CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2927|Reply: 5

“Jika kamu terselamat, ketahuilah bahawa ibu amat menyayangimu..”

[Copy link]
Post time 27-9-2013 09:34 PM | Show all posts |Read mode


Besarnya Nilai Kasih Dan Sayang Seorang Insan Mulia Bernama Ibu..
''If you can survive, you must remember that I love you..''
====================================

Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana mayat berkenaan kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya. Parah.

Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.

Dia dan seluruh pasukan penyelamat meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu.

Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, melaungkan sebuah harapan “Seorang kanak-kanak! Ada seorang kanak-kanak! ”

Seluruh pasukan bekerja bersama-sama. Dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga menyebabkan dia meninggal. Setelah batu demi batu dipunggah, mereka dapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya.

Tergamam seluruh jiwa yang hadir pada ketika itu. Barulah mereka mengetahui bahawa si ibu itu telah berkorban nyawa semata-mata untuk menyelamatkan anaknya yang tercinta. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.

Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat sebuah telefon bimbit di dalamnya. Lantas.. doktor memeriksa telefon bimbit berkenaan dan mendapati tertera sebaris teks mesej pada skrinnya,, Dalam menahan sayu di hati beliau membaca

“Jika kamu terselamat, ketahuilah bahawa ibu amat menyayangimu..”

Mesej tersebut telah dihantar dari satu individu ke individu yang lain. Setiap mereka yang membacanya pastikan menangis. “Jika kamu terselamat, ketahuilah bahawa ibu amat menyayangimu..”

P/S : Lihatlah betapa hebatnya pengorbanan seorang ibu. Demi keselamatan anak yang amat dicintainya.. Dia tidak kisah walaupun nyawanya sendiri kan menjadi galang ganti. Sesungguhnya.. bagi setiap insan yang bergelar ibu.. Pengorbananmu takkan dapat dibalas walau dengan apa cara sekalipun..


KOPIPES : https://www.facebook.com/rumahtanggakeluargamuslim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2013 11:12 AM | Show all posts
dah lama kejadian ni berlaku.... kat negeri China kalau tak silap... tp thread ni mengembalikan semula rasa sedih dengan pengorbanan ibu tersebut.. tiba2 teringat kat mak, nak tipon maklah.......................... TQ TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2013 09:34 PM | Show all posts
puanlina posted on 1-10-2013 11:12 AM
dah lama kejadian ni berlaku.... kat negeri China kalau tak silap... tp thread ni mengembalikan semu ...

Wlupun aku LELAKI,aku merembes baca kisah nie....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 09:47 AM | Show all posts
tersentuhnyeee...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 05:36 PM | Show all posts
ada dpt fb cerita nie..mmg sedih tersentuh hati dibuatnye..dekat cina kan beberapa tahun dl
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 04:11 PM | Show all posts
airmataku tumpah lagik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 28816 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 28399 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 40835 Replies : 314
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275566 Replies : 8029
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 96815 Replies : 988
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 23352 Replies : 436
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145363 Replies : 2457
Letupan internet, Jay-Z didakwa merogol gadis 13 tahun bersama Sean 'Diddy' Combs lebih 2 dekad lalu
maklukpenggodaLetupan internet, Jay-Z didakwa merogol
Views : 37460 Replies : 53
[ILMU MUDAH]: Cacing Kerawit
ipes2[ILMU MUDAH]: Cacing Kerawit
Views : 40433 Replies : 1
Tidak boleh jual daging babi, makanan tidak halal di pasar malam - MBSA
ultra78Tidak boleh jual daging babi, makanan ti
Views : 46265 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.093239 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list