CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4140|Reply: 6

Perisai, Antivirus Malaysia yang berlandaskan syariah

[Copy link]
Post time 11-10-2013 05:47 PM | Show all posts |Read mode
Perisai, Antivirus Malaysia yang berlandaskan syariahPerisai, Antivirus Malaysia yang berlandaskan syariah2:58 PM
Lelaki Banjar







Siapa sangka, selain daripada perbankan Islam dan hab makanan halal, Malaysia juga ada syarikat yang menyediakan perkhidmatan perisian keselamatan internet atau bahasa mudahnya, antivirus yang berlandaskan sistem digital syariah sepenuhnya.

Lebih membanggakan, produk unik ini dihasilkan sebuah perusahaan kecil dan sederhana (PKS), 1Machine Sdn Bhd (1Machine) yang merupakan antara syarikat di bawah bimbingan Technology Park Malaysia (TPM).

Dikenali sebagai Perisai, perisian yang digunakan untuk keselamatan internet ini adalah buah fikiran tiga usahawan muda Melayu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif 1Machine, Abbyamir Sapie; Ketua Pegawai Operasi 1Machine, Shaifulizan Othman dan Pengarah Perniagaan Antarabangsa 1Machine, Mohd Juani Affendi Ibraham.

Idea menghasilkan produk teknologi itu datang selepas mereka menyedari masih tiada syarikat tempatan yang menawarkan produk perisian keselamatan internet kepada pengguna, jadi 1Machine diasaskan pada 2010 bagi merealisasikan impian itu.

Pada 2011, 1Machine mula mengkomersialkan Perisai kepada umum dengan mengutamakan konsep perniagaan kepada perniagaan (B2B) melalui pengedar.

Kini, syarikat itu menawarkan perkhidmatan seperti Perisai  Antivirus, Perisai Anti Spyware, Perisai Anti Spam, Perisai Parental Control, Perisai Firewall dan Perisai Mobile Security.

Tembusi pasaran Timur Tengah
Abbyamir berkata, selepas empat bulan pelancaran Perisai, pada 2012, 1Machine berjaya mendapatkan beberapa pengedar di peringkat global di mana kebanyakannya adalah dari negara Islam Timur Tengah serta Utara Afrika seperti Arab Saudi dan Mesir.

“Peluang ini kami dapat daripada penglibatan dalam beberapa program seperti pameran dan juga program di bawah TPM termasuk tunjuk ajar mengenai kemasukan pasaran, nasihat perniagaan, pembangunan serta rancangan perniagaan.

“Tahun lalu, kami banyak habiskan masa mencari pendedahan kepada pasaran. Pada Februari tahun ini, kami telah menubuhkan syarikat pertama 1Machine di luar Malaysia dikenali sebagai 1Machine Technology Pte Ltd di Juba, Sudan Selatan bagi menjaga operasi dan pemasaran jualan kami di Afrika," katanya.

Abbyamir menambah, 1Machine pada bulan lalu juga telah membuka syarikat 1Machine Technology Pte Ltd yang berpangkalan di Yorkshire, United Kingdom sebagai pusat operasi dan hab pemasaran Perisai di Eropah.

"Kami buka syarikat itu dengan kerjasama rakan kongsi di sana yang sudah beri pendapat dan kemukakan rancangan mereka bagaimana untuk membantu Perisai menembusi pasaran di Eropah," katanya.

Kerajaan turut bantu sektor teknologi
Abbyamir (bermisai) bersama produk 1Machine Perisai.

Bagi Abbyamir, inisiatif daripada kerajaan memang banyak disediakan bagi membantu usahawan sektor teknologi.

“Kami juga penerima bantuan daripada Yayasan Usahawan Baru Malaysia (Mynef) yang membuat rancangan baik untuk mempromosikan Perisai dalam kalangan pengguna terutamanya syarikat PKS.


“Melalui geran ini kami menyediakan Perisai kepada syarikat PKS secara percuma dan ia dibiaya oleh Mynef sendiri,” katanya.

Berdasarkan sokongan itu, 1Machine menyasarkan anggaran penggunanya akan mencecah 200,000 pada hujung tahun ini.

Namun beliau juga berharap akan ada bantuan dari segi penjenamaan produk unik itu supaya lebih dikenali pengguna.

“Sebagai produk baru kami perlukan bimbingan dari segi penjenamaan, komersial dan pengiklanan bagi memberitahu umum mengenai produk tempatan dan saya harap kerjaan akan beri lebih perhatian untuk bantu usahawan teknologi dalam perkara ini," katanya.

Tak banyak produk negara Islam
Ditanya mengenai perancangan akan datang, Abbyamir berkata, 1Machine akan mengutamakan sasaran bagi penembusan pasaran Perisai di peringkat global kerana tidak banyak produk yang datang dari dunia Islam seperti negara-negara dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

“Boleh dikatakan 98 peratus (produk teknologi) adalah dari Eropah dan Amerika Syarikat.

Di sini kita boleh lihat peluang sangat cerah bagi produk dari Malaysia dan negara Islam untuk tembusi pasaran Timur Tengah dan negara yang mempunyai peratusan penduduk Islam tinggi.

“Rakan kongsi kami di Eropah juga turut memberi cadangan untuk menembusi pasaran negara di Eropah yang mempunyai peratusan penduduk Islam tinggi seperti Perancis, United Kingdom dan beberapa negara lain lagi,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tetap mahu mengukuhkan kedudukan di pasaran negara sendiri sebelum menarik perhatian pengguna luar kerana syarikat itu yakin, produk dari dunia Islam boleh diterima dengan baik di negara Islam seluruh dunia.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2013 05:22 AM | Show all posts
bunda subegini pun nak kuna syariah compliance ka?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2013 04:47 PM | Show all posts
kena lah. sekarang ni apa2 yg islamic memang laku. tengok la air mineral halal tu. sementara boleh ni, belasah kaw2 la.

tapi dia silap, fenomena ni cuma dia malaysia. jangan mimpilah nak market sampai arab & europe. kat indon pun belum tentu lepas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2013 09:23 AM | Show all posts
SEBENARNYA MEREKA TAKUT DENGAN ISLAM....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 09:17 PM | Show all posts
tang mana yang berlandaskan syariah nye?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 05:14 PM | Show all posts
rasa mcm belum meluas lagi dalam pasaran.. target market sapa? gov sector n GLC ker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2014 05:15 PM | Show all posts
nacuwin posted on 15-1-2014 09:17 PM
tang mana yang berlandaskan syariah nye?

kompeni kut yg patuh syariah hehehee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.105790 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list