CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 115375|Reply: 34

Rahsia mimpi basah (seks)

[Copy link]
Post time 3-7-2013 04:41 PM | Show all posts |Read mode




Rasanya kalau umur 11 atau 12 tahun mengalami mimpi berahi itu biasa kita dengar. Tapi betulkah insiden ini berlarutan hingga dewasa?

Sebenarnya tiada apa perlu dibimbangkan walaupun ketika ini anda sudah pun berusia 18 tahun.

Ini adalah sesuatu yang normal. Jangan cuba menghentikan tindak balas semula jadi badan anda. Ia juga dipanggil orgasma malam atau orgasma tidur. Ia berlaku ketika tidur bagi kanak-kanak lelaki dan tidak terkecuali golongan dewasa.

Kejadian ini adalah satu keinginan seksual semasa tidur. Keinginan seksual juga boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak perempuan semasa tidur. Kebanyakan mimpi basah dialami semasa alam remaja. Sesetengah mimpi basah tidak dikaitkan dengan mimpi seksual.

Teringat satu kisah membabitkan budak sekolah rendah ketika pertama kali mengalami mimpi basah selepas berkhatan, dia keliru dan risau akan kejadian itu dan langsung merahsiakannya daripada pengetahuan ibu bapa.

Lekas dibersihkan tilam yang terkena kesan air mani juga seluar tidurnya kerana malu jika diketahui ibu. Padahal kejadian itu adalah normal dan ia sesuatu yang `wajib’ dilalui oleh semua individu normal.

Mungkin kerana kurang pendedahan dan bahan rujukan, ibu bapa itu sendiri memandang kejadian itu sesuatu yang peribadi dan tidak perlu dikongsikan sedangkan kebanyakan budak lelaki perlu diterangkan mengenainya agar tidak timbul rasa pelik.

Kebiasaan, budak lelaki akan terfikir mengenai perempuan cantik di sekolahnya atau sesiapa selebriti yang difikirkan paling menarik perhatiannya ketika menonton televisyen hingga berlarutan di dalam mimpi, kemudiannya basah.

Seimbas lalu fakta mengenai isu `memalukan’ bagi sesetengah pihak ini tapi hakikatnya, mimpi basah mula muncul ketika lelaki memasuki alam akil baligh akan menjadi lebih `regular’ apabila sistem syahwat dan reproduktif lelaki itu menjadi mantap.

Apabila seseorang itu mula mengenali seksualiti dan tidak rasa terharu atau tertekan kepada apa yang berlaku, maka mimpi basah itu akan menjadi kurang dan tiada untuk jangka masa yang panjang dan lebih lagi jika dia sudah mula melakukan aktiviti onani untuk melepaskan perasaan syahwatnya.

Jadi, tidak hairan jika fenomena mimpi basah itu berkekalan sehingga sepanjang hayat selagi lelaki itu sihat dan mempunyai perasaan syahwat yang mudah bergelora dari semasa ke semasa.

Anda pula mengalami mimpi basah dan mimpi basah itu berlaku hasil hubungan seksual dengan perempuan dalam mimpi anda. Jika pernah melakukan hubungan seks, mimpi anda akan bertemakan senario begitu, hanya muka perempuan itu kurang jelas dan mengikut idola anda. Ini pun fenomena mimpi basah dan bukan sesuatu yang tidak normal.

Memetik tinjauan GEN.Y pada keterangan dan penjelasan ahli psikologi analisis, Sigmund Freud; mimpi itu ialah ekspresi perasaan yang terpendam.

Jika anda mudah sangat mengalami mimpi bersetubuh, ini bermaksud anda memang berhajatkan untuk intim dengan perempuan tapi anda pendamkan perasaan itu.

Maka apa yang berlaku ialah minda anda mula memainkan perasaan terpendam itu dalam mimpi. Sudah tentu klimaks yang berlaku ketika anda bersetubuh dalam mimpi membuatkan otot anda rasa kurang selesa kerana sebelum kemuncak, berlaku otot berkenaan dalam keadaan tegang, padat dan mencengkam.

