[size=0.9em]Kepuasan tergambar di wajah Raja Azrey Raja Kamaruzzaman serta barisan produksi dan pelakonnya apabila pementasan teater Hantu Ketapang di Auditorium Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) pada 7 dan 8 Jun lalu mendapat sambutan menggala-kkan daripada penduduk setempat. [size=0.9em]Hampir tiada ruang kosong dalam auditorium berkenaan berikutan keterujaan orang ramai untuk menonton pementasan yang julung kali diadakan di pulau lagenda itu.
Raja Azrey yang juga pemilik Geliga Merah Opera (GMO) serta pe-ngarah yang mementaskan teater ini mengakui cabaran dilalui untuk me-nyahut cabaran penaja, XXIZ bagi merealisasikan hasrat ini.
“Kelengkapan untuk teater ini dibuat di Langkawi, tapi pelakon kami baru bergabung semula selepas pementasan di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 12 hingga 14 April lalu. Ada juga perubahan pelakon dibuat bagi memberi kelainan.
HANTU Ketapang bersama rakannya Hantu Gigi suka mengganggu orang kampung.
[size=0.9em]“Saya juga ubah sikit skripnya kerana walaupun berunsur komedi, perlu juga ketengahkan elemen emosi kepada penonton. Saya nak tunjukkan apa yang dibuat perlu ada pengajaran di sebaliknya,” katanya. [size=0.9em]
Menurutnya, bagi disesuaikan dengan Langkawi, teater lakonan Fairuz Selamat, Ani Maiyuni, Ezad Lazim, Nas Adilla, Aliff AF, Fauziah Gambus dan Abu Mamu Raja Lawak itu menampilkan kelainan apabila beberapa dialog turut me-nyebut beberapa lokasi popular di situ.
“Saya dapati elemen ini disukai penonton yang akan ketawa setiap kali dialog ini dikeluarkan. Kami perlu gunakan kreativiti untuk hidupkan teater ini memandangkan props juga agak sederhana berbanding di Kuala Lumpur.
“Sebenarnya, apabila penaja tawarkan peluang ini, saya kena tahu juga samada penonton di Langkawi boleh terima atau tidak pementasan sebegini. Bermula dari situ, kami buat persiapan yang memakan masa hampir sebulan setengah.
“Dua minggu sebelum pementasan, saya suruh pelakon imbas semula karakter mereka. Inti pati cerita juga dikekalkan. Akhirnya rombongan kami seramai 48 orang tiba seminggu lebih awal untuk buat persiapan,” katanya.
Kejayaan ini membuatkan Raja Azrey yakin Hantu Ketapang boleh diketengahkan lagi kepada penonton. Justeru dia merancang untuk membawa Hantu Ketapang terus menemui peminat di sebelah Pantai Timur pula selepas ini.
Fairuz yang melakonkan watak Hantu Ketapang mengakui tenang melakonkan wataknya berbanding dulu.
Katanya, kali ini lebih mudah kerana dia sudah faham apa karakternya.
“Saya bimbang dengan penerimaan penonton awalnya kerana biasa-nya benda baru susah mereka nak terima. Mungkin mereka ingat menonton teater terikat dengan protokol dan serba salah nak ketawa. Jika di Kuala Lumpur lainlah kerana masyarakatnya sudah biasa terdedah dengan teater.
“Bagaimanapun kebimbangan saya berakhir apabila melihat penonton boleh ketawa dengan elemen komedi yang disampaikan. Dengan kepercayaan Raja Azrey, saya cuba buat yang terbaik. Syukur peminat semuanya terhibur,” katanya.
Dalam pada itu, Fauziah Gambus menyambut cabaran Raja Azrey untuk berlakon teater ini kerana mahukan kelainan.
“Dia bagi kebebasan sepenuhnya untuk mencorak karakter dan saya berikan yang terbaik. Mungkin agak janggal kerana dialek Sabah saya masih ada tapi inilah tarikan watak ini,” katanya yang kini tampil bertudung.
Sementara itu, Pengarah Telgalaxy Sdn Bhd yang juga pemilik XXIZ, Datuk Irwan Mohd Nor berkata, beliau berpuashati dengan komitmen yang diberikan GMO dan barisan pelakonnya.
“Saya tertarik dengan persembahan dan cara kerja mereka. Malah saya juga tak ragu-ragu me-ngakui mereka sangat berbakat dalam dunia teater. Sebelum ini saya hanya kenal Raja Azrey sebagai pelakon. Sehinggalah saya tengok pementasannya di MPAJ, saya sangat kagum dengan dia.
“Daripada situ, kami duduk berbincang kerana saya berhasrat nak menaikkan seni teater kepada masyarakat. Selain itu, saya juga nak gunakan hiburan sebagai cabang perniagaan dan mahukan kedua-duanya berjalan seiring,” katanya.
Jelasnya, teater perlu dikembangkan sehingga ke luar Kuala Lumpur
dan kerana itulah dia sudi menaja GMO mengadakan persembahan di luar dan Langkawi adalah destinasi pertama.
“Penonton yang dengar kehebatan teater ini mesti ternanti-nanti pementasan di tempat mereka pula. Saya dapati pementasan di Lang-kawi sangat berjaya dan selepas ini rancang nak bawa mereka pusing satu Malaysia,” katanya yang mengusahakan perniagaan talian komunikasi menggunakan teknologi Salamfone.
Last edited by eddlisa_uyuk on 23-6-2013 09:54 AM
|