View: 5575|Reply: 41
|
All About Ct's new Album - Berkos 200k, Album Setaraf Beyonce/M. Carey
[Copy link]
|
|
Agak lama juga tidak muncul dengan album studio, akhirnya Dato' Siti Nurhaliza bakal memulakan rakaman album terbaru. Lebih mengujakan pennyanyi nombor satu negara ini sendiri dan pastinya turut membuat serata peminatnya tidak sabar menantikan album tersebut kerana artwork kali ini bakal setanding album yang pernah dihasilkan oleh penghibur ternama dunia seperti Beyonce dan Mariah Carey.
Kalau tiada aral melintang, Siti akan memasuki studio sekitar hujung bulan Ramadan ini bagi merakamkan empat lagu dahulu. Rakaman lagu selebihnya akan bersambung selepas raya Aidilfitri nanti.
"InsyAllah, minggu depan saya mula rakam dalam empat lagu dulu. Album ni bakal memuatkan 10 lagu berkonsepkan Pop Melayu dan tak terlalu moden. Turut dimuatkan lagu Galau dan Lebih Indah. Sebenarnya ramai yang suka Lebih Indah versi konsert (persembahan Siti di dewan Filharmonik Petronas lalu), tapi saya masih lagi sedang memikirkan sama ada nak memuatkan versi itu atau tidak.
"Targetnya, album ni akan direlease pada hujug tahun ini" kata Dato Siti Nurhaliza ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Universal Music Malaysia dan Rumpun Records, bertempat di Restoran Warisan, semalam.
Jelas Siti, untuk album kali ini beliau lebih berhati-hati dari segi pemilihan lagu bagi memastikan lagu yang yang dipilih benar-benar berpotensi hits seperti mana lagu-lagu di dalam album Transkripsi-nya.
Selain melantik penerbit muzik dan komposer terkenal Aubrey Suwito sebagai penerbit album, Siti juga mendapatkan dua lagu ciptaan daripada dua pemuzik Indonesia. Salah satunya adalah lagu nukilan dari vokalis ST12, Charlie.
Sementara itu Pengurus Besar Rumpun Records, Mujahid Abdul Wahab mengesahkan kos pelaburan bagi menghasilkan album diva kesayangan ramai ini mencecah hampir RM200,000. Istimewanya, allbum ini menggunakan khidmat seramai 24 pemain string dari City of Prague.
"Bagi pihak kami, kami berani taruhkan kos sebesar itu kerana Dato' Siti adalah aset negara. Jadi soal keuntungan dah jadi nombor dua. Apa yang penting kita hasilkan sebuah produk tempatan yang bertaraf antarabangsa", kata Mujahid.
Menurut Mujahid lagi, tambah menarik, penerbitan album tersebut menggunakan cara teknologi studio ke studio dengan menggunakan broadband.
"Kos penerbitan saja mencecah hampir RM200, 000. Itu tidak termasuk promosi dan pembikinan video muzik. Kita juga gunakan seramai 24 pemain String City of Prague dan rakaman dijalankan di Singapura. Sementara Aurbrey akan pantau dari sini. Kiranya rakaman menerusi studio ke studio dengan menggunakan broadband.
"Mastering pula kita buat di studio Sterling Sound di New York iaitu studio yang pernah menghasilkan rakaman album bintang Hollywood seperti Beyonce dan Mariah Carey", katanya.
Dalam pada itu celah Siti, beliau percaya pasaran muzik tempatan sebenarnya masih mampun bernafas. Kerana itu beliau optimis menghasilkan produk muzik yang terbaik untuk pencinta muzik tempatan.
"Sejujurnya saya tak tahu menahu mengenai kos perbelanjaan album ini. Saya telah melantik Aubrey sebagai penerbit dan menyerahkan segalanya kepada pihak Universal untuk menguruskannya.
Saya percaya industri muzik kita masih mampu bernafas. InsyaAllah, album ni akan jadi salah satu projek terbaik sepanjang karier saya", katanya.
