CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Odyman

[Tempatan] JENAYAH:RUMAH MUNTRI SUKAN PUN TAK TERKECUALI.

[Copy link]
Post time 1-7-2013 08:57 AM | Show all posts
AHMADVW posted on 30-6-2013 05:45 PM
hrpnya perompak msuk semua rumah menteri2, lgi2 rumah hishamudin

brp sgt kalu dibandingkan dgn cu ...

iya!

malaysia adalah selamat... kaedahnyer...
ihik ihik ihik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2013 10:58 AM | Show all posts

Pakatan simpati kepada Khairy; gesa pembaharuan polis
Seorang menteri yang rumahnya dimasuki pencuri pada hujung minggu lalu mendapat simpati daripada pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
“Saya tahu bagaimana rasanya rumah dimasuk pencuri kerana rumah saya sendiri pernah dimasuki pencuri dua kali pada tahun 2009 dan 2010 dan itu merupakan salah satu sebab mengapa saya berpindah ke pangsapuri pada 2011,” menurut Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua dalam satu kenyataan media lewat malam tadi.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mendapati rumah banglonya di Bukit Damansara dimasuki pencuri pada siang hari Sabtu lalu sewaktu hanya pembantu rumahnya berada di rumah.
Pua turut menggesa pihak polis dan kerajaan agar berdepan realiti terhadap kejadian jenayah yang semakin berleluasa di Malaysia.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata: “Jika kerajaan dan polis tidak mahu menerima hakikat, maka tiada pendekatan yang akan diambil pihak berkuasa bagi membendung isu berkenaan.
“Jika kerajaan dan polis tidak mahu menerima kenyataan, kita pasti berdepan alasan demi alasan daripada pihak polis malah daripada Pemandu sendiri yang menggesa pemansuhan Ordinan Darurat meningkatkan kadar jenayah.”
Polis memberitahu The Malaysian Insider pemansuhan akta berkenaan akan meningkatkan kadar jenayah jalanan dan secara keseluruhannya.
Pua berkata kelemahan polis sebenar dalam membanteras jenayah adalah penempatan pasukan yang kurang tepat dan skala yang berlebihan.
“Sejak lapan tahun lalu, Cawangan Siasatan Jenayah terdiri daripada 9 peratus tenaga polis secara keseluruhannya. Sebagai perbandingan, 41 peratus polis beruniform melakukan tugas-tugas pentadbiran.
“Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pada 2005 mencadangkan kira-kira 20,000 pasukan beruniform atau 22 peratus kembali kepada tugas hakiki bagi memantapkan tugas polis. Malangnya cadangan tersebut tidak diambil serius oleh Kementerian Dalam Negeri.
“Kementerian Dalam Negeri dan polis harus menerima cadangan RCI dan melaksanakan semua pendekatan yang perlu bagi meningkatkan keberkesanan dan profesionalisme pasukan polis.
“Selagi mereka berlengah-lengah, ini akan meningkatkan kadar jenayah dan menjadikan Malaysia tidak selamat bukan sahaja kepada rakyat malah pembangunan kondusif perniagaan dan pelaburan.”
“Merujuk kepada kes rompakan di kediaman Khairy, Pua berkata tidak kira sama ada menteri atau ahli politik dari Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional atau sesiapa yang berada di jalanan akan berdepan trauma apabila berdepan situasi jenayah.
“Kita bersyukur kerana dalam insiden ini tiada yang cedera. Kejadian ini dan yang lalu berlaku sejak kebelakangan ini kepada VIP termasuk ahli keluarga menteri dan pegawai polis membuktikan jenayah bukanlah persepsi semata-mata di Malaysia.
“Jika menteri dan pegawai polis atasan tidak terlepas daripada jenayah maka bagaimana rakyat biasa dapat tidur lena? Kejadian jenayah telah memaksa penduduk setempat menggunakan perkhidmatan kawalan keselematan peribadi di kawasan kediaman mereka.
“Jutaan ringgit telah dibelanjakan oleh penduduk untuk menggunakan khidmat kawalan keselamatan bagi melindungi kediaman mereka. Statistik jenayah beberapa tahun lalu telah dimanipulasi bagi memberikan rakyat Malaysia persepsi yang salah berhubung isu keselamatan.
Kerajaan mendakwa jenayah jalanan telah berkurang kepada 40 peratus beberapa tahun ini manakala indeks jenayah turun kepada 25 peratus daripada tahun 2007 ke 2011.
“Apa yang kerajaan cuba sembunyikan daripada rakyat Malaysia adalah indeks jenayah telah meningkat kepada 69 peratus pada tempoh yang sama,” jelas Pua.

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 01:47 PM | Show all posts
anjing makan kerje sekolah saya
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 09:01 PM | Show all posts
dlm dunia ni yg selamat  hanya Antartica...boleh pindah sana...boleh main dgn Penguin..Tiada jerebu.....selamatttttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 09:06 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 1-7-2013 08:38 AM
ni yg iols konpius ni. kat sini suami nya. kat sana isterinya

jgn konpius.. sah2 kt CI ni somi, kt gosip & kenamaan binikku..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 09:14 AM | Show all posts
kekadang depa nie kalau tak kena batang idung sendiri takkan amik kisah sangat pun...kes terpencil....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2013 09:15 AM | Show all posts
Weii, boring la joke Pavilion ni.. takda modal sendiri ke korang!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 09:18 AM | Show all posts
Tiap hari citer rompak merompak jer ...takutnya dgr..dlm hal mcm ni jenayah menjadi2 ..rakyat mcm saya ni nak mengadu kat mana yer? Boleh x kita minta polis ronda kat area perumahan tmpt tinggal kita time org2 pegi keje ..iskk takut weh nak kluar rumah ..jenayah di mana mana jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2013 10:19 AM | Show all posts
mrmerell posted on 2-7-2013 09:06 AM
jgn konpius.. sah2 kt CI ni somi, kt gosip & kenamaan binikku..

ok. da tak konpius da..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.088255 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list