Justeru kumpulan otot berkenaan mengalami perubahan `fatigue’ atau letih, maka terasa seperti kebas. Salur sperma anda juga akan mengalami tekanan akibat penyaluran air mani dan ketika ejakulasi, tekanan juga boleh berlaku di bahagian tundun dan pinggang.

Semuanya ini akibat tindak balas ejakulasi yang berlaku ketika anda dalam keadaan tidur.

Penyelesaiannya mudah, lakukan senaman dan kurangkan merokok kerana dengan badan yang sihat dan cergas, sudah tentu tekanan kepada otot ketika anda mengalami mimpi basah akan berkurangan.

Realitinya senario ini tidak patut difokuskan pada lelaki saja kerana mimpi basah fenomena semula jadi untuk lelaki dan wanita. Bagaimanapun lelaki lebih kerap mengalaminya kerana anggota sulit lelaki lebih terdedah dan sentuhan ke bahagian itu akan mencetuskan ejakulasi, walaupun dalam tidur.

Lelaki yang kerap onani biasanya jarang mengalami mimpi basah. Ada juga situasi yang mana mimpi basah kerap berlaku dan mengakibatkan lelaki itu letih dan lesu. Ini kerana keadaan ketidakstabilan sistem saraf.

Apabila fungsi sistem itu pulih, keadaan menjadi baik. Biasanya mimpi basah ialah pengalaman badan ketika tidur dan bukan masalah kesihatan.






Rahsia sebalik mimpi seks

Pernahkah anda mengalami mimpi berbau seksual yakni selain daripada pasangan anda? Jika ya, jangan bimbang. Berdasarkan ahli terapi perkahwinan dan penulis buku `A Short Guide to a Happy Marriage’, Sharon Gilchrest, ia bukan bererti anda punya niat untuk curang sebaliknya ia adalah petanda dengan fasa kehidupan seksual yang anda lalui kini.

Mungkin ada sesuatu yang hilang daripada hidup anda atau mungkin ada masalah dalam hubungan (seksual) itu yang perlu difikirkan dan diperbaiki, kata Sharon dalam bukunya.

Cuba kita perhatikan tujuh rahsia tersembunyi membabitkan isu mimpi seks.

1) Mimpi dengan individu masa lampau

Mimpi pertama yang dikaji adalah mimpi seksual yang membabitkan orang di masa lampau anda.

Mungkin mereka ialah sahabat lama mahupun mereka dikenali dulu. Tafsiran mimpi oleh Sharon menunjukkan `tanda bahawa anda sedang mengalami kebosanan dengan pasangan anda sekarang dalam hubungan seks’.

Maka, kehadiran bekas kekasih di dalam mimpi menawarkan semula bangkit ghairah yang kian hilang itu. Ini juga diperakui oleh Lauri Quinn Loewenberg dalam bukunya yang bertajuk `Cracking Dream Code’.

2) Mimpi dengan rakan sekerja atau orang atasan

Mimpi kedua pula dengan rakan sekerja mahupun orang atasan. Mungkin tidak pernah terlintas untuk anda berhubungan seks bersama mereka.

Jika pernah anda mengalaminya, tafsiran kajian Sharon mendapati bahawa anda sebenarnya merasakan cukup selesa apabila mendampinginya, namun secara profesional dan bukan secara seksual.

Mungkin ini juga ada kaitannya bahawa anda kini sedang iri hati mahupun ingin jadi sehebat dan setanding kemampuan mereka. Dalam soal kerjaya mahupun hubungan intim bersama pasangan.


3)Mimpi dengan selebriti

Pastinya mimpi ini pernah dialami sekali dua bagi kaum lelaki. Melakukan hubungan seks dengan selebriti pilihan yang anda saksikan di layar perak menawarkan pengalaman yang tidak mungkin dapat anda lupakan.

