View: 27318|Reply: 60
|
Lost World Tambun/Gambang Resort/Zoo Taiping/Bukit Merah...mana happening?
[Copy link]
|
|
Salam semua.
Aku first time jenguk bod nih.
Aku plan nak cuti2 dlm malaysia x lama lagi, so terfikir pasal 3 park kt atas tuh tapi susah nak jumpa reviews kot...
Theme park yg aku pernah pegi sunway resort pj je. So aku nk pegi di luar kawasan pulak kan...dah la aku x familiar ipoh ni...
So uols...boleh tak tolong bagi input dr segi:
- ke'happening'an tempat2 tuh...best tak aktiviti2 kt situ utk org dewasa
- mahal tak makanan/hotel/fees?
- mcm mana nk ke situ dari KL?
- brapa lama perlu aku stay utk merasa kehebatan theme park2 tuh?
-
Kalau ada gambar lagi ok kot...kdg2 gambo official ni misleading...so nk tgk la real life nye camner
Edited - tambah Bukit Merah...
Maceh
Last edited by cmf_jeangrey on 16-10-2013 08:33 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
gambang resort tuh x yah la pegi... takat cam wet world je... pastu ade hotel je... sini penah pegi la tp yg lagi 2 tu x penah pegi... tp aku prefer lost world of tambun... tngok kat website die macam best je... water park ade, zoo, amusement park, hot spring pon ade... mungkin sbb under satu company SUNWAY kot... tu yg macam ala2 sunway lagoon agaknye... |
|
|
|
|
|
|
|
whadda posted on 26-7-2013 02:05 PM
gambang resort tuh x yah la pegi... takat cam wet world je... pastu ade hotel je... sini penah pegi ...
itu la..aku dh tgk website tambun dgn gambang...
nampak tambun menarik gile sbb video tu
tapi itu la...dah sampai sana takut mengecewakan pulak
masa, duit, tenaga, mental...nk kena ambik kira gak
|
|
|
|
|
|
|
|
gambang tu apa? bukake ke? |
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 26-7-2013 02:33 PM
gambang tu apa? bukake ke?
eh budak korea nih...gugel plsss
|
|
|
|
|
|
|
|
lost world of tambun.
dia lebih kepada waterpark la. ada juga rides, tapi sangat sikit. tapi kalau jenis yg suka main air, memang akan puas hati la kat situ. menarik juga sbb ada banyak section (selain daripada mandi manda). ada section utk extreme activities. ada section informatif - ada la tunjuk kat situ info2 tentang bijih timah semua. ada section petting zoo. burung. mini zoo. ada swan lake. ada spa (berbayar). oh ya.. boleh naik macam 'tour train' keliling park tu & boleh turun/naik kat mana kita nak, so tak ada la penat nak berjalan, walaupun park tu tak ada la besar sangat. tapi yg paling best, dia punya hot spring. ada banyak jenis. ada kolam yg kita boleh berendam2. ada kolam yg ada batu2 refleksologi tu. ada kolam jenis jacuzzi. section hot spring ni dibuka sampai malam. park tu ditutup petang. kalau duduk kat hotel tepi park tu, dapat kupon utk masuk hot spring tu free.
ok la juga kat situ. dekat dgn giant juga (kot la risau tentang makan). hotel tepi tu ada restoran old town. kalau was2 nak makan situ, boleh je pergi giant. or McD. ada McD juga dekat2 situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
NEMESIS posted on 26-7-2013 09:33 PM
lost world of tambun.
dia lebih kepada waterpark la. ada juga rides, tapi sangat sikit. tapi kala ...
tgk website lost world tambun macam best...
anyway dr description ni rasanya aku da bole agak camne tmpt ni
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_jeangrey posted on 27-7-2013 03:06 PM
tgk website lost world tambun macam best...
anyway dr description ni rasanya aku da bole agak cam ...
tempat tu kecik jugak la sebenarnya. tapi orang yg suka air & greenery, memang akan rasa happy la kot kat situ. memang menghijau. kalau ko bawak family & ada budak2, maybe budak2 akan suka la kot main air. aku tak berapa suka main air sangat, so rasa macam biasa2 je la. pakat rendam kaki kat dalam kolam air panas tu je.
