|
Seremban: Memilukan apabila nyawa dua beranak melayang selang dua jam 20 minit dalam dua kemalangan ngeri di Kilometer 247.6, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Senawang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.30 malam, kemalangan mengorbankan Muhammad Shafiq Mohd Yusob, 15, yang cedera parah di kepala selepas kereta Hyundai Atos dipandu ibunya, Widayati Abdol Aziz, 41, hilang kawalan.
Kemalangan mengorbankan Muhammad Shafiq itu dipercayai berlaku selepas kereta dipandu Widayati dari Melaka menghala ke rumah mereka di Klang, Selangor bersama dua lagi anaknya, Muhammad Shazwan Mohd Yusob, 17, dan Mohd Shahir Mohd Yusob, 11, melanggar pembahagi lebuh raya menyebabkan kereta itu berpusing lalu melintang di tengah lebuh raya.
Saksi kejadian, Jamal Mohd Mustafa, 52, berkata, ketika kejadian dia dari Putrajaya menghala ke Pedas terkejut sebaik melihat mayat dan kereta dalam keadaan remuk di tengah lebuh raya.
“Saya memberhentikan motosikal mengawal lalu lintas bagi mengelak kenderaan lain menggilis mayat itu berikutan ketika kejadian hanya terdapat tiga petugas lebuh raya selain kawasan itu menuruni bukit dan gelap.
|
|