CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2371|Reply: 9

Konfius: Saya sedang Nifas @ Istihadhah???

[Copy link]
Post time 12-7-2013 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Salam semua forumer... saya ade sket kemusykilan tentang puasa & solat saya...

Saya baru je jalani pembedahan disebabkan ruptured hemorrhage corpus luteal cyst (pendarahan yg berpunca daripada cyst yang pecah di sekitar ovari) pd 21/06/13 haritu. Kebetulan masa tu baru tau yang saya pregnant dalam 3-4weeks. Pada 24/06/13 - 5/07/2013 saya turun darah. Bila appointment pd 3/07/13 doc scan dan bagitau kandungan dah takde. UPT pun dah negatif. Maknanya saya telah keguguran. Dari 7/7/2013 sampai skrg saya didatangi darah coklat2 yg sgt sikit dan warna samar2. Itupun calit guna kapas baru boleh nampak.

Persoalannya, sekarang saya dlm keadaan nifas @ istihadhah?? Keliru sbb saya berada dlm dua situasi

1) keguguran - nifas
2) pembedahan - istihadhah

Jadi tak tahu darah yg keluar itu berpunca dr mana. Sebelum ni mmg saya yakin, darah yg keluar selepas 14 hari itu ialah istihadhah. Maka saya pun berpuasa. Tapi disebabkan ada makhluk Allah mula mempersoalkan puasa saya, skrg ni saya ragu2 utk berpuasa sebab ada org tu cakap haram bagi saya berpuasa kerana darah yg keluar itu adalah nifas.

Lagi satu, saya pernah baca satu dalil yang mengatakan, sekiranya berlaku keguguran dalam tempoh 80 hari pertama bermakna darah yg keluar tu dipanggil istihadah. Kerana janin masih belum lagi ditiup roh. Ada sesiapa yg boleh mengesahkan?

Mohon ye kengkawan...thanks!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2013 09:41 AM | Show all posts
Jika tidak jadi keberatan..boleh DHL kheeen sample darah nko tak?....pakar darah kita, puan MBHCSF boleh buat simple test untuk pastikan...


Comments

so, part timer as my spoke person ke, ni ? amboi rajin.  Post time 12-7-2013 04:44 PM
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 10:46 AM | Show all posts
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh

Apa kabo cammie...sehat hendaknya..
Uncle "tabik" cammie..dlm kesakitan dsbnya...masih menitikberatkan kesempurnaan Ibdadah....Tahniahlah...

Insyaallah..dgn kesabaran & kebaikan begitu..Allah tabah rahmat yg berpanjangan buat cammie..




Utk masalah cammie ni....
apa Yg penting adalah utk mengetahui umur kandungan cammie yg gugur tu.

Berdasar cerita cammie.....kandungan pada 21/6/13 adalah 3- 4 minggu....& turun darah berlaku pada 24/6/13.

Maksudnya..keguguran ini adalah pada peringkat baby kalau pd istilah sainsnya...blastosis ...tengah menjadi embrio..

saiz pulak adalah sekitar lebih kurang 1 mm......errr....tak sampai besar kuaci...



UNTUK menjawab soalan cammie :

Apa yg cammie buat tu betul dah....tak ada darah nifas bagi keguguran pada peringkat ini.

Darah yg keluar...munkin Haid...& kalau lebih tempuh Haid..dikira darah penyakit.

JANGAN RISAULAH.....BETUL DAH TU!
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 10:57 AM | Show all posts
Alhamdullillah....

Untuk lebih puashati..kita lihat HUJAH ULAMAK... :


As-Syekh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin di dalam "Fatawa al-mar'ah al-Muslimah" Menyebut :

"Berkata Ahli Ilmu : "Jika janin yang keluar itu telah sempurna kejadian insannya, maka darah yang keluar dikira sebagai darah nifas. Boleh ditinggalkan solat, puasa, suaminya tidak boleh bersamanya (bersetubuh dengannya) sehinggalah dia suci. Jika janin yang keluar itu tidak sempurna kejadian insan, maka darah yang keluar tidak dikira sebagai darah nifas, bahkan ianya dikira sebagai darah fasad (istihadhah) yang tidak menghalang wanita tersebut daripada solat, puasa dan lain-lain."




Jelas sekali...janin cammie hanya baru nak membentuk embrio.....&  belum ada sifat....dgn saiz sekitar 1 mm....halus sgt lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 11:12 AM | Show all posts
Alhamdullillah..

Kita lihat...hahith..

Rasullullah s.a.w. bersabda:

إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ، ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ ، ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ، ثُمَّ يَبْعَثُ اللَّهُ مَلَكًا فَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ وَيُقَالُ لَهُ اكْتُبْ عَمَلَهُ وَرِزْقَهُ وَأَجَلَهُ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ ثُمَّ يُنْفَخُ فِيهِ الرُّوح


Maksudnya : "Sesungguhnya setiap orang daripada kamu dihimpunkan ciptaannya di dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dia menjadi 'Alaqah (عَلَقَةً) seperti tempoh itu juga (40 hari), kemudian dia menjadi Mudhghah (مُضْغَةً) seperti tempoh itu juga (40 hari), kemudian ALLAH mengutuskan malaikat maka disuruh dengan 4 kalimat. Dikatakan kepadanya : "Tuliskan amalannya, dan rezkinya dan ajalnya, dan duka atau gembira, kemudian ditiupkan padanya ruh."

(Riwayat al-Bukhari)



Hadith ini menunjukkan wujudnya beberapa marhalah penciptaan manusia di dalam rahim ibunya iaitulah :

1- Nutfah (نطفة = air mani) selama 40 hari
2- 'Alaqah (عَلَقَةً = seketul darah) selama 40 hari
3- Mudhghah (مُضْغَةً = seketul daging) selama 40 hari

Kemudian ditiupkan ruh setelah selesai 3 peringkat 40 hari ini, iaitulah selepas 120 hari.



