CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3086|Reply: 12

Dayang Nurfaizah ambil cuti panjang

 Close [Copy link]
Post time 7-8-2013 02:48 AM | Show all posts |Read mode
Agenda seninya memang padat sejak awal tahun lagi. Bukan saja tidak menang tangan memenuhi undangan persembahan, Ratu R & B dan Soul Malaysia, Dayang Nurfaizah juga sibuk menyiapkan pembikinan single terbarunya, Bisikan Rinduku yang menjadi lagu tema drama bersiri Dahlia.
Pada masa sama, penyanyi yang nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 32, juga sibuk mempromosikan album duet bersama penyanyi Anuar Zain iaitu rakaman konsert mereka di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada awal tahun lalu.



Selain itu, Dayang juga sibuk menjalankan tanggungjawab sosialnya dengan pelbagai aktiviti yang diatur sebagai selebriti sokongan reben merah (wanita dan kanak-kanak) untuk Majlis Aids Malaysia.



Justeru, kedatangan Syawal paling dinantikan penyanyi yang popular dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta dan Dayang Sayang Kamu ini kerana bukan saja berehat seketika daripada aktiviti seni, malah inilah masanya dia bercuti panjang bersama keluarganya di Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Penyanyi kelahiran Bumi Kenyalang yang lebuh mesra disapa Dayang berkata, selain berkumpul bersama keluarga dan sepupunya, dia juga mengambil kesempatan berkunjung ke rumah sanak-saudara, sekali gus mengeratkan tali kekeluargaan yang sedia terjalin.

“Saya pulang ke Kuching dua minggu sebelum raya untuk membuat persiapan raya di sana. Pada raya tahun lalu, saya juga bercuti selama dua bulan, sekali gus melawat ke tempat menarik bersama keluarga.

“Tahun ini, saya sudah merancang untuk bercuti panjang sebelum kembali memenuhi undangan persembahan untuk majlis korporat selepas raya,” katanya.

Berkongsi mengenai sambutan Syawal di Sarawak, kata anak ketiga daripada empat beradik ini, dia sekeluarga juga meraikan lebaran secara sederhana saja saban tahun.

“Namun ketika di Kuala Lumpur, saya sempat bawa mak pergi membeli-belah keperluan raya di Jalan Masjid India sebelum pulang ke Sarawak.

“Selain membeli baju raya untuk ibu bapa, saya juga tidak lupa belikan empat anak saudara baju raya untuk digayakan pada lebaran ini. Saya juga memperuntukkan dua pasang baju tradisional untuk digayakan pada lebaran ini,” katanya.

Mengenai juadah kegemaran pula, kata Dayang, sudah pastilah juadah air tangan ibunya dirindui seperti ayam masak merah, laksa Sarawak bersama rendang, ketupat pulut, ketupat nasi dan lemang.

“Selain itu, pastilah kek lapis Sarawak yang cukup terkenal di sana. Selalunya, mak beli saja kek lapis daripada saudara-mara yang menjualnya di Kuching.

“Ada empat jenis kek lapis yang lazat di sini seperti kek lapis evergreen, kek lapis Cadbury dan sebagainya. Biskut raya kegemaran pula adalah tart nanas.

“Minuman raya popular di Sarawak pula adalah jenis kordial dan berkarbonat yang sering dihidangkan kepada tetamu. Jangan rasa pelik kerana setiap rumah memang membeli berbotol-botol air berkarbonat ini pada hari raya,” katanya.

Ditanya sama ada dia ada membuat rumah terbuka, kata Dayang, pintu rumahnya terbuka untuk peminat dari jauh dan dekat dari jam 10 pagi hinggalah 11 malam pada raya pertama.

“Apa yang menarik sepanjang tujuh hari pertama, saya dan ahli keluarga akan mengenakan tujuh baju raya berbeza untuk menyambut tetamu yang datang ke rumah. Itu sudah menjadi tradisi di sini.

“Masa menyambut tetamu, saya tak pakai baju berlabuci, sebaliknya baju kurung biasa kerana banyak masa dihabiskan di ceruk dapur untuk menyediakan juadah dan mengemas,” katanya.

Tambahnya lagi, dia turut berkunjung ke rumah saudara-mara dan mereka berstatus ibu tunggal yang hidup susah di kampungnya itu sambil menghulurkan sedikit duit raya.


Dayang tak pernah sunyi

Sering diasak soal berkahwin, ia sedikit sebanyak membuatkan Dayang letih untuk menjawabnya. Namun Dayang cukup profesional kerana tidak cepat melatah kerana akur soal jodoh bukan diputuskan olehnya, sebaliknya ketentuan Ilahi.

Hakikatnya, kata Dayang yang menyambut usia 32 tahun tanggal 20 Julai lalu, walaupun masih berstatus solo, hidupnya tidak pernah sunyi kerana sentiasa dikelilingi keluarga serta teman rapat.

“Saya juga tidak sunyi kerana ibu bapa dan seorang anak saudara selalu menemani saya di Kuala Lumpur. Selain itu, saya juga ada empat anak saudara yang cukup manja dengan saya dan sudah dianggap seperti anak sendiri.

“Saya memang sukakan kanak-kanak dan teringin punya anak sendiri tetapi saya sedar masanya belum tiba lagi,” katanya.

Setiap kali ditanya soal jodoh, kata Dayang, dia masih mencari calon yang sesuai untuk menjadi teman hidupnya.

“Kalau soalan kahwin, jawapan saya masih sama, tolonglah carikan calon untuk saya kerana saya pemalu,” katanya.

Bercerita mengenai impiannya selepas meniti usia 32 tahun, kata Dayang, dia mahu menjayakan sebuah konsert  berskala besar khas untuk peminat setia yang menyokong perjuangan seninya selama ini,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2013 03:02 AM | Show all posts
dayang kawenla dengan bang nuar..dia pun pemalu jugak. sampai skg tak kawen2 lg
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2013 05:18 AM | Show all posts
Suka nau pesen kemban2 ni.. tiak cntik ke?????
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2013 07:54 AM | Show all posts
idup lagi rupernyer...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2013 08:04 AM | Show all posts
dh xde cite gamaknyer...kuarlah citeni
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2013 08:14 AM | Show all posts
Cuti panjangh pun nak bagitahu press
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2013 09:30 AM | Show all posts
aku minat sgt dgn suara dia
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2013 01:04 PM | Show all posts
suke lagu baru dia.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2013 02:35 PM | Show all posts
gasak kau ler dayang nak coti ke x ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2013 02:45 PM | Show all posts
nth lah dayang..ko ni pakai pun seksi2 nmpk dada..
coti lah pjg2 dr buat dosa bg org nmpk aurat ko tu
pencen pun bagus
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2013 04:07 PM | Show all posts
teringat dulu2....dayang ni lah org kata pesaing terdekat siti nurhaliza.... suara dia unik...tp ye lah, sendu jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2013 07:35 PM | Show all posts
Tu bukan gambar yang dikeluarkan dalam news yang betul ... tu gambar entah bila entah TT cekau tak tahu. Gambar yang betul2 dia rambut panjang lurus. Akhbar semalam
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2013 08:15 PM | Show all posts
bukan selama ni ko cuti ke yang?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:53 AM GMT+8 , Processed in 1.534534 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list