CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 25695|Reply: 24

Misteri Keris Taming Sari

[Copy link]
Post time 11-6-2013 04:01 PM | Show all posts |Read mode

Hiasan je

ASAL USUL KERIS TAMING SARI…

Kata Sang Raja Wali lagi : Ada pun asal usul Keris Taming Sari itu ada kaitan dengan Kenabian. Itu sebab kuasa kesaktiannya amat menggerunkan. Asalnya keris itu dari mata tombak, lalu diubahsuai berbentuk keris. Dari Nabi mana asalnya tidak perlu dikhabarkan, nanti jadi kontroversi. Setelah ribuan tahun ianya terpendam disimpan oleh Kadam Jin Islam, akhirnya jatuh ketangan salah seorang Wali 7 Alam Melayu.
Siapakah Wali 7 Alam Melayu itu? Diringkaskan ada pun Wali 7 Alam Melayu itu adalah 7 beradik lelaki semua. Mereka dari warisan nasab Ali Zainal Abidin Al-Hussin, dari ibu pertama. Mereka yang pertama ditugaskan menyibarkan Islam diNusantara. Maka akhirnya mereka berhimpun sementara diBumi Melayu. Mereka diberikan tugas masing-masing, lalu keluar bertaburan berhijrah berdakwah menyebarkan Islam diserata Nusantara, termasuk negeri China.
Maka Abang Tua (Syed”…”Al-Hussin) diamanahkan pemegang keris tersebut. Abang Tua ditugaskan keJawa, untuk berdakwah menyibarkan Islam, kerana majoriti penduduk diJawa beragama Hindu. Setelah beliau berjaya mengislamkan ramai penganut Hindu Jawa, maka berita tersebut telah sampai kepada kerajaan Hindu Jawa. Maka beberapa pendita, sami Hindu yang handal lagi memakai kesaktian Jin, serta kekuatan tentera Hindu Jawa, telah ditugaskan untuk membunuh Abang Tua serta pengikutnya.
Sedang Syed”…”Al-Hussin mengimamkan satu solat dengan pengikutnya, lalu mereka diserang dengan menggunakan senjata tombak Hindu serampang tiga (trident) dan senjata lain. Lalu dibalas serangan mereka oleh Syed”…”Al-Hussin dengan senjata “Keramah Dua Jarinya” sahaja. Maka rebah mati semua mereka itu tersungkur kebumi….
Bagaimanakah kisahnya keris tersebut jatuh kepada pemerintahan Hindu Majapahit kemudian berada ditangan pendekar Taming Sari? Tidak pula diceritakan. Maka kisah Mahaguru Adi Putra, Hang Tuah dan Hang Jebat itu adalah rangkaian sebab musababnya sahaja. Kerana asalnya keris tersebut bertapak diBumi Mim, maka kembalinya semula balik keBumi Mim. Al-Asal jadi hasil, Al-Hasil balik keasal.
Dakwaan sesetengah pihak mendakwa bangsa Melayu menciplak senjata keris hak mereka, itu adalah dakwaan yang sangat jauh meleset. Setelah keris tersebut dicampak oleh Hang Tuah kelaut, maka terpendamlah keris tersebut dilaut Bumi Mim, selama-lamanya. Maka atas kuasa pemerintahan Alam Kewalian, keris tersebut tidak dibenarkan sama sekali dimiliki oleh mana-mana pihak. Kerana jika ianya jatuh ketangan pihak yang tidak bertanggung-jawab, jika disalah-gunakan, ianya lebeh banyak mendatangkan kemudaratan dari kebaikan.
Wallahu’alam….



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2013 04:11 PM | Show all posts
Ni cerita rekaan ke butul betul??? atau hanya cobaannn cobaan cobaan...

hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2013 04:22 PM | Show all posts
hantukiller posted on 11-6-2013 04:11 PM
Ni cerita rekaan ke butul betul??? atau hanya cobaannn cobaan cobaan...

hahaha

saya share je. tgk sama je cerita di lua sana.. ada ilmu skit ttg keris ni cerita la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 04:31 PM | Show all posts
berun posted on 11-6-2013 04:22 PM
saya share je. tgk sama je cerita di lua sana.. ada ilmu skit ttg keris ni cerita la..

