CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59700|Reply: 175

Pengalaman Misteri, Menyeramkan, Menakutkan Di Tapak Pembinaan (Constr. Site)

  [Copy link]
Post time 9-9-2013 03:50 AM | Show all posts |Read mode
Thread yg telah aku bukak ini khas utk pengalaman misteri di CONSTRUCTION SITE ataupun tapak pembinaan bangunan..
Ada perbezaan antara kilang, pejabat dan tapak pembinaan,,

Pendek kata, sebarang kejadian mistik yg berlaku pernah dihadapi oleh forumer semasa proses pembinaan dan pemasangan struktur, bangunan / premis.....

Aku mulakan kisah aku...

Kejadian ini berlaku ketika aku jadi pak guard selepas menduduki SPM sekitar prtghan 90-an..
Sebuah bangunan sedang dlm proses pembinaan, maka aku seperti biasa, bertugas pada hari pertama menjadi seorang pengawal keselamatan..

minggu pertama, aku keja shift siang..
Masuk minggu kedua, aku keja shift malam..
Supervisor aku telah berpesan pada aku, kalau nak buat rondaan, haruslah berdua.. Takut-takut ada sebarang ancaman.. ancaman daripada puak 'P'..

Aku tanya, puak 'P' mana plak..

Dia kata, Perompak, Penyamun, Pencuri.. Adalagi satu puak 'P' dari alam ghaib..

Pada malam terakhir aku bekerja, entah kenapa, aku suka-suka utk bergerak sorang..
Apabila aku berada di kawasan belakang, aku terdengar seperti ada orang berdehem..
Aku rasa, aku seorang sahaja yg berada di situ.. Berbekalkan cota, aku bersiap sedia..
Kemudian, aku terdengar lagi, ada bunyi besi diketuk berkali-kali... Aku menuju ke arah bunyi tersebut. Bunyi itu datang dari arah dalam bangunan yg sedang dibina...
Ternyata tiada apa-apa yg dapat kulihat melainkan besi perancah, peralatan membancuh simen dan peralatan kejuruteraan awam yg lain..
Hati aku mula berdebar..

Setelah semua tempat yg berdekatan telah aku suluh, tiba-tiba aku terdengar suara kanak-kanak bermain di tingkat atas.. jelas!
Gelak tawa kanak-kanak perempuan yg aku yakin jumlahnya lebih dari seorang sedang bergema di tingkat atas..

Tanpa menunggu lebih lama, aku bergegas berlari ke arah ketua aku dan menceritakan segalanya..
Dia menyatakan perkara itu kadang-kala berlaku. Tapi itu adalah perkara kecil.. Ada yg lebih hebat dari itu pun ada...
Dia juga menyatakan ini cabaran bekerja waktu malam.. Kalau tak tahan cakap awal-awal..

Dan itulah malam terakhir aku bekerja di syarikat kawalan keselamatan tersebut..

Last edited by SulurBidar on 9-9-2013 03:52 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2013 06:59 AM | Show all posts

construction site tu ade peristiwa kanak2 terbunuh ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2013 08:27 AM | Show all posts
lil_honey posted on 9-9-2013 06:59 AM
construction site tu ade peristiwa kanak2 terbunuh ke?

Aku tak tahu dan tak pernah plak ambik tahu sejak kejadian tue...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 08:58 AM | Show all posts
'P' tu means pontianak,pocong dan lain2 yang seangkatan dengannya la ye....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 09:16 AM | Show all posts
alaa.. nape TT berenti cepat sangat.. kalau tak mesti leh citer lagi cerita2 seram lain lagi......

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Loh....dah abes ke?
Huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2013 09:47 AM | Show all posts
aku ade story mase abah aku buat sebuah rumah banglo 3 tingkat di Tanah lot berhampiran hutan.....tapi jap lagi la...ade keje urgent!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 09:57 AM | Show all posts
siape_aku posted on 9-9-2013 09:47 AM
aku ade story mase abah aku buat sebuah rumah banglo 3 tingkat di Tanah lot berhampiran hutan.....ta ...

cambest jer ni.. xsabor nk baca

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2013 10:06 AM | Show all posts
peristiwa ni berlaku taun lepas, aku baru dapat keje & terus kena anta ke site. FYI, aku keje construction utk oil & gas project. company aku ni company consultant, tapi ni 1st time kteorang buat project construction.

site kat offshore, kena naik boat dalam 30 min - 40 min, baru lah sampai.