Last edited by dauswq on 28-7-2013 10:50 PM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kebabooom |
|
|
|
|
|
|
|
Kelas uolsss!!!! Btw,motif Galau pun ada jugek? Mohon remove dan ganti dengan Lebih Indah versi DFP |
|
|
|
|
|
|
|
hyie posted on 27-7-2013 01:58 PM
Kelas uolsss!!!! Btw,motif Galau pun ada jugek? Mohon remove dan ganti dengan Lebih Indah vers ...
xperlah Galau pun sedap gak kalau di bawa version okestra masa konsert Di raja hari tu.. Yutrp Lebih indah versi DFP sgt2 super duper tp dengar cerita Aubrey dah ubah suai dah lagu Lebih Indah tgk dekat twitter dia
|
|
|
|
|
|
|
|
mitnick posted on 26-7-2013 07:11 PM
beyonce gitteww
version sopan gituu hihihihi
|
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya teringin nak tengok mak iti menang Kulit Album Terbaik kat AIM. Mohon mak iti gigih all out untuk album kali ni...janganla hazab macam album AYL ok.. |
|
|
|
|
|
|
|
hyie posted on 31-7-2013 09:48 AM
sebenarnya teringin nak tengok mak iti menang Kulit Album Terbaik kat AIM. Mohon mak iti gigih all o ...
hehe pastinya sebab siti kan ada ckp dia akan naik kan album ni seperti dia naikan Transkripsi hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
punyukuku posted on 31-7-2013 01:20 PM
hehe pastinya sebab siti kan ada ckp dia akan naik kan album ni seperti dia naikan Transkripsi heh ...
jangan lupa selitkan sekali voucher simplysiti dalam album
|
|
|
|
|
|
|
|
hyie posted on 31-7-2013 03:26 PM
jangan lupa selitkan sekali voucher simplysiti dalam album
LOL pun boleww hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
iols x suka lagu galau dgn lbh indah tu, xyah masukkan dlm album pun xpe... iols nak lagu pop balad mcm dulu2 tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
September14 posted on 1-8-2013 01:17 PM
iols x suka lagu galau dgn lbh indah tu, xyah masukkan dlm album pun xpe... iols nak lagu pop balad ...
Jgn lah uols lagu Lebih indah boleh pergi jauh tapi GALAU macam ada kekurangan sikit tp mesti kena upgrade dari segi muzik mybe uolssss hihi
|
|
|
|
|
|
|
|
punyukuku posted on 2-8-2013 07:41 AM
Jgn lah uols lagu Lebih indah boleh pergi jauh tapi GALAU macam ada kekurangan sikit tp mesti kena ...
lebih indah tu fans ct myb leh terima tp mcm x mesra pendengar jer.. last2 sendu jugak. lagu galau lak ramai yg ckp x best tmasukla fans ct sdiri mcm iols nih..
|
|
|
|
|
|
|
|
September14 posted on 2-8-2013 11:37 AM
lebih indah tu fans ct myb leh terima tp mcm x mesra pendengar jer.. last2 sendu jugak. lagu galau ...
yup lebih indah tu sedap tp masalahnye masih rasa sendu jugak...
tak sekuat bisakah...
wondered mmg komposer2 skrg ni dh kehabisan idea..
|
|
|
|
|
|
|
|
dauswq posted on 2-8-2013 11:44 PM
yup lebih indah tu sedap tp masalahnye masih rasa sendu jugak...
tak sekuat bisakah...
lebih indah boleh kot...
harap2 versi audio yg aubrey kata baru submit tu meletop la
|
|
|
|
|
|
|
|
ada sape2 boleh senaraikan rancangan raya CT raya tahun ni? |
|
|
|
|
|
|
|
I dont like.... |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih Indah studio version dah ada kat itunes. Pergi beli sana. jangan nak kedekut sangat |
|
|
|
|
|
|
|
LoneRanger posted on 3-9-2013 12:03 AM
Lebih Indah studio version dah ada kat itunes. Pergi beli sana. jangan nak kedekut sangat
share la..jgn la kemut sorang2
|
|
|
|
|
|
|
|
harisbee posted on 3-9-2013 11:43 PM
share la..jgn la kemut sorang2
tak reti la nok nak share2 ni. beli sajork. 0.99 dollar amereka cuma
|
|
|
|
|
|
|
| |
|