CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 7977|Reply: 95

[Tempatan] Bayaran pembantu rumah Indonesia dikurangkan daripada RM8,000 kepada RM7,800

[Copy link]
Post time 27-9-2013 09:41 AM | Show all posts |Read mode
Bayaran pembantu rumah Indonesia dikurangkan daripada RM8,000 kepada RM7,800

PUTRAJAYA 26 Sept - Kerajaan Indonesia bersetuju mengurangkan kadar bayaran pengambilan pembantu rumah warganegaranya daripada RM8,000 kepada RM7,800 seorang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penurunan kadar bayaran itu dibuat selepas negara jiran itu mengurangkan tempoh masa latihan bagi pembantu rumah mereka daripada 80 jam kepada 42 jam.
''Sebelum ini, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin menetapkan RM8,000 seorang pembantu rumah Indonesia.
''Bagaimanapun, kerajaan Indonesia telah berjaya mengurangkan bayaran itu sebanyak RM200 kepada RM7,800 seorang, tetapi tempoh latihan dikurangkan sedikit," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, H.A Muhaimi Iskandar selepas kedua-duanya mengadakan pertemuan hampir sejam di sini hari ini.
Pada Julai lalu, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan bersetuju menetapkan kos pengambilan pembantu rumah warga Indonesia pada kadar RM8,000 setelah mengambil kira kos-kos yang wujud antara kedua-dua negara.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan penetapan kos tersebut antara perkara yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) Mengenai Pekerja Domestik Indonesia di antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia 2011 yang tertangguh pelaksanaannya sebelum ini.
Beliau berkata, perubahan kos itu setelah mengambil kira bantahan pelbagai pihak berhubung kos RM4,511 yang ditetapkan sebelum ini selain tawaran harga lebih tinggi dari negara lain menyebabkan Indonesia tidak berminat untuk 'berurus niaga' dengan Malaysia.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid menyarankan pihak-pihak tertentu, termasuk parti pembangkang agar meneliti terlebih dahulu penjelasannya berhubung pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 di Dewan Rakyat minggu depan.
Beliau berkata, saranan itu perlu supaya mereka boleh memberi input yang berguna bagi memastikan pindaan tersebut menepati kehendak rakyat dalam usaha pembanterasan dan pencegahan jenayah di negara ini.
''Kita masih boleh lakukan pindaan kerana kita ada peringkat jawatankuasa untuk buat sebarang pindaan dan kerajaan terbuka kepada sebarang cadangan.
''Jadi, jangan buat bising di luar tetapi tidak mampu memberi sebarang cadangan yang bernas," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2013 09:43 AM | Show all posts
Mahal..tak payah ambil org gaji..ambik bayaran per jam bru dlm rm20/jam..walaupon mahal..tp dah jimat duit nak tanggung sorang lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 09:43 AM | Show all posts
tinker_bell posted on 27-9-2013 09:43 AM
Mahal..tak payah ambil org gaji..ambik bayaran per jam bru dlm rm20/jam..walaupon mahal..tp dah jima ...

rumah pun tak semak dengan orang asing
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 09:45 AM | Show all posts
rm200 ja kurang...mahalnya bayaran nk amik org gaji skrg...hu3
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 09:56 AM | Show all posts
Is this a joke??
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 09:59 AM | Show all posts
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penurunan kadar bayaran itu dibuat selepas negara jiran itu mengurangkan tempoh masa latihan bagi pembantu rumah mereka daripada 80 jam kepada 42 jam.

training hour kurang hanpir 50%..tapi dpt diskaun rm200 dari harga asal 8k..kebaghalan apekah ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-9-2013 10:00 AM | Show all posts
RM 8000 kooo....... Lepas la nak buat loan beli preve.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 10:04 AM | Show all posts
tak pyh ambik ler...buat rugi jer..baik la suruh suami kawin bini baru lps tu bini no 2 ditugaskan menjaga anak2 n mengemas rumah..masak bagai...bg ler upah gak...tp jgn diseksa pulak madu tu..hidup rukun aman damai..tentu lagi berkat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2013 10:05 AM | Show all posts
poyohabis posted on 27-9-2013 10:04 AM
tak pyh ambik ler...buat rugi jer..baik la suruh suami kawin bini baru lps tu bini no 2 ditugaskan m ...

