CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6590|Reply: 2

[Tempatan] Atlet Hoki Mati Kemalangan

 Close [Copy link]
Post time 1-8-2013 08:40 PM | Show all posts |Read mode
Oleh FARAH HARITH dan MOHD FAUZI (admin@malaysiandigest.com)   
Thursday, 01 August 2013 16:00












Pic: fuh.myKUALA LUMPUR: "Baru sahaja saya bertemu dengan mendiang Chua malam tadi semasa majlis berbuka puasa," kata Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah, Tengku Mahkota Pahang.
Tengku Abdullah yang juga Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) ditemui wartawan Malaysian Digest, Mohd Fauzi di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) tengahari tadi ketika beliau datang memberi penghormatan buat Chua Boon Huat, pemain hoki skuad kebangsaan, yang meninggal dunia awal pagi tadi selepas terbabit dalam kemalangan jalanraya.
"Beliau seorang pemain hoki yang penuh dedikasi, dan ini merupakan satu kehilangan yang besar. Chua adalah nadi utama kepada pasukan, dari segi pengalaman, dan juga semangat," kata Tengku Abdullah.
"Saya bangga ada pemain seperti Chua," tambahnya lagi.
Tengku Abdullah juga mengharapkan pemain yang lain meneruskan perjuangan biarpun pemergian Chua merupakan kenyataan perit untuk diterima.
Khairy (kiri) dan Tengku Abdullah di PPUM tengahari tadi. Pic: mD/Mohd FauziBeliau menggesa pemain hoki lain terus cuba mencapai kejayaan walaupun telah kehilangan seorang wira pasukan.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang turut sama berada di PPUM turut menyampaikan ucapan takziah untuk keluarga Chua dari seluruh warga Kementerian Belia dan Sukan.
"Saya bangga dengan kejayaan Chua dan beliau seorang yang banyak mengatur strategi.
"Chua seorang atlet cemerlang yang telah banyak berbakti pada negara. Pemain lain harus jadikan Chua sebagai contoh dan aspirasi.
"Chua ini unik, dia seorang saja pemain hoki yang berbangsa Cina," kata Khairy.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak juga menzahirkan ucapan takziahnya di atas pemergian pemain hoki kebangsaan Chua Boon Huat awal pagi tadi, dan juga atlet bola keranjang negara Jacky Ng Ahad lepas menerusi akaun Twitter beliau.
Jacky Ng meninggal dunia pada usia 25 tahun akibat serangan jantung ketika berada di Jinjiang, China untuk pertandingan jemputan sebagai persediaan menghadapi Kejuaraan Asian di Manila Ogos nanti.
Sementara itu, bagi abang Chua, Alif Nur Najmi Chua, ketika ditemui wartawan di luar ruang menunggu Pathologi Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebentar tadi, beliau berkata adiknya merupakan adik kesayangan.

"Saya betul tidak menduga dia akan pergi buat selama-lamanya hari ini," kata Alif, 42.

"Kali terakhir saya berjumpa dengan dia bulan lepas, tetapi kami masih berhubung menerusi telefon," tambahnya.

Berbicara mengenai perwatakan adik bongsunya, Alif berkata Chua seorang yang berdisiplin.

Alif Nur Najmi Chua. Pic: mD/Mohd FauziAlif juga merupakan bekas pemain hoki untuk negeri Melaka.

"Chua selalu ikut saya main hoki dulu, saya perkenalkan dia pada sukan ini. Masa dia darjah enam, saya hadiahkan kayu hoki untuk hari lahirnya," kata Alif.

Alif berkata ini merupakan satu kehilangan yang besar bukan sahaja kepada keluarga mereka tetapi juga kepada negara.

"Saya redha dengan pemergiannya," tambah Alif.

"Dia ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga bersama teman wanitanya, Louise. Samada tahun ini atau tahun depan, saya kurang pasti," katanya lagi.

Bercerita mengenai kematian bapa mereka, juga akibat kemalangan jalanraya, sembilan tahun lepas, pada waktu itu, Chua di dalam perjalanan dari Malaysia ke United Kingdom untuk latihan hoki.

