CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1822|Reply: 6

[Tempatan] Kelantan tidak keluar lesen untuk shisha

[Copy link]
Post time 11-7-2013 12:01 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Abdul Fattah Mahmood


KOTA BHARU – Kerajaan negeri tetap bertegas untuk tidak mengeluarkan sebarang lesen penjualan dan penggunaan shisha di mana-mana premis negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, arahan sedia ada itu diteruskan berikutan dengan maklumat yang diperolehi oleh pihak mufti negeri berkaitan salah laku perniagaan tersebut.

“Pihak kami sekarang masih menunggu kata putus mufti yang telah membuat keputusan bertulis kepada kerajaan negeri dan kementerian kesihatan.

“Maka kami ambil keputusan untuk tidak mengeluarkan sebarang lesen bagi perniagaan ini, kalau ada premis atau kedai-kedai yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan, tindakan mengikut Akta di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan dikenakan, termasuklah dirampas,” katanya ketika ditemui di Kompleks Kota Darulnaim, semalam.

Ketika ditanya mengenai hukum penggunaan shisha kepada orang Islam, beliau yang juga Adun Bukit Panau itu turut menjelaskan pihaknya masih menunggu keputusan Majlis Fatwa tentang jawapan persoalan tersebut.

“Saya tak boleh kata haram atau tidak, saya bukan mufti, hanya Mufti Perlis kata haram, tapi majlis fatwa lain belum beri maklum balas lagi, jadi kita tunggu sehingga keputusan rasmi dari kementerian kesihatan dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyambut baik langkah yang diambil Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha di negeri itu yang didakwa boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk dari merokok.

Selaras dengan itu juga CAP turut menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan fatwa untuk mengharamkan penggunaan bahan itu sepertimana rokok sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, beliau turut diminta mengulas tentang wabak denggi yang berpunca dari nyamuk Aedes yang kini dilaporkan semakin meningkat.

“Kita mesti sedar tentang penyakit ini terutamanya dari punca bagaimana ia boleh berlaku, lebih baik menggiatkan usaha untuk mendidik masyarakat terutamanya tentang bagaimana cara untuk kita menghindari dari membenihkan punca penyakit tersebut.

“Kita boleh lakukan pelbagai program kebersihan terutamanya gotong royong sama ada di rumah, tempat kerja dan sebagainya daripada hanya menerima saman dan kompaun yang dikeluarkan pihak penguatkuasa tentang kesalahan yang kita sendiri boleh elak.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2013 12:07 PM | Show all posts
bagus..teruskan usaha yang baik ini.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 12:09 PM | Show all posts
tak elok utk kesihatan
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 12:13 PM | Show all posts
dabel standard ...smua orng tau kelantan pengeluar tembakau malaya...nak haramkan shisha plak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 12:40 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 11-7-2013 12:13 PM
dabel standard ...smua orng tau kelantan pengeluar tembakau malaya...nak haramkan shisha plak...

kerajaan negeri belum mengharamkan lagi shisha ni cuma tidak diberi lesen untuk menjual benda ni....

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 12:46 PM | Show all posts
kml125z posted on 11-7-2013 12:40 PM
kerajaan negeri belum mengharamkan lagi shisha ni cuma tidak diberi lesen untuk menjual benda ni.. ...

kalau tk de lesen tak haram ke???
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-7-2013 12:51 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 11-7-2013 12:13 PM
dabel standard ...smua orng tau kelantan pengeluar tembakau malaya...nak haramkan shisha plak...

betul kata awak tu.. hidup tembakau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.142698 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list