Apeke pelik kelakar sgt cadangan kau ni?

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 10:07 AM | Show all posts

training dah potong separuh, diskaun rm200 aja?
bodoh dalam cerdik depa ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 10:11 AM | Show all posts
PostBanhammer posted on 27-9-2013 10:05 AM
Apeke pelik kelakar sgt cadangan kau ni?

betul per dah mahal sangat byran tuk pembantu indon nie...dah sama gan duit hantaran lak...lps tu maid indon nie keje bukannye betul sangt...kang di dera nye anak kita mcm mn...blm lagi yg tiba2 lari tinggalkan umah mcm tu jer ikut jantan atau keje tempat lain...ssh2 sgt tu cdgan yg bernas mesti org lelaki suka... .. kita suruh bijan yg mulakan dulu tengok kak pink per tindakan dia..mengamuk sampai rambut dia gerbang mcm lion tak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 10:13 AM | Show all posts
poyohabis posted on 27-9-2013 10:11 AM
betul per dah mahal sangat byran tuk pembantu indon nie...dah sama gan duit hantaran lak...lps tu  ...


Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 10:16 AM | Show all posts
PostBanhammer posted on 27-9-2013 10:13 AM

ye itu yg kita mahu...semua benda naik harga tp perkhidmatan hampeh...kita kene belajar dr negara jepun..dia org walaupun suami isteri keje tp anak tetap jaga elok...tak pon isteri behenti keje lar...tp lps tu kene berjimat cermat ler tak leh lar nak bermewah...coz sara hidup tinggi skrg nie...

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 10:22 AM | Show all posts
garlicOil posted on 27-9-2013 10:07 AM
training dah potong separuh, diskaun rm200 aja?
bodoh dalam cerdik depa ni

kann.?? nampak sgt indon yg untung lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 10:22 AM | Show all posts
Negara2 maju mana ada konsep maid ni..kena tahan konon mghambakn org..ingat kes puteri arab kena tahan konon pghambaan..tp sebenarnya kaedah maid dkatakn mcabul hak asasi manusia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 10:28 AM | Show all posts
poyohabis posted on 27-9-2013 10:16 AM
ye itu yg kita mahu...semua benda naik harga tp perkhidmatan hampeh...kita kene belajar dr negar ...

Yang penting kita kena ubah dulu, baru pemimpin kita ikut... Wahahahaha lawak siyal teori ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2013 10:38 AM | Show all posts
tinker_bell posted on 27-9-2013 09:43 AM
Mahal..tak payah ambil org gaji..ambik bayaran per jam bru dlm rm20/jam..walaupon mahal..tp dah jima ...

orang malaysia kita hadap sangat nak ada orang gaji......

bagi aku la baik ambik cleaning service daily tu...dari ko nak ambik orang gaji tinggal dengan kau....makan minum kita tangung..ingat org gaji kau tak tak perlu mandi ker??utilities yang dia guna lagi??

pernah bagi cdangan kat my cousin baik ambik daily maid je da yang paling murah rm8/per hour...
negara negara barat mana da orang gaji perap kat rumah..orang gaji mereka tu daily maid je...

den dia jawab aku habis nak masak untuk makan malam siapa nak buat?
cam bongok je...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 10:41 AM | Show all posts
PostBanhammer posted on 27-9-2013 10:28 AM
Yang penting kita kena ubah dulu, baru pemimpin kita ikut... Wahahahaha lawak siyal teori ni.

ye ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 10:44 AM | Show all posts
ogata posted on 27-9-2013 10:38 AM
orang malaysia kita hadap sangat nak ada orang gaji......

bagi aku la baik ambik cleaning servi ...

Nak kene upah nightly maid la pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 10:47 AM | Show all posts
ogata posted on 27-9-2013 10:38 AM
orang malaysia kita hadap sangat nak ada orang gaji......

bagi aku la baik ambik cleaning servi ...

Kt barat..kalau buat mcm malaysian buat cnfrm kne tangkap sbb pghambaan..maid dtg and blk mcm pkerja biasa..ada minimum wages semua..kalau tak nak masak boleh beli waktu malam..

I tgk client i yg rumah atas 3 million pon tak ada maid..nak privacy katanya..ok je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.062445 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list