Betul Ke Bohong Kembali Lagi Dengan Musim Baru!

Program tv popular, ‘Betul Ke Bohong’ kembali lagi dengan musim terbaru setelah tiga musim bersiaran dan mendapat sambutan hangat dari penonton.
Program ini akan memulakan rakamannya sebanyak dua musim bermula dari 11 September hingga 17 September bertempat di KRU Studios, Cyberjaya.
Menariknya, seramai 100 orang selebriti yang akan hadir dan melibatkan diri dengan program ini. Antaranya ialah Lisa Surihani, Yusry, Hairul Azreen, Uqasha Senrose, Johan, Fizo Omar, Syura, Enot, Iqram Dinzly, Almy Nadia, Zoey Rahman dan ramai lagi.
Program ini merupakan satu-satunya program yang mendorong para selebriti untuk cuba berbohong terhadap kenyataan yang dipaparkan.
Setiap selebriti akan memberikan dua kenyataan sama ada betul atau bohong, dan kumpulan lawan harus meneka kenyataan tersebut. Sekiranya kenyataan dan jawapan mereka bertentangan, maka habuan yang diberikan adalah kejutan elektrik.
Program yang bersiaran selama setengah jam ini akan diketuai oleh seorang kapten bersama dua orang selebriti jemputan yang berlainan untuk setiap episod.
Berikut adalah jadual rakaman Betul Ke Bohong musim 4 dan 5:-11/9 : 12.30 petang
12/9 : 9.00 pagi , 1.00 petang 13/9 : 9.00 pagi , 1.00 petang 14/9 : 9.00 pagi , 1.00 petang 15/9 : 9.00 pagi , 1.00 petang 16/9 : 9.00 pagi , 1.00 petang 17/9 : 9.00 pagi , 1.00 petang
Kepada penonton yang ingin melihat selebriti kesayangan mereka terkena kejutan elektrik, anda haruslah mendaftar secara PERCUMA di laman web www.tvlive.com.my dan tempah tiket secara PERCUMA di sana. Tempahan adalah terhad. Siapa cepat, dia dapat!
Untuk maklumat lanjut mengenai tiket, sila hubungi Sharon, 012-2612237 atau Elly, 013-3797016.
**x sabar nk tgk ikram kena karen**
|