CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5794|Reply: 8

Julia Perez anak derhaka?

[Copy link]
Post time 16-10-2013 09:24 PM | Show all posts |Read mode


BERITA penundaan majlis perkahwinan pelakon kontroversi Julia Perez, 33, dengan Gaston Castano, 28, yang sepatutnya berlangsung November ini mengundang pelbagai reaksi. Ada yang bersimpati dengan nasib malang wanita yang dikenali dengan panggilan Jupe itu. Apatah lagi segala persiapan sudah dibuat untuk acara yang berlangsung di negara kelahiran bakal suaminya di Argentina.

Dek kerana penundaan perkahwinan bintang filem itu menanggung kerugian kerana wang pendahuluan untuk bayaran katering dan sewa dewan yang dijelaskan sejak awal tahun lalu tidak dikembalikan.

Pun begitu ada juga pihak yang menganggap kejadian tersebut sebagai satu alamat supaya penyanyi lagu 69 ini membatalkan niat untuk mengahwini pemain bola sepak Indonesia itu.

Perbezaan agama menjadi perkara utama yang dipersoalkan kerana Jupe beragama Islam manakala Castano penganut Kristian.

Malah perkahwinan mereka ditentang hebat oleh ibu, Sri Wulansih yang tidak merestui hubungan cinta sejak Jupe menyatakan hasrat berkahwin.

Biarpun Jupe tidak pernah berputus asa untuk meraih restu namun usaha pelakon Kutukan Arwah Santet ini nampaknya sia-sia sahaja.

Sri Wulansih bertegas untuk tidak mahu berkompromi dalam soal agama. Pendiriannya cukup jelas kerana dia sudah awal-wal lagi mengisytiharkan untuk tidak menghadiri majlis perkahwinan anaknya itu.

“Saya tetap mengahwini Gaston biarpun ibu menentang. Sebab itu saya tak akan putus asa untuk memujuk hatinya biar lembut dan terima perkahwinan kami.

“Sekarang ini apa yang lebih merisaukan saya adalah urusan perkahwinan saya apabila sudah tak jadi nikah," katanya yang mengalami tekanan selepas Castona mengkhabarkan berita penundaan perkahwinan sejak September lalu.

Jupe menjalinkan hubungan intim dengan Castano sewaktu masih bergelar isteri kepada Damien Perez. Kemesraan dipamerkan kepada khalayak sewaktu mereka bercuti bersama di sebuah pantai sekitar tahun 2009 lalu.

“Saya menangis setiap kali melihat gaun perkahwinan. Saya ada lapan koleksi gaun yang sudah disiapkan untuk majlis itu. Bila hajat tak kesampaian, nak buat macam mana. Simpan saja semua gaunnya dalam almari. Tunggu untuk dipakai pada hari nikah yang sebenar saja," katanya.

Pembatalan tersebut ekoran Castano perlu memberi fokus pada perlawanan bola sepak bersama pasukan Indonesia di Kalimantan pada bulan yang sama.

Agama kami rahsia

MENGULAS tentang soal agama setelah Jupe berkahwin dengan Castano nanti, wanita berdarah Betawi, Jawa dan Sunda ini mengakui sudah memikirkan masak-masak berhubung isu tersebut.

Menafikan memilih lokasi Argentina sebagai lokasi paling mudah untuk urusan perkahwinan membabitkan pasangan berbeza agama, Jupe juga ada alasan tersendiri mengapa memilih negara tersebut.

“ Perkahwinan berbeza keyakinan (agama) boleh berlaku di mana-mana saja. Tapi saya pilih Argentina kerana tak mahu membangkit kemarahan pihak-pihak tertentu.

“Siapa yang bakal mengorbankan iman mereka? Cukup saya, Gaston dan Tuhan yang tahu. Keyakinan itu adalah masalah super sensitif. Saya tak mahu mengikut artis lain yang menghebahkan tentang perpindahan agama mereka secara meluas.

“Saya tak akan menyakiti hati mana-mana pemeluk agama lain. Lantas keyakinan itu rahsia kami dengan Tuhan. Yang penting kami menikah dengan atas nama cinta," alasan Jupe.

Sumber : Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 11:37 AM | Show all posts
Julia perez who?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 01:32 PM | Show all posts
MasyaALALH~ kengerian betul cerita ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 01:57 PM | Show all posts
ngko dengan sundel bolong, macam dah tak jauh beza dah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 02:39 PM | Show all posts
Hai lah dunie skrg ni..mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 05:36 PM | Show all posts
sah ke nikah tu jupe oiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2013 06:16 PM | Show all posts
betul ka dia islam... Last edited by yasinfi on 17-10-2013 06:21 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 04:24 PM | Show all posts
baru tau dia islam....seksi amat...........waduh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2013 12:04 PM | Show all posts
bukan dia kawin dgn pak ustaz ke dulu??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.053356 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list