tempat tu nak kata happening, tak la jugak. park tu, parking lot besar, lepas tu lintas jalan dah sampai hotel. tepi2 tu kawasan rumah orang. so memang tak happening la. review pasal hotel dia. hmmmm. bilik agak kecik kot. hotel tu pun nampak agak 'nipis' jugak. tapi ok la setakat nak tido semalam. takde la selesa sangat, takde la tak selesa sangat. makanan memang terhad. kat hotel tu cuma ada old town tu je la. tak jauh dari situ ada giant. tu je la.
kalau nak pergi zoo taiping pun ok. ada night safari. taiping pun makanan2 meriah. dengan laksanya. dengan mee udangnya. cendolnya. tapi kalau semata2 nak pergi zoo taiping tu rasa macam agak rugi la kot. kecuali kalau nak berjalan2 ke tempat lain kat situ. bukit larut ke. ataupun bukit merah? bukit merah laketown resort. waterpark juga tu. checkout http://www.bukitmerahresort-taiping.com/ppc/index.html
|
|
|
|
|
|
|
|
NEMESIS posted on 27-7-2013 06:33 PM
tempat tu kecik jugak la sebenarnya. tapi orang yg suka air & greenery, memang akan rasa happy la ...
o gosh very informative tq
fyi aku nk pegi dgn hubby je no kids
we all suka air berenang2 gitu
kalau pool besar lagi best
mini jungle trekking pun suka gak
lepas trekking terjun kolam cool down
peliknya resort dekat rumah org
cam tak kena je haha...
rasanya kalau 2 nights just nice
bole dpt 1 full day utk relax dan buat aktiviti
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_jeangrey posted on 27-7-2013 10:32 PM
o gosh very informative tq
fyi aku nk pegi dgn hubby je no kids
we all suka air berenang2 git ...
wait. aku pergi last year masa raya haji. hampir setahun yg lepas. so tak tau la kalau ada apa2 yg bertambah atau berkurang kat situ (tambun). tapi masa aku pergi last year, bahagian yg supposed to be 'amusement park' tu, memang tak ada apa2. rasanya masa tu aku just nampak 3 rides sahaja. merry go round, yg macam flying carpet kat sunway lagoon tu (versi mini) & ferris wheel (versi mini juga). lepas tu ada game macam funfair tu beberapa booth. tembak itik. baling gelung. thats it. itu sahaja.
yg section extreme activities tu actually macam 'team building' punya aktiviti. disebabkan namanya ada word 'team' tu, so aku tak tau la kalau boleh terus terjah utk cuba segala benda kat situ, ataupun kena book dulu, ataupun kena ada 'team' (yeah, sbb namanya pun 'team building' right?). masa aku pergi tu, memang tak ada langsung orang kat situ. so... kalau ko betul2 nak try segala flying fox, rock climbing, etc tu, lebih baik kalau call & tanya kat CS park tu dulu sebelum pergi. takut kecewa saja. trekking tu aku tak tau ada ke tidak. check la dulu ya.
bahagian spa & hot spring tu akan buka sampai malam, 10pm kot? fyi, malam2 memang agak 'happening' la. sbb macam... i dunno? party concept? ada lampu warna warni bagai. & yes, akan ada orang menari2 & minum2 sambil berenang2. btw, sentiasa ada pekerja yg buat rondaan kat situ la, so bab orang2 buat 'projek' tu tak ada la kot. haha. tu je la.
kolam dia memang agak besar. lagi besar dari desa waterpark kot? tapi aku tak perasan ada ke tidak water rides macam gelongsor ke apa. sorry. haha. tapi jenis yg macam sungai tu ada la. yg kita duduk je hanyut atas pelampung & hanyut keliling park. yg tu ada.
aku tak berani la nak beri jaminan yg tempat tu best. sbb 'best' tu subjektif kan. haha. tapi ok la. boleh la tahan. kot. hmmm.
|
|
|
|
|
|
|
|
gambang best sket dari tambun. |
|
|
|
|
|
|
|
NEMESIS posted on 27-7-2013 11:48 PM
wait. aku pergi last year masa raya haji. hampir setahun yg lepas. so tak tau la kalau ada apa2 yg ...
tapi bila aku baca descrption kau ni cam menarik je
sbb bunyinye tak crowded sgt dan ada spa malam tuh
aku tanya happening tu sbb aku tak minat tmpt yg terlalu ramai org
nanti nk carik space utk diri sendiri susah pastu hotel lg
aku dh roger hubby aku dia cam suka je nk discover tmpt2 kt mesia ni
kalau boleh pergi 2 tmpt sekaligus ok gak
|
|
|
|
|
|
|
|
moyas posted on 28-7-2013 07:22 AM
gambang best sket dari tambun.
cite la sikit
tgh kumpul review ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_jeangrey posted on 28-7-2013 11:17 AM
cite la sikit
tgh kumpul review ni...