jadi sebab nak keje siap cepat, kteorang buat shift siang dari kul 7 pagi sampai kul 7 malam, pastu shift malam start dari 7 malam sampai kul 7 pagi.

memula tu aku banyak dengar citer orang je, orang tu jumpa cik pon kat platform 1, ada orang tu pulak jumpa benda terbang2 kat utility platform.

nak jadikan kes, ada satu time tu kecoh sampai kteorang kena panggil ustaz sebab tiap kali nak dah piling, besi piling tuh hilang.

aku pulak site representative, kena keje malam la time ni. buat site round skali, pastu aku pegi barge sebab nak supper.

time ni la dengan mata kepala aku sendiri, aku nampak satu makhluk hodoh kat bahagian tepi barge tu tengah makan sisa makanan. hodoh gila wa cakap lu.!! rasa nak muntah..dah la tuh bau hanyir pulak rasa penuh di udara..

kawan aku siap berenti kuarkan henpon dia amik gamba. punye la hati kering mamat tuh. aku dah cepat2 tarik tangan dia nak blah dari situ. takut, kecut perut, geli, nak muntah semua perasaan bercampur baru..huhu..

lepas dari kejadian tu, aku cuti dua hari. pegi menenangkan pikiran. hahaha.

aku tak copy gamba tu dari kawan aku, kalau tak bole aku tempek kat sini.

nak di jadikan cerita, lepas project abis, baru aku tawu yg tempat diorg buat platform tu rupanya kawasan perkampungan jin kat situ. jin tu tak suka kteorang kacau tempat dia, sebab tu la dia buat kacau.

patut la platform kena ubah kedudukan dia dari kedudukan asal iaitu senget ke darat, sebab nak elakkan kawasan kampung jin tu la.

aku doakan sape2 yg jadi operator kat platform tu, semoga selamat semuanya tak kena kacau.

sorry kalo cerita aku boring. hahaha. aku tak pandai nak ekspresikan yg seram2 ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 10:13 AM | Show all posts
okay, ni cerita mama.
Mama masih di construction site. Kondo mewah  ni dalam peringkat nak habis..tapi biasalah terpaksa delay. Start tahun 2010. Area ampang hilir. Keluasan 4 ekar, and previously was 2 lot of bunglow yg sangat besar dan usangg, masya allah. (mama sempat tengok sebelum di robohkan) di kelilingi oleh pokok rambutan tau. Owner dah migrate ke US. Jual tanah ni 44mil kat pemaju.

masa tengok area tu pun, mama dah rasa something...ya lah, bunglow ni siap ada underground room, kitchen, dan beberapa bilik rahsia, mama tak sempat masuk, tapi boss dan contractor masuk dan amik gambar. Sorry mama tak leh la nak share...copyright reserved.

Lepas masuk, boss mama muntah teruk dan mc hampir sebulan, after sebulan dia masuk, mama pun tanya dia, dia ni cina yg tak banyak cakap, cincai type la...dia bagitau mama, itu rumah sangat "sakit" mama pun faham la apa dia kata..malas nak tanya banyak, sebab dia tak suka cerita benda benda paranormal ni, sebab bagi dia, Bad Luck.

Masuk year 2012 piling pun dah habis, tapi level tak naik lagi, cuma scaffolding ja di pacak sana sini, toilet kami dalam kontena 10kaki (bayangkan la...) and office dalam kontena 40kaki. sebelah menyebelah. after 2 weeks mama keja, kedengaran la sana sini dok kena kacau, dgn miss universe gown labuh..mama ingat depa joking, tapi bila clerk kat main contractor pun kena...mama dah naik seram.

Ok ni kisah clerk main con... merangkap kawan lunch mama, si Ema...dia ni keja sampai kul 8-9pm gitu. Jenih duduk depan pc mengadap autocad dia sampai tak ingat dunia...so hari tu, hujan gerimis, dia lagi la malas nak balik, sebaliknya kaku di seat, sambil perabih kerja, sekali dia nampak imbasan orang lalu depan pintu kontena dia (opis depa pun dalam kontena juga...5 meter dari kontena kami) dia buat tak tau dan terus, tup tup kat keyboard. dalam 5 minit...apek kat belakang dia yg turut dok perabih kerja, cakap yg dia pun nak balik dah...so si Ema kata balik la, dia lagi sejam balik la, masa ni dah pun masuk maghrib. Tapi kongsikong (pecacai kat site)  masih ada dalam 2,3 orang dok mengemas pasir pasir kat luar tapi bukan berdekatan dgn kontena dia. masa ni hanya block A saja yg dah naik, iaitu, basement 1,2 and lobby....so pas apek tu blah, ema duduk perbetui tudung, dan dok menulis, sekali dia nampak sah sah si miss universe gown labuh putih duduk kat tempat Cheng (apek yg balik tadi) miss universe siap dok tengok pc yg dah terpadam, Kaku.

