CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10493|Reply: 12

artikel pasal Polis Wanita aje...

[Copy link]
Post time 8-6-2013 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Inspektor Zaliza digelar IO 'baby'Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
Gambar FARIZ RUSADIO (pelatih Peretak)
Zaliza... Lembut tetapi tegas.

RAUT wajah yang manis dan pertuturan yang lembut, ditambah pula dengan perwatakan yang sopan membuatkan Inspektor Zaliza Nor Kadir begitu disenangi apabila didampingi.
Apatah lagi cara kerja Pegawai Penyiasat (IO) Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras ini yang bersifat keibuan, meskipun baru beberapa tahun menjejakkan kaki ke alam perkahwinan.
Sekali pandang, cara kerja ibu beranak dua ini begitu bersesuaian dengan tanggungjawab yang dipegangnya sekarang, salah seorang daripada tiga IO Pasukan Siasatan Keganasan Rumah Tangga IPD Cheras.
Kata Zaliza, sifat keibuan yang ada pada dirinya itu diwarisi dari ibunya, Jemah Yusof, 59, yang bukan sahaja dianggap sebagai ratu hati malah rakan baik yang menjadi tempatnya berkongsi suka dan duka.
"Tetapi tidak bermakna saya tidak tegas kerana sebagai pegawai polis, sifat sedemikian (tegas) perlu ada supaya lebih berdisiplin dalam menjalankan tugas.
"Sifat keibuan pula sememangnya lahir pada setiap wanita dan telah lama sebati dalam diri.
"Kebetulan pula saya mengendalikan kes berkaitan keganasan rumahtangga dan sifat sebegini perlu ada terutama sekali ketika berdepan dengan mereka yang dilanda masalah serta memerlukan nasihat daripada kaum wanita," katanya ketika ditemui Gaya Polis di IPD Cheras, baru-baru ini.
Bercerita tentang pasukan yang baru ditubuhkan pertengahan tahun lalu itu, Zaliza berkata, dia mengendalikan kes-kes melibatkan keganasan rumah tangga bersama dua lagi penolong pegawai penyiasat (AIO) iaitu Sarjan Mejar Aziz Che Mat dan Sarjan Faridah Abd Hamid.
"Setiap daripada kami akan bergilir-gilir 'on-call' selama 24 jam dan purata bagi kes setiap hari di Cheras adalah sekurang-kurangnya lima hingga enam kes.
"Setiap pengadu yang datang ke balai mempunyai masalah yang seakan sama iaitu dipukul oleh ahli keluarga terdekat hingga mendapat kecederaan," katanya.
Bagaimanapun, kata beliau, kebanyakan pengadu yang datang hanya mahu membuat laporan polis sahaja tetapi tidak ingin sebarang tindakan undang-undang dikenakan kepada pihak yang memukul, atas faktor hubungan kekeluargaan.
"Saya teringat satu kes di mana seorang wanita datang ke balai dengan kecederaan di muka dan mata yang teruk akibat dipukul si suami.
"Dia bagaimanapun hanya mahu membuat laporan polis sahaja tanpa mahu polis masuk campur dalam kejadian itu.
"Melihat kecederaannya itu, saya tetap menasihatinya untuk tindakan selanjutnya, tetapi kerana sayang suami, si mangsa sekadar menggeleng kepala.
"Sebenarnya pelbagai kerenah manusia saya dapat lihat ketika berada dalam pasukan ini kerana ada yang datang ke balai polis hanya ingin 'teman' bicara atau tempat mereka mengadu masalah sahaja," ujar Zaliza yang sedikit sebanyak menjadikan situasi mangsa sebagai panduan dalam melayari kehidupan rumah tangga.
IO 'Baby'
Menyusuri perjalanan kariernya itu, Zaliza menjelaskan, antara pengalaman yang sukar dilupakan adalah ketika mengendalikan enam kes pembuangan bayi.
Walaupun kes sebegitu tidaklah sebesar mana tetapi sebagai seorang wanita, tetap terkesan di hatinya apatah lagi melibatkan nyawa insan yang masih suci.
"Siapa tidak sayu apabila bayi sebesar tapak tangan dibuang bagaikan sampah. Tetapi sebagai polis, saya harus cekal bagi memastikan setiap siasatan yang dilakukan membuahkan hasil.
"Paling saya ingat ialah pada 2008 di mana pada satu ketika, kes buang bayi sangat menjadi-jadi dan salah satunya melibatkan bayi kembar," katanya.
Tambah Zaliza, beliau didatangi seorang lelaki di balai polis sambil membawa mayat dua bayi berlainan jantina sambil menyatakan jasad itu dikerumuni anjing di sekitar kawasan Sungai Besi.
"Melalui percakapannya saya syak lelaki itu adalah bapa kepada bayi itu. Apabila disiasat, teman wanitanya telah ditemukan di sebuah rumah dalam keadaan berpantang.
"Hasil ujian makmal juga mengesahkan DNA pasangan kekasih tersebut sepadan dengan mayat. Namun sedihnya, bayi kembar yang tidak berdosa itu telah pun meninggal dunia," katanya.
Zaliza berkata, satu lagi kes melibatkan pelajar kolej wanita yang datang ke balai mendakwa menemukan bayi yang masih bernyawa di bawah kereta.
"Naluri saya tetap mengatakan dia adalah ibu kepada bayi tersebut berdasarkan kepada tubuh yang tidak bermaya walaupun dia menafikan perkara itu dengan berpura-pura sihat.
"Apabila wanita itu dibawa ke hospital untuk diperiksa, seorang doktor pula menggangap saya mereka-reka cerita. Tetapi semua itu menjadi sahih setelah wanita itu tiba-tiba pengsan di hadapan doktor itu sebaik sahaja pemeriksaan dijalankan," jelasnya.
Berikutan pengalamannya, ibu kepada Syifa Amani, 3, dan Syifa Arissa, 2, digelar IO 'baby' oleh pegawai atasannya kerana setiap kali beliau 'on-call' pasti terdapat kes pembuangan bayi.




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Polis_&_Tentera/20130326/te_03/Inspektor-Zaliza-digelar-IO-baby#ixzz2VafTW5by
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2013 11:15 AM | Show all posts
Aida inspirasi buat polis wanita
Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
Gambar HAFIZ JOHARI



SUPRITENDAN Aida Abdul Hamid
DI MANA pun wanita berada, golongan itui mempunyai kuasa sendiri dan tidak sesekali mampu untuk dipandang rendah.

Meskipun sering dinilai sebagai kuasa kedua atau tenaga sokongan kepada kaum Adam, namun kemampuan wanita hari ini tidak dapat disangkal, sama ada untuk berdiri mahupun berlari bