View: 8933|Reply: 8
|
Poligami (utk suami) : Tips PENTING untuk laki yang berpoly - jom belajar!!
[Copy link]
|
|
aku nak kongsikan tips utk lelaki yang NAK berpoligami, yang AKAN berpoligami dan yang SEDANG berpoligami
mana ler tahu adanya tips ni - dapat ler ko imbas dan catat mana2 yang ko rasa penting --
kenapa aku nak kongsi ni - sbb banyak post yang aku baca tentang poligami kat thread2 kat sini - rata2
binik2 duk caci other binik.. tapi sumer pun MOSTI kena tahu yang paling bertanggungjawab dan MOSTI bertanggungjawab
adalah si laki ; ketua keluarga SUAMI; yang tanggung dosa bini - SUAMI... - jadik penting suami tahu nak jalankan
kewajipannya apalagi bila dia berpoligami -
ramai sangat laki yang pangai bangau yang tak nak amik tanggungjawab - sesetengah tu lagik suka tengok binik dok
gadoh bodoh; lagi teruk ada yang take sides, TALAM 69 muka dan yang jadi firestone pun ramai gak....
TAK SUMER....... tapi mmg ada... jadi mana2 yang dah tersasul sisul sumer tu... balik dan kembali ke pangkal jalan
kalau sungguh ye nak berpoligami or dalam poligami - ha!!! jom belajar tips dari artikel ini : -
__________________________________________________________________________________
Poligami adalah satu perkara yang besar. Ia melibatkan amanah menjaga maruah ahli-ahli keluarga, tanggungjawab mengurusi mereka, ilmu memimpin mereka dan keadilan memenuhi hak-hak mereka.
Poligami memerlukan keberanian, kekuatan diri, kesabaran dan kematangan seorang suami. Justeru usah berpoligami jika ia sekadar berseronok-seronok, mengikut jejak langkah kawan, menerima pujian hebat daripada rakan-rakan atau kerana jatuh hati kepada seseorang wanita.
Poligami bukanlah sesuatu yang mudah. Jika anda yakin mampu menceburinya, maka janganlah menceburinya secara berseorangan.
Sebaliknya mintalah pertolongan.
Pertama sekali, mintalah pertolongan Allah Subhanahu waTa’ala dengan berdoa kepada-Nya, agar diberikan pimpinan, kemudahan dan keberkatan. Baik monogami atau poligami, jangan kita lupa berdoa kepada Allah demi kebaikan, kesejahteraan dan keharmonian rumahtangga kita.
Seterusnya mintalah pertolongan daripada orang-orang yang berilmu, matang lagi dipercayai keperibadiannya, agar dapat ditimba nasihat dan teguran. Berilah prioriti kepada orang-orang yang telah berpoligami kerana mereka mampu menolong anda berdasarkan pengalaman sendiri.
Kehidupan di alam perkahwinan memerlukan ilmu yang luas. Apatah lagi di alam poligami, ilmu yang diperlukan lebih luas dan mendalam. Oleh itu jangan melangkah ke alam poligami sebelum anda mendapat ilmu yang secukupnya, yang dapat memberikan anda keyakinan dan ketenangan untuk mengorak langkah.
Satu hakikat yang perlu diperhatikan, tidak banyak sumber ilmu yang sahih lagi bermanfaat tentang poligami di Malaysia. Amat sedikit buku atau kuliah agama yang dapat dijadikan rujukan. Jika ada sekalipun, kebanyakannya disampaikan oleh orang yang tidak menceburi alam poligami. Maka mereka hanya berbicara secara teori tanpa pengalaman praktikal.
Lebih memburukkan suasana, wujud pula penulis atau penceramah yang menyampaikan pandangan-pandangan yang salah tentang poligami, atau anti-poligami. Justeru anda perlu berusaha lebih keras bagi mendapatkan ilmu poligami serta berhati-hati terhadap sumber yang menyelisihinya.
Bukan merupakan syarat agama untuk meminta izin atau memaklumkan isteri anda rancangan untuk berpoligami. Jika dirujuk kepada sirah Rasulullah shallallahu‘alaihi wasallam, baginda bernikah lagi tanpa memberitahu isteri-isteri yang sedia ada.
Pun begitu, memandangkan poligami adalah sesuatu yang janggal pada masa kini, dianjurkan untuk memaklumkan isteri anda rancangan untuk berpoligami. Tindakan ini dapat mengurangkan kejutan emosi keatas isteri dan membolehkan beliau menyiapkan diri untuk dimadu. Bahkan mungkin saja beliau mempersetujui rancangan ini dan membantu anda sekadar yang mampu.
Islam tidak memberi sebab khusus untuk seorang suami berpoligami. Ayat ketiga surah al-Nisa’ menganjurkan poligami tanpa menyebut sebabnya sementara Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga berpoligami tanpa menerangkan sebab-sebabnya. Pada waktu yang sama, al-Qur’an dan al-Sunnah memang menganjurkan perkahwinan dan anjuran ini meliputi semua bentuk perkahwinan, baik monogami atau poligami.
Oleh itu anda sebagai suami boleh melaksanakan hak anda untuk berpoligami tanpa perlu memberikan apa-apa sebab kepada isteri bagi menjustifikasikannya. Ini kerana apa jua sebab yang anda berikan, ia akan ditolak atau dipandang remeh oleh isteri anda.
Sebaliknya apa yang patut anda lakukan ialah berjanji kepada isteri bahawa anda akan tetap menyayanginya, menjaganya dan memberikan nafkah secara adil kepadanya. Sama ada janji ini diterima oleh isteri atau tidak, ia terpulang kepada beliau. Apa yang penting ialah anda tetap melaksanakan peranan anda sebaik mungkin sebagai suami apabila berpoligami kelak.
__________________________________________________________________________________________
p/s: moga keimanan dan kesabaran menjadi perhiasan di hati-hati para suami dan para isteri yang berada
di alam perkahwinan; samada poligami atau monogami!!
p/s 2: nanti aku share lak tips utk binik pertama dan binik kedua - amacam - wokey!!!
p/s 3: mana ler tau dah baca banyak hal2 poligami ni... aku pun nak carik dua binik gak... insyaallah ha!!
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pula berpoligami selama 11 tahun. da kini sedang dlm proses utk berpisah dgn istri kedua.
puncanya krn istri dgn muka x malunya bermain webcam dgn rakan fb sewaktu aku tiada di rumah. harapkan pelajaran ke pringkat tinggi tp...... |
|
|
|
|
|
|
|
nirama posted on 31-8-2013 08:20 PM
aku pula berpoligami selama 11 tahun. da kini sedang dlm proses utk berpisah dgn istri kedua.
pun ...
memang susah mencari isteri yg setia di zaman fb seperti skrg ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
kelat posted on 2-9-2013 04:56 PM
memang susah mencari isteri yg setia di zaman fb seperti skrg ni...
buat masa ni carly masih lagi setia dgn suami... walaupun ada fb, skype, etc nie.... batas kan diri sendiri dgn pergaulan... secara luaran mahupun alam maya... sama jer....
|
|
|
|
|
|
|
|
bila anta nak share tips utk binik no 1 2 dn seterusnya..
dah dua purnama ana mnunggu ni...
ana teringin jgk payung emas..
asik pakai payung free 'AVON' je........
Last edited by jerukkedondong on 23-9-2013 12:37 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuba baca nih... aku ambik from blog ustaznoramin - www.ustaznoramin.com
Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr Akram Sabri berkata wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekalipun agama Islam menghalalkannya.
Beliau berkata ini kerana wanita berhak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.
"Poligami tertakluk kepada beberapa syarat termasuk suami harus berlaku adil dalam setiap perkara termasuk nafkah zahir dan batin. Jika syarat-syarat ini tidak dipatuhi maka suami akan berdosa seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 129," katanya.
Akram Sabri berkata antara faktor yang mengharuskan suami berpoligami mengikut syarak ialah isteri tidak boleh melahirkan anak dan isteri mengidap penyakit yang boleh mengalang suami bersetubuh dengannya.
Faktor lain ialah suami mempunyai kemahuan seks amat tinggi dan berlakunya peperangan yang mengorbankan ramai kaum lelaki sehingga bilangan wanita jauh lebih ramai, katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata penolakan isteri itu tidak mewajibkan si suami mematuhinya kecuali jika pasangan berkenaan telah menandatangani perjanjian tidak berpoligami.
Dalam keadaan itu suami wajib mematuhi syarat tersebut, katanya.
Mengenai pandangan bahawa isteri tidak boleh menolak poligami, beliau berkata: "Sesungguhnya untuk menentukan sesuatu hukum dalam Islam maka kita harus merujuk kepada al-Quran dan hadis.
"Kita tidak boleh menentukan sesuatu hukum dalam Islam itu hanya dengan mengikut kelakuan dan perbuatan sesetengah orang Islam. Lagipun bukan semua orang Islam boleh dijadikan sumber rujukan untuk berhujah mengenai hukum Syarak," katanya.
Pandangan Ustaz
Secara peribadi, saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Imam Al-Aqsa wanita berhak menolak poligami. Alasan beliau mengatakan perkara tersebut adalah atas sebab ramai suami-suami diluar sana yang tidak mampu memberikan nafkah zahir, batin dan gagal melaksanakan tanggungjawab yang baik kepada isteri. Bagaimana hendak berpoligami? seorang isteri pun sudah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab. Islam meletakkan hukum haram kepada lelaki yang ingin berkahwin tetapi tidak mampun menyediakan nafkah dan tidak mampu melaksanakan tanggungjawab.
Ramai suami atau lelaki yang ingin berpoligami berhujah dengan mengatakan :
"Poligami ini adalah sunnah Rasulullah saw, tiada siapa ada hak untuk menghalang sunnah nabi, barang siapa yang menghalang sunnah nabi, maka dia bukan dari kalangan umat nabi".
Jangan sesekali menggunakan nama Rasulullah untuk menghalalkan tindakan tersebut, kalau kita lihat balik dari sejarah Rasulullah berpoligami, jauh berbeza dengan orang sekarang berpoligami. Rasulullah berkahwin 10 orang wanita, 1 orang anak dara dan 9 orang lagi adalah janda. Rasulullah berkahwin bukan sebab keinginan seks, tetapi Baginda berkahwin atas sebab rasa bertanggungjawab dan rasa belas kasihan terhadap isteri-isterinya. Rasulullah mampu melaksanakan segala tanggungjawabnya sebagai suami dan memberikan kasih sayang yang sebaiknya kepada semua isterinya.
Pernah berlaku dalam rumah tangga Rasulullah saw, suatu hari isteri-isteri Baginda datang menemui Baginda, Aishah yang mewakili mereka terus bertanya, “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah paling Rasulullah sayangi? Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Baginda tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda menyuruh semua isterinya pulang dulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian. Baginda bermalam di rumah isterinya dan memberikan hadiah cincin kepada semua isterinya. Rasulullah menyuruh isterinya jangan menceritakan kepada isterinya yang lain dan berkata pemberian cincin ini tanda Baginda menyayangi isterinya.
Bagi suami-suami yang ingin berpoligami dan yang telah berpoligami, cuba tanya diri sendiri : “Mampukah aku berpoligami seperti sunnah Rasulullah saw atau selama aku berpoligami adakah aku mengikuti sunnah Rasulullah saw? Kalau jawapannya keluar dari benak fikiran anda semua seperti : “Aku tidak mampu dan selama ini aku telah mengabaikan tanggungjawab sebagai suami yang baik”. Maka lebih baik jangan berpoligami, sebab poligami anda nanti akan mendatangkan dosa dan ancaman dari Allah sahaja bukan mendapat pahala mengerjakan sunnah Rasulullah. Kepada yang sudah berpoligami, perbetullah segala kesilapan yang telah dilakukan, masih belum terlambat dan Allah sentiasa membukan pintu taubat seluas-luasnya bagi sesiapa yang ingin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
Kepada semua para wanita atau isteri jangan sesekali membenci poligami dan menghina amalan tersebut, sebab amalan tersebut tidak salah dan ia menjadi sunnah Rasulullah saw, yang salahnya ialah lelaki yang tidak berkemampuan berpoligami dan mengabaikan segala tanggungjawabnya terhadap isteri tuanya dan anak-anaknya. Perbetulkan hujah anda semua wahai wanita, jangan disebabkan hujah anda semua Allah melaknati anda kerana menyalahkan sunnah Rasulullah saw yang menyebabkan rumahtangga anda rosak. |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya dlm berpoligami ni...siapa yg lebih menjeruk rasa?
kenapa bila di baca hanya isteri kedua bercerita betapa mereka di perlakukan dgn kejam
bukankah isteri kedua yg lebih ditatang bagai minyak yg penuh berbanding isteri pertama...
|
|
|
|
|
|
|
|
kelat posted on 2-9-2013 04:56 PM
memang susah mencari isteri yg setia di zaman fb seperti skrg ni...
X jugak. Kalau dh mmg jenis curang,x de fb pun curang |
|
|
|
|
|
|
|
Tak salah nak poligami! Silakanlah!
... tetapi tepuk dada tanya iman... tanya kemampuan?!
Masalah yang ditakrifkan melalui kebanyakan kes poligami ialah masalah dari segi kos sara hidup, kasih sayang dan emosi. Kalau sekarang anda berpendapatan RM3000.00 sebulan dan perbelanjaan keluarga sedia ada adalah RM2500.00, anda tidak boleh mengurangkan jumlah RM2500.00 tersebut semata2 kerana mempunyai keluarga baru. Bererti anda perlu ada pendapatan yang lebih untuk mencukupkan perbelanjaan dua keluarga!
Lantas, berpoligamilah jika anda yakin anda mampu bersikap adil, mampu memberikan kasih sayang dan perhatian kepada isteri2 dan anak2 anda. Jika tak yakin, memadailah seorang! Jangan sesedap rasa meminta isteri2 anda bersabar demi mendapatkan payung emas di akhirat sedangkan anda sendiri sedang menempah tiket ke neraka kerana gagal mempraktikkan poligami seperti kehendak Islam. Nauzubillah...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|