Serentak dengan tu, dengaq bunyi kuku dok mencakar kat permukaan meja...Ema terkejut badak, la baru ada akai!! terus amik kunci keta, handbag pun dia tertinggai, lari keluaq...menjerit panggey, Sajin (sajin ni pecacai bangla=kongsikong la) ema suruh si Sajin tutup pintu opis dan dia kelam kabut lari keluar dan blah balik. Esok dan selama 2 minggu jugak lah, ema mc.

Ni kisah mama plak...kat sini tepat kul 10 waktu break, so kongsikong keluaq pi minum kat tepi jalan. so mostly dalam site orang pun tak berapa nak ada...so mama pun time ni amik kunci pi kontena sebelah merangkap toilet. masuk toilet mama kunci dari dalam guna besi panjang, gemuk sket dari batang pen. Main sendal ja, tapi memang la tak leh bukak dari luar. lepas settle, cuci tangan mama pun tarik besi dan nak bukak pintu, sekali tak leh bukak hang!!!! mama siap tendang pintu tu, tapi macam di tekan dari luaq, habis la aku maki menjerit semua, handphone pulak dalam laci. last sekali mama azan!! mama laung Allah Hu Akbar sekuat suara perempuan ku ini,,,tak sampai beberapa second, pintu terkuak...mama tolak pelanpelan, haram betui,sapa tak dak kat luaq!! kul 10:15am masa tu!!! apakahhhhhhhhhhhhhh!!!!!!

mama pun cepat cepat turun, kunci..lepas kunci, i can feel a cold breeze lalu belakang mama...so mama istighfar dan pusing...bila pusing, jauh di hujung sana tapak utk block C nampaklah miss universe dgn rambut mengerbang duduk memandang mama.........

mama pun lari masuk opis...alhamdulillah tak demam dan tak mc...
ada masa mama share lagi...


sorry tak seram.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 10:45 AM | Show all posts
mamaezah posted on 9-9-2013 10:13 AM
okay, ni cerita mama.
Mama masih di construction site. Kondo mewah  ni dalam peringkat nak habis..t ...

pepagi buta pon miss universe tu dtg melawat jugak ke mama?

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 11:11 AM | Show all posts
mamaezah posted on 9-9-2013 10:13 AM
okay, ni cerita mama.
Mama masih di construction site. Kondo mewah  ni dalam peringkat nak habis..t ...

terjal jugak cik pont tu ye..siang2 pun nk menyakat lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 11:20 AM | Show all posts
ok dh free sbb time minum.....time org lain ngulo!!!

mase tu saya darjah 5 atau darjah nam...means tahun 95 or 96 la....abah dapat satu projek buat banglo 3 tingkat di kawasan merbau sempak, sungai buloh.... merbau sempak ke kuang??? aku tak igt sgt la...tapi lokasi mmg scary.... jalan nak masuk pon kecik....pastu lot Tanah tu betul2 hujung jalan....kirenye rumah tu akan jadi umah yg last la....sbb depan lagi dah hutan banat berbukit....

sebelum mule proses pasang beam, rumah kongsi dan persediaan utk keje2 pembinaan rumah...team abah terpaksa membersihkan dulu kawasan Tanah tu means tebas lalang, rumput dan sebagainye...mase tu xde kejadian pelik lagi....

tapi kejadian pelik mule berlaku bile atap siap dipasang.....bile rumah dah mule nmpk bentuk....mcm istana dgn kolam renang kecik depan rumah.....kolam renang di buat awal sbb tuan rumah suke dtg bawak anak2 die...sepasang...berumur kire2 5 dan 6 tahun.....and bile ade kolam tu...xde la diorg mengacau pekerja2 abah utk buat keje....anak2 tuan rumah ni jenis spoil brat sket....sume nak dilayan...org kayo la katekan....