Aku tak ambik port sangat tentang keris keris nih, cuma yg aku tau, keris nih ujudnya kat nusantara ni je, tak de kat tanah arab ke negara barat ke atau monggol ke.. hehe


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2013 04:43 PM | Show all posts
hantukiller posted on 11-6-2013 04:31 PM
Aku tak ambik port sangat tentang keris keris nih, cuma yg aku tau, keris nih ujudnya kat nusantar ...

ohhh gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 06:35 PM | Show all posts
keris ni sebenarnya wujud ke? ke mitos je?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2013 10:07 PM | Show all posts
opeth posted on 11-6-2013 06:35 PM
keris ni sebenarnya wujud ke? ke mitos je?

klo mitos keris ni hang tuah campak kat sungai sebelum die hilang,ade kate keris taming sari sebenar ade kt sultan perak sekarang

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn posted on 11-6-2013 10:07 PM
klo mitos keris ni hang tuah campak kat sungai sebelum die hilang,ade kate keris taming sari seben ...

Even hang tuah pun ada orang cakap mitos. Ko ada link yg bleh aku baca tak pasal ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2013 11:04 AM | Show all posts
keris ada dlm simpanan sultan perak...hanya dipamerkan di muzium perak pada hari jadi sultan perakk itupun dengan perkenan baginda.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 01:01 PM | Show all posts
aku ingatkan kat muzium tu replika je..yg ori sultan pegang..eh apa khabar sultan perak?? moga sihat hendaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 02:42 PM | Show all posts
Taming Sari ni menarik gak kalau difilemkan..buat ala2 Indiana Jones' Adventure gitu. mencari ancient relic. err..ter off topic plak
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 03:11 PM | Show all posts
dulu mase aku kekecik.. aku ade tunjuk gambo keris taming sari pade org len... tapi sorang pon tak caye.. semua percaye kene keris tu ghaib...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 03:56 PM | Show all posts
Meh kita layan Inspirasi Tamingsari seround.....

Ini kisah
Keris taming sari
Lambang satria
Seorang laksmana
Melaka
Seandainya
Taming sari tiada
Lemah dia
Menentang musuhnya
Yang derhaka
Tapi kini tiada lagi
Taming sari sudah hilang dari mata
Namun jangan dilupa
Taming sari tetap di hati
Untuk semangat terus berjuang
Melayu takkan hilang
Melayu takkan hilang
(Korus)
Hidupkanlah bangsa kita
Kekalkanlah kata-kata laksmana
Meskipun tanpa jasadnya
Namun taming sari masih ada
Pada orang kita
Bersemat Tuhan yang satu
Kita takkan mati
Semasa hidup
Bangun semua
Tajamkan kerismu
Dalam hati
Jadikan Hang Tuah
Inspirasi

Last edited by alphawolf on 12-6-2013 03:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 07:21 PM | Show all posts
Baik ko orang jaga keris ko orang sendiri...lagi baguss lagi dok ushaaaa Taming Sari niee.....keris kita macam Thunder Cat punya pedang tauuuu......Thunder Thunder Thunderrrrrrrrrrrrrrrrrrr Cat........
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
apa keris tamingsari ni penghulu segala keriska
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 11:37 PM | Show all posts
keris taming sari digunakan hang tuah hanya untuk membunuh pahlawan jawa itu sahaja kerana pemilik keris itu seperi kebal untuk dibunuh. hanya setelah keris taming sari tu berpindah milik barulah pahlawan jawa tu mati.

ketika berdepan hang jebat, jebat juga tidak dapat dibunuh tuah walaupun bertarung 3 hari 3 malam,
lantas, tuah menyedari hal itu, begitu juga jebat, lalu jebat menukarkan keris taming sari dgn keris sultan barulah jebat dpt dibunuh.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2013 11:45 PM | Show all posts
iktu sejarah melayu, keris taming sari dibelah dua dan disimpan satu di perak satu lagi di pahang
kerana selepas melaka diserang

kedua2 keturunan sultan melaka lari ke perak dan ke pahang.
smpi sekarang kesultanan perak dan pahang menjadi tuan pada kedua2 belah taming sari
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Sy anak jati melaka yg minat dgn sejarah, tak kisahla sejarah dlm negara atau luar negara. Ni bru ptama kali bc tntg taming sari asal dr arab, yg sy tahu dr tanh jawa je. Apapun sy memang suka dgn nama-nama lama unik2 ni, taming sari, mahsuri, pandak mayah, tuah, jebat n sebagainya. Tp anak aku ttp aku bg nama moden yg sedap. Ahe..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sy anak jati melaka yg minat dgn sejarah, tak kisahla sejarah dlm negara atau luar negara. Ni bru ptama kali bc tntg taming sari asal dr arab, yg sy tahu dr tanh jawa je. Apapun sy memang suka dgn nama-nama lama unik2 ni, taming sari, mahsuri, pandak mayah, tuah, jebat n sebagainya. Tp anak aku ttp aku bg nama moden yg sedap. Ahe..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 02:45 AM | Show all posts
sumber kenabian? khadam jin islam? cedok mana ni bro? letak lah link.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:24 AM GMT+8 , Processed in 1.333712 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list