Sekiranya terjadi, ini menunjukkan tanda aras bahawa ada hajat yang masih belum tercapai.

Mimpi berasmara dengan mereka yang terkenal melambangkan keinginan untuk mengharapkan sesuatu yang lebih atau romantis daripada pasangan anda.

4) Mimpi dengan orang yang dibenci

Jangan terkejut sekiranya anda bermimpi menjalankan hubungan asmara dengan orang yang dibenci atau yang pernah anda benci. Kebiasaannya, ini membabitkan rakan sekerja mahupun dalam kalangan rakan anda.

Mungkin di bawah sedar, anda tercari-cari haluan diri untuk menjadi lebih baik dalam hubungan antara pasangan, soal kerjaya mahupun keperibadian anda. Malah, berkemungkinan besar anda sendiri ingin memperbaiki hubungan sesama anda agar tidak kekal seteru, yang pastinya dengan pasangan hidup anda.

5) Mimpi dikhalayak ramai

Jika realitinya, memang memalukan sungguh. Nasib baik ia hanya mimpi. Sekiranya anda bermimpi melakukan hubungan seks di hadapan orang ramai dan merasa sangat tidak selesa dengan keadaan itu, anda sebenarnya sangat risau dengan cakap orang mengenai perhubungan anda dengan si dia.

Tanya diri anda, adakah anda risau rakanrakan tidak menyukainya atau risau ibu bapanya tidak merestui hubungan anda berdua? Faktor ini adalah penyebab anda mengalami mimpi sebegitu.

6) Mimpi curang dengan pasangan

Mimpi sebenarnya banyak dipengaruhi oleh kehidupan sebenar. Sekiranya anda baru saja membuat keputusan besar di dalam perhubungan anda, contohnya mungkin anda baru menerima lamaran si dia, adalah sangat normal sekiranya anda bermimpi melakukan seks dengan orang lain dalam erti kata lain, curang dengan pasangan sebenar.

Tetapi ia tidak membawa maksud yang anda sebenarnya menyesal menerima lamaran pasangan anda. Mimpi pun boleh mengalami `cold feet!’

7) Mimpi pasangan curang

Anda bermimpi yang pasangan anda melakukan seks dengan orang lain dan terus bangun dengan perasaan marah. Sudah tiba masanya untuk anda menilai semula perhubungan anda berdua.

Makna di sebalik mimpi anda adalah perasaan anda banyak diabaikan mungkin kerana si dia seorang yang kuat bekerja atau perasaan anda terhadapnya lebih dalam berbanding perasaannya terhadap anda.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2013 05:55 PM | Show all posts
huhuhuhu..tak dapat mimpi basah lagi sbb selalu kosong...selalu malancap...mana lah cukup utk mimpi basah
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 07:54 AM | Show all posts
winsonyu posted on 3-7-2013 05:55 PM
huhuhuhu..tak dapat mimpi basah lagi sbb selalu kosong...selalu malancap...mana lah cukup utk mimpi  ...

stop masturbating....



Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 08:06 AM | Show all posts
teky posted on 3-7-2013 11:54 PM
stop masturbating....

hihihi.kena marah...
btl tu...masturbating x bgs au...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 08:40 AM | Show all posts
teky posted on 4-7-2013 07:54 AM
stop masturbating....

