View: 2430|Reply: 4
|
Dua otai mantapkan Escape Plan
[Copy link]
|
|
Sylvester Stallone dan Arnold Schwarzenegger
BAYANGKAN dua bintang ternama dan legenda Hollywood, Sylvester Stallone dan Arnold Schwarzenegger bersatu dalam sebuah filem.
Jika sebelum ini, penonton melihat gandingan mereka menerusi filem The Expendables 2, kali ini Stallone, 67, dan Schwarzenegger, 66, kembali bergandingan menerusi Escape Plan.
Filem aksi ngeri arahan Mikael Håfström ini membawa penonton melayari kisah Ray Breslin (Sylvester Stallone) yang terpaksa menjalani hukuman penjara atas kesalahan jenayah yang tidak dilakukannya.
Breslin dihantar ke penjara unik yang mempunyai kawalan keselamatan maksimum hasil rekaannya sendiri.
Ketika berada dalam penjara, Breslin berusaha menganalisis setiap penjara yang mempunyai kawalan keselamatan tinggi bagi membantunya meneruskan kelangsungan hidup sepanjang menjalani hukuman itu.
Bagaimanapun, Breslin berdepan cabaran terbesar untuk meloloskan diri daripada penjara rekaannya sendiri kerana bangunan itu dibina dengan teknologi kalis bolos.
Pada waktu sama, dia juga perlu menghadapi warden penjara yang kejam Hobbs (Jim Caviezel) dan pengawal keselamatan yang korup (Vinnie Jones).
Namun Breslin bertuah apabila usaha untuk melarikan diri dari pusat tahanan itu mendapat bantuan daripada teman penjara, Emil Rottmayer (Arnold Schwarzenegger) yang bijak, rumit dan berjiwa besar.
Filem ini turut dibintangi Curtis ‘50 Cent’ Jackson, Sam Neill dan Vincent D’Onofrio.
Biarpun dilihat seperti drama bersiri Prison Break, namun Escape Plan membawa banyak pembaharuan sekaligus kelainan yang tidak boleh dijangka fikiran.
Lakonan hebat
Tidak keterlaluan, adrenalin pelakon pastinya terpaku melihat gandingan Stallone, 67, dan Schwarzenegger, 66, seterusnya mengikuti jalan cerita ini hingga ke saat puncak.
Bukan sekadar gandingan biasa, namun anda juga berpeluang melihat dua hero terkenal yang sudah berusia lebih setengah abad ini bergasak sesama sendiri pada ketika Breslin ingin melepaskan diri.
Ini kerana mereka tidak hanya sekadar beraksi, tetapi ada beberapa ketika, penonton pasti ketawa melihat beberapa insiden lucu mereka yang saling mengenakan antara satu sama lain.
Bukan itu sahaja, ada ketikanya mereka berdua berganding untuk mengenakan beberapa tahanan lain dalam penjara rahsia tersebut.
Filem ini lebih menarik kerana plot yang tidak memeningkan penonton sejak dari awal lagi, maka keterujaan penonton termasuk penulis untuk mengetahui cara Breslin melepaskan diri begitu terasa.
Misi mendebarkan
Menariknya, seawal babak pertama lagi, penonton disajikan dengan aksi Breslin yang dapat melepaskan diri dengan begitu mudah sekali.
Oleh kerana kebijaksanaannya itu, dia mendapat perhatian sebuah agensi perisikan yang meminta dia meloloskan diri dari sebuah pusat tahanan rahsia.
Rasa yakin diri yang tinggi menyebabkan Breslin menerima tugasan tersebut dan beranggapan tentu mudah baginya melepaskan diri memandangkan dia sudah berbelas kali berjaya lolos.
Tetapi segalanya berubah apabila sel tahanan tersebut sebenarnya dibina berasaskan cara dia memberi penjelasan dalam sebuah buku yang ditulisnya sendiri.
Pada masa inilah, membuatkan penonton berfikir bagaimana cara Breslin dapat meloloskan diri dengan bantuan kawan baiknya itu.
Setelah melalui pelbagai dugaan, barulah Breslin berjaya mencari jalan keluar bersama Rottmayer.
Namun berlaku satu lagi kejutan di mana pada pandangan penulis, identiti Rottmayer sudah boleh dijangka ketika pertengahan filem ini.
Tahanan Islam
Perkara lain yang menarik perhatian penulis adalah kehadiran pelakon Islam yang beberapa kali melaungkan kalimah Allah dan juga bersolat.
Biarpun kelihatan seolah-olah diperguna pada mulanya, namun kehadiran tahanan tersebut sedikit sebanyak memberi imej yang baik terhadap masyarakat Islam khasnya kerana ia memperlihat bagaimana seorang lawan yang akhirnya bertukar menjadi kawan dan sanggup membantu sehingga ke titisan darah terakhir.
Manakala dari aspek sinematografinya pula, tidak banyak perlu diperkatakan memandangkan tahanan rahsia tersebut di bina dalam sebuah jentera yang besar dan mempunyai banyak kotak-kotak yang menempatkan penjara.
Justeru, bagi melihat keseluruhan jalan cerita filem ini, jangan lupa saksikan Escape Plan di pawagam.
|
|
|
|
|
|
|
|
terbaik! action, komedi memang best! |
|
|
|
|
|
|
|
Best citer nie... I like... tgk 2x tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Komen sesaper yang dah tengok kat sini... cam best. |
|
|
|
|
|
|
|
the best cerita ni, legend stallone and arnold memang superb cerita ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|