So...daripada Hadith Rasullullah s.a.w pulak......peringkat kehamilan cammie adalah peringkat peralihan 'Nuftah " kepada "Alaqah " ..atau bertepatan dgn saisnya...drp "Blastosit"..baru hendak menjadi "embrio"....atau...."air mani yg bercampur"...baru nak membentuk "seketul darah" ...sel pun baru je menempel ke dinding rahim.....hehhee....




Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 11:35 AM | Show all posts
Alhamdullillah...

BILA PULAK YG DIKIRA ADA NIFAS?...


kita lihat ayat..


ALLAH swt pula berfirman di dalam al-Quran:


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِنْ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِنْ مُضْغَةٍ مُخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِنُبَيِّنَ لَكُمْ

Maksudnya : "Wahai sekelian manusia, sekiranya kamu menaruh syak tentang kebangkitan semula (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada peringkat kejadian manusia) kerana sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih (Nutfah = نُطْفَةٍ), kemudian dari sebuku darah beku ('Alaqah = عَلَقَةٍ), kemudian dari seketul daging (Mudhghah = مُضْغَةٍ) yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan;.." (al-Hajj : 5)

Di dalam ayat di atas ALLAH swt telah menyifatkan bahawasanya pada peringkat Mudhghah (مُضْغَة ) itu akan berlaku dua perkara. Pertama ALLAH akan menyempurnakan kejadiannya dan yang kedua ALLAH tidak menyempurnakan kejadiannya.

Ini bermakna kesempurna kejadian itu berlaku pada peringkat yang ketiga iaitulah setelah berlalunya 80 hari.




Berdasarkan dalil ini, beberapa ulama berpendapat jika sesuatu keguguran itu berlaku sebelum berlalunya 80 hari. Maka darah yang keluar dari wanita tersebut adalah darah Istihadah. Jika keguguran itu berlaku antara 80 hari ke 120 hari (hari ditiupkan ruh) maka di lihat pada janin tersebut adakah wujud padanya sifat manusia seperti tangan, kaki, kepala dan lain-lain. Jika wujud sifat-sifat manusia maka darah yang keluar adalah darah nifas, jika tidak wujud maka darah yang keluar adalah darah Istihadhah.




KITA LIHAT SAINS PULAK :



Minggu 9

Telinga bagian luar mulai terbentuk, kaki dan tangan terus berkembang berikut jari kaki dan tangan mulai tampak. Ia mulai bergerak walaupun Anda tak merasakannya. Dengan Doppler, Anda bisa mendengar detak jantungnya. Minggu ini, panjangnya sekitar 22-30 mm dan beratnya sekitar 4 gram.

Minggu 10

Semua organ penting yang telah terbentuk mulai bekerjasama. Pertumbuhan otak meningkat dengan cepat, hampir 250.000 sel saraf baru diproduksi setiap menit. Ia mulai tampak seperti manusia kecil dengan panjang 32-43 mm dan berat 7 gram.




Wallahu a'lam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2013 11:54 AM | Show all posts
Puan,

saya ingin komen tang darah tak tahu dari mana: okay Puan dah menjalani pembedahan untuk buangkan cyst tu  dah berapa lama?
selain spottings, tompokan darah  yang puan terangkan tu, ada tak lain lain discharge ? sakit tak ?

bila doktor tu  dah discharge puan , ada tak tarikh follow up apppointment? atau  dia terangkan apa apa?

i think Puan jumpa doktor  sakit puan tu balik, to make sure spotting tu 'normal'.

antara waktu gugur dan waktu pembedahan - > tempoh masa ni , u ada spottings  tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 12:14 PM | Show all posts
sebab bleeding tu common bagi setiap pembedahan , dan tang jenis darah nifas tu etc etc after 14 days  , kalau sayalah  sebab yg gugur tu embrio bukan janin / foetus yg terbentuk lagipun ...I treat as istihadah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2013 01:54 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 12-7-2013 11:54 AM
Puan,

saya ingin komen tang darah tak tahu dari mana: okay Puan dah menjalani pembedahan untuk bu ...

Dah operate 3minggu lalu -21/06/2013
Selain spotting, ade gak keluar lendir kekuningan tapi x byk. Bila calit guna tisu baru nampak dan tak rasa sakit.
Pada TCA 3/7/2013 yg lepas, doc bagitau kandungan dah gugur lepas scan dari luar & dalam juga berdasarkan UPT negatif.
Next TCA pada 24/07/2013 utk tahu keputusan cyst samaada cancer @ pendarahan biasa.
Ok tak kalau saya tunggu time ni saja utk tanya ngan doc? almaklumla hospital gomen ni susah sket
Utk pengetahuan mbhcsf, saya syak yg saya keguguran selepas 3 hari dr pembedahan tu iaitu waktu mula turun darah pada 24/06/2013
sehingga sekarang hanya ada spotting yang sgt sedikit sahaja.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2013 01:59 PM | Show all posts
burungantu posted on 12-7-2013 10:46 AM
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh

Apa kabo cammie...sehat hendaknya..

Alhamdulllah uncle... dah jadi tanggungjawab saya utk menunaikan yg wajib sekiranya keadaan mengizinkan..

Tapi biasala kadang2 hati kita takkan lari dari gangguan syaitan yg sering menimbulkan was2 dlm diri.

Terima kasih atas pencerahan uncle.

Sedikit sebanyak penerangan uncle ni telah meyakinkan hati saya utk meneruskan puasa.

Hanya Allah yang mengetahui..wallahu'alam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.138488 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list