air dalam kolam tu sikit je...paras lutut budak lelaki tu.....kire x dalam la..kalau die duduk pon dalam kolam tu....still x tenggelam...so satu hari tu...(ni abah aku cerita sbb kami xde di tmpt kejadian)

mase tu abah bawak tuan rumah tu round la nak tgk design utk plaster ceiling, deko dinding n cermin....pekerja lain buat keje masing2 la...anak2 tuan rumah ni berdua dalam kolam tu....(jgn tanye mane mak budak2 ni sbb aku tak penah jumpe)...tibe2 dgr si anak lelaki ni menjerit....kate adiknye lemas....!! berlari la pekerja dari segenap ruang termasuk abah n tuan rumah tu dari tingkat atas....tgk budak pompuan tu dah tenggelam dalam kolam!! pekerja indon tu terjun masuk n bawak budak tu kuar....pastu tuan rumah buat CPR agaknye,....anak die sedar balik....terbatuk2...air kuar ikut hidung n mulut n die nangis......maybe sakit kot.....

yg jadi peliknye....air dalam kolam tu meningkat!!! hujung kolam Nampak ade paip getah...abah dah marah pekerja die sape suruh tambah air dalam kolam tu.....sambil die berjalan ke getah paip tu...bile abah tarik...getah tu xde pon air kuar....kirenye paip tertutup! tetibe tuan rumah bersuara cakap air tu cetek macam biase mase budak2 masuk tadi.....jeng!jeng!jeng!.....

lepas 2 hari peristiwa tu....sorg demi sorg pekerja diganggu.....mule2 kat tgkt 2, pekerja tu tgh plaster dinding...pastu die dgr suara kawan lain panggil...die pegi jenguk...xde pon kawannye  tu....bile die balik ke tmpt yg die buat keje tadi, baldi yg berisi plaster tu dah tumpah ke lantai! die pon maki hamun la sape yg tumpahkan isi baldi tu...tetibe telinge die kena tiup! n suara pompuan gelak mengekek betul2 tepi telinge! tak cukup Tanah die berlari turun....abah pon terkejut tgk pekerja die lari ketakutan kul 10.30pagi...

di hari yg same,x lame lepas tu kat tgkt 1....ade sorg lagi pekerja  tgk memaku ape ntah....ke tgh memahat...gune pahat besi yg mcm paku tebal tu...die dalam posisi mencangkung...pastu die nmpk kelibat org...bile die pandang, pompuan berbaju putih dgn rambut panjang....baju die cantik...bkn koyak2 mcm cik ponti...pompuan tu lintas depan die n tembus masuk ke dinding...!!! dan kat mane silapnye...die tertukul paku kat tgn die sendiri!! (jgn tanye mcm mane jadi sbb xde sape yg bole jelaskan mcm mane bende tu jadi)..

die pon menjerit la kesakitan...suara lelaki..tau je la mcm mane kuatnye...berlaku x sampai 10 minit dari kes yg pertama tu....tgh abah kelam kabut carik pekerja tu...sorg lagi berlari dari arah dapur...katenye ade pompuan bertenggek kat atas dapur! so kerja2 tergendala disebabkan insiden2 misteri yg berlaku....

lepas tu ade la buat majlis tahlil n doa selamat kat rumah yg belom siap tu....dan perawat yg mengubat tu....kate hantu2 n jin kawasan tu ...minta sembelih seekor kambing utk jamuan diorg plak....tuan rumah setuju dan mengorbankan seekor kambing yang diletak kat kawasan hutan belakng rumah tu....

so xde la gangguan lagi n keje2 pembinaan berlangsung sampai siap.....tapi dgr kate...tuan rumah x duduk rumah tu lepas tu sbb still ade gangguan...ape jadi kat umah tu skang....waallahualam....kalo terbiar, mmg sayang la sbb rumah tu mmg cantik n besar mcm istana...!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 11:27 AM | Show all posts
nextttttttttttttttttttttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 11:54 AM | Show all posts
lagi2...cter lah..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pagi2 siang2 hari pon hantu2 ni dtg kacau.. :Q

Makanye dah x releven dah la hantu2 muncul mlm hari saje..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2013 12:27 PM | Show all posts
dasat cik pon tu siang bute pon buleh nyakat lg..cik pon hardcore kot..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 01:07 PM | Show all posts
hantu2 yg nyakat sesiang hari ni...jnis insomnia kot
x boleh tido, die nyakat lah org
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 02:31 PM | Show all posts
tu la...pelik gak bile antu ni menampakkan dirinye pada waktu siang....tapi bole je....cume insan2 terpilih yang bertuah untuk tengok.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak rasa bertuah pun bila tengok dia....maki ada laaaaa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.354820 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list