Chua cuma mendapat berita sedih itu setelah tiba di kota London dan menurut Arif, Chua terus menaiki penerbangan pulang balik ke Malaysia untuk memberi penghormatan terakhir kepada bapa mereka.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Saravanan Murugan, ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata kehilangan Chua Boon Huat merupakan kerugian besar kepada Malaysia, khususnya bagi sukan hoki.
"Chua merupakan seorang yang komited, selain merupakan pemain paling lama beraksi. Beliau yang juga orang kanan hoki Malaysia sentiasa bersedia menunjuk ajar pemain lain," katanya.
"Kehilangan beliau tiada ganti," tambah Saravanan.
Saravanan juga berkata beliau yakin Chua akan sentiasa dikenang oleh rakyat Malaysia.
Keadaan kereta Chua setelah kemalanganKementerian Belia dan Sukan juga akan cuba membantu keluarga Chua dan akan berbincang mengenai sumbangan untuk mereka, menurut Saravanan.
Bagi ibu Chua, Tan Kuai Neo, 64, dia diberitahu mengenai kejadian pada jam 4 pagi dari teman wanita mendiang anaknya.
Ketika ditemui wartawan Malaysian Digest, Tan berkata Chua meminati hoki sejak kecil. Walaupun dia pernah melarang Chua bermain hoki kerana sukan itu kelihatan merbahaya, Chua tetap berdegil kerana minat yang cukup mendalam.
"Kalau dia tidak main hoki, dia tidak boleh duduk diam," kata Tan.
Tan juga berkata Chua akan pulang ke Melaka setiap kali mendapat cuti. Tambahnya lagi, mayat mendiang anaknya dijangka dibakar Isnin ini dan akan dibawa pulang ke Melaka hari ini.
Pada jam 10.15 pagi tadi, suasana sedih menyelubungi PPUM apabila keluarga Chua masuk ke ruangan Pathologi Forensik PPUM untuk melihat mendiang.
Seramai 15 orang ahli keluarga Chua hadir untuk menuntut mayat beliau sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Melaka.
Menurut Tan lagi, kali terakhir dia berjumpa anaknya itu pada bulan Jun yang lepas.
"Dia tidak menunjukkan sebarang perlakuan ganjil masa saya berjumpa dengannya," kata ibu Chua lagi.
Penjaga gol hoki negara, S Kumar juga berada di PPUM bersama keluarga Chua. Ketika ditemui, Kumar memberitahu wartawan kali terakhir beliau bertemu Chua malam tadi di Majlis Berbuka Puasa Perbadanan Hoki Malaysia.
"Hampir satu jam saya bersembang dengan Chua di majlis itu. Selalunya dia banyak makan, tetapi malam tadi dia makan sikit," kata Kumar.
Keluarga Chua menunggu di ruangan Pathologi Forensik PPUM, dimana petugas media tidak dibenarkan masuk. Filepic: mD/Mohd FauziKumar berkata Chua merupakan seorang pemain yang berdedikasi dan tidak pernah putus asa, disamping selalu inginkan kemenangan dalam setiap permainan.
Bagi bekas pemain hoki kebangsaan, Nor Saiful Zaini, dia mengenali Chua sejak berusia 17 tahun.
"Kami selalu pergi latihan bersama-sama, saya juga sering ke rumah Chua di Melaka," kata Nor Saiful kepada wartawan.
"Semalam saya tidak berkesempatan menghadiri majlis berbuka puasa Perbadanan Hoki kerana menghadiri majlis anjuran TNB," tambahnya.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, menerusi akaun jaringan sosialnya melahirkan ucapan takziah di atas pemergian pemain hoki skuad kebangsaan awal pagi tadi.
"Takziah kepada keluarga Chua Boon Huat, pemain hoki kebangsaan, yang meninggal dunia kira-kira jam 3.00 pagi tadi setelah mengalami kemalangan di LDP.
"Beliau seorang bintang hoki yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa dan merupakan seorang atlet yang cemerlang, berdisiplin, sentiasa positif dan menjadi inspirasi kepada pemain-pemain muda.
"Terima kasih, Boon Huat. Jasamu akan sentiasa dikenang oleh negara," tulis beliau di Twitter dan Facebooknya.

Chua Boon Huat maut dalam kemalangan yang berlaku pada jam 2.25 pagi.

Beliau berusia 33 tahun.

Mengikut laporan dari Bernama, kemalangan berlaku di Lebuhraya Damansara-Puchong, dekat Stesen LRT Kelana Jaya.

Kereta Chua telah dilaporkan melanggar sebuah lori dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Damansara terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan Chua yang tersepit dalam keretanya.

Beliau mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Chua berasal dari Bukit Cina, Melaka dan merupakan salah seorang pemain yang paling lama beraksi untuk skuad kebangsaan.
Beliau adalah anak bongsu dari empat beradik, dan mempunyai dua kakak dan seorang abang.
Penglibatan beliau dalam sukan hoki bermula sejak beliau berada di Darjah Empat, dan mula bermain hoki bersama skuad Malaysia pada usia 17 tahun untuk Sukan Komanwel yang diadakan di negara ini pada tahun 1998.

--mD


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2013 08:41 PM | Show all posts
iols baru tahu pasal mamat ni meninggal
tengok berita tadi....
saje je kongsi2 gittew...
baru2 ni pon ade atlet meninggal juga kan...
pasni sape pula?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 08:45 PM | Show all posts
dah ade la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.054428 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list