Nk tanya sket. Uols nk g ni ramai remaja ker below 6 years old?
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_jeangrey posted on 28-7-2013 11:16 AM
tapi bila aku baca descrption kau ni cam menarik je
sbb bunyinye tak crowded sgt dan ada spa mala ...
crowded? haha. ko perlu tahu yg theme park adalah sangat crowded masa cuti sekolah & cuti perayaan. kalau perayaan orang melayu, maka akan penuh dgn orang2 cina kat tempat macam tu. kalau perayaan orang cina, maka akan penuh dgn orang2 melayu pulak. even weekend pun akan crowded. aku pergi masa raya haji. memang crowded la. kalau ko harap nak buat kuak lentang dari hujung pool belah sini ke hujung pool belah sana, maka lupakan saja la. haha. kalau ko setakat nak berendam2, nak kuak 2, 3 kali masih boleh.
malam2 kat hot spring tu memang agak crowded. agak memeningkan juga sbb keadaan agak gelap, lepas tu dgn lampu warna warni & muzik kuat gila tu. dgn orang berlari2 sana sini. memang pening. aku tak berapa nak suka la keadaan yg macam tu. tapi orang yg suka mandi2, suka lampu2 & muzik2 akan suka la kot.
errr. aku hanya describe berdasarkan apa yg aku tahu & pengalaman kat situ. tapi itu la. bergantung kepada taste masing2.
kalau macam aku, aku lebih suka outdoor & jalan2 sight seeing. aku suka theme park & water park juga. tapi kalau diberi pilihan antara pergi tambun dgn jalan2 pusing perak, aku akan pilih jalan2 pusing perak la kot. banyak jugak tempat menarik nak pergi. air terjun pun ada. muzium pun banyak. ok boring kan? haha. tapi kalau ko nak spend lebih daripada 3 hari 2 malam, maybe banyak la tempat ko boleh pergi. contoh, 1st day ko boleh habiskan kat taiping. boleh pergi zoo & night safari, lawat tempat2 kat taiping & makan makan makan. haha. 2nd day boleh turun ke kuala kangsar tengok muzium, masjid ubudiah, pekena cendol & laksa kat lembah tu. lepas tu boleh turun ke ipoh pulak. pergi tambun. kalau tak puas mandi kat tambun, singgah je kat lata iskandar, pakat mandi air terjun pulak.
eh wait. pernah dengar pasal 'sungkai hotsprings'? kat sungkai la. menarik jugak, tapi mahal la sikit. http://www.journeymalaysia.com/rainperaksungkaifelda.htm ada aktiviti macam rafting & trekking juga. kalau tak cukup, boleh amik pakej yg kat jadual bawah kat page tu, section packages & trips tu. ada pakej untuk jelajah gua tempurung juga.
plan la baik2 k. harap percutian ko best. kalau pergi taiping jangan lupa makan mi udang. kalau singgah kuala kangsar pekena laksa. kalau pergi ipoh harus balun mi rebus!
|
|
|
|
|
|
|
|
moyas posted on 28-7-2013 11:33 AM
Nk tanya sket. Uols nk g ni ramai remaja ker below 6 years old?
yg nk pegi ni dewasa 30+ ... kertu da uol
|
|
|
|
|
|
|
|
iolss dkt je dgn lost world tu tapi tak pernah masuk.. tak pernah pergi.. |
|
|
|
|
|
|
|
nsyazawani posted on 1-8-2013 02:46 PM
iolss dkt je dgn lost world tu tapi tak pernah masuk.. tak pernah pergi..
sbb dah depan mata atau x menarik uol?
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_jeangrey posted on 1-8-2013 03:28 PM
sbb dah depan mata atau x menarik uol?
gambang resort iolss tak pernah masuk tp zoo taiping perna lah.. uolss try masuk night punya.. ok lh mcm biasa.. uolss jgn naik train uolss jalan kaki..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|