Hahahahahahhahahaha.......
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 12:33 PM | Show all posts
Lox selalu cuba elakkan mimpi basah dengan bini sendiri ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2013 05:28 PM | Show all posts
dah lama xmerasa
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 03:54 PM | Show all posts
lama dah tk mimpi basah...sbb setiap minggu aku fapfap.... sape yg dah besar umur2 20 an dan belum kahwin..kalau nk mimpi basah..senang je..ko puasa dari fapfap dalam sebulan dua bulan... sekali mimpi habis belendir seluar ko...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2013 02:07 PM | Show all posts
owh normal yer klu umur 20an ke 30an msih mmpi basah lg.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2013 03:38 PM | Show all posts
berapa kali je aku mimpi.. hm hampeh. tu pun x nmpak siapa yg aku mimpi haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 12:35 PM | Show all posts
seriously aku ade masalah ni...
aku slalu mimpi main ngn laki aku..
tp dlm keadaan realiti..kitorang jarang ML..tambah2 tgh preggy..mmg aku x suke nak ML..
tp dlm mimpi beriya2..siap aku trpk..time mimpi tu la kan..
kenapa la x bernafsu cmni dlm keadaan realiti...
adoii...aku ade problem ke??
kesian hubby..
cmne nak pulihkan ek?aku tkut laki aku bosan jee..sbb aku slalu ignore ape die nak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 12:38 PM | Show all posts
missyqaldina posted on 16-7-2013 12:35 PM
seriously aku ade masalah ni...
aku slalu mimpi main ngn laki aku..
tp dlm keadaan realiti..kitora ...

kesian mendengar nya....too bad winson tak ade pengalaman mengubati org yg tak bernafsu..huhuhuuhuh

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 12:40 PM | Show all posts
winsonyu posted on 16-7-2013 12:38 PM
kesian mendengar nya....too bad winson tak ade pengalaman mengubati org yg tak bernafsu..huhuhuuhu ...

tkut ade sangkut paut ngn jin je ni....huhuhuhu...adoi..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 12:44 PM | Show all posts
missyqaldina posted on 16-7-2013 12:40 PM
tkut ade sangkut paut ngn jin je ni....huhuhuhu...adoi..

time to live ur dreams to reality lah ni..

mesti kan masa u mimpi ML horny gila kan? if yes..then it is a good sign

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 12:48 PM | Show all posts
winsonyu posted on 16-7-2013 12:44 PM
time to live ur dreams to reality lah ni..

mesti kan masa u mimpi ML horny gila kan? if yes..th ...

mmg horny tp..bila in reality..my hubs pegang2 i pon i cam geli2..cm x bagi dia sentuh2..mcm tak suka...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 12:52 PM | Show all posts
winsonyu posted on 16-7-2013 12:44 PM
time to live ur dreams to reality lah ni..

mesti kan masa u mimpi ML horny gila kan? if yes..th ...

time to live it to reality la kan winson..nanti laki lari...susah..............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2013 12:58 PM | Show all posts
missyqaldina posted on 16-7-2013 12:48 PM
mmg horny tp..bila in reality..my hubs pegang2 i pon i cam geli2..cm x bagi dia sentuh2..mcm tak s ...

huhuhuhh....jgn2 kat mimpi tu lelaKI tu bukan nya hubby u......

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 12:59 PM | Show all posts
redd_07 posted on 16-7-2013 12:52 PM
time to live it to reality la kan winson..nanti laki lari...susah..............

yeah...laki lari pergi perempuan lain susah nanti

baik kalau tak ade mood pun tolooong lah dia melancap ke bj....at least puaskan sikit

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 02:15 PM | Show all posts
winsonyu posted on 16-7-2013 12:58 PM
huhuhuhh....jgn2 kat mimpi tu lelaKI tu bukan nya hubby u......

eh yeap btol la my hubby..mmg slalu mimpi ml with my hubby jee..tu la..i kene live in reality..
kalau la ade ubat penaik nafsu ke..ape2 ke..mmg i nak beli..
pmpuan x leh mkn pil viagra eh?hahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 02:31 PM | Show all posts
missyqaldina posted on 16-7-2013 02:15 PM
eh yeap btol la my hubby..mmg slalu mimpi ml with my hubby jee..tu la..i kene live in reality..
k ...

oh begitu...ok...then u are still safe...hehehehhee

hmmm...kalau perempuan makan viagra..entah lah ape yg tegak nanti...

rasa2 ade 1 thread yg ckp tentang menaikkan nafsu wanita kot..kena check baik2


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.319856 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list