CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 876|Reply: 0

[Tempatan] Penunggang maut motosikal terbabas langgar penghadang

[Copy link]
Post time 8-10-2013 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Penunggang maut motosikal terbabas langgar penghadang

SANDAKAN 8 Okt. - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar penghadang jalan di Jalan Buli Sim-Sim di sini semalam.
Kemalangan pada pukul 3.15 petang itu menyebabkan Razman Amsali, 28, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Supritendan Fadzil Mohd. Ali berkata, ketika kejadian, lelaki itu dalam perjalanan menuju ke Bandar Sandakan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat, katanya.
Beliau meminta orang ramai atau saksi yang melihat kejadian itu supaya  menghubungi pegawai penyiasat Sjn Giningon Kuledad di talian 089-242222 untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2025 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.060836 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list