02 AM
tu mmg normal, single storey jadi dabel story. kemain hebat rumah dorang..
cam istana gah

rumah aku nie single storey semi d... unit di hujung...tapi paling corner adalah rumah jiran aku tadi tu ler... dahla dia buat entrance baru kat corner tu, dengan rumah dia jadi dabel storey, nampak lah mcm rumah aku jadi rumah blakang pulak..(jad mcm 1 banglo besar)


sekali ada org tarik keta datang, masuk kat rumah aku...siap marah2 lagi sebab tak dengar dia panggil kat depan...

so aku cakap ler, aku nak tgk surat tarik tu..

sekali tgk nama bukan nama aku...keta pun bukan keta aku..

no rumah pun bukan no rumah aku (mcm nick ko pulak eh)

tapi jiran sebelah
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 09:16 AM | Show all posts
pi tgk kt tmn medan dan tmn dato harun tgk.... tiang tepon dok dalm rumah terus......
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 09:18 AM | Show all posts
dulu masa rumah tghrenovate rumah, DBKL dtg melawat minta permit kebenaran..mesti ada tukang mereport nih..prihatin sungguh beliau

ello i hntr pelan kt DBKL dulu tau sebelum renovate..dpt approval br buat

rumah2 lain i tatau..ada yg dh bentuk banglo dah..corner lot la selalu wat cmni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 09:18 AM | Show all posts
krustykrab posted on 17-10-2013 09:04 AM
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Rosliza M ...

betul..

buat apa proses pemutihan???

robohkan ajer la..menyusahkan org...

org2 yang buat illegal extension nie jenis yang arrogant, tak pikir jiran2...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu lg jenis jiran yg nk wat pagar batu...

Sepatutnyee kl owner tuh nk wat..dia kene cat elok2 bahagian sebelah jiran dia sekali..ini tak siap suh share kos buat pagar...padahal joran sebelah x mo pon buat...astu kl jiran x mo..dia g biorkan x berplaster x cat sumer

Mane leh...

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 09:22 AM | Show all posts
mjla posted on 17-10-2013 09:08 AM
Klu sedara Taib Mahmud, org MPAJ kena suh balik je la...

taib mahmud ke muhammad mat taib?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 09:22 AM | Show all posts
True-X posted on 17-10-2013 09:20 AM
Satu lg jenis jiran yg nk wat pagar batu...

Sepatutnyee kl owner tuh nk wat..dia kene cat elok2 b ...

tu satu hal. sebelah je cat elok, sebelah lagi tak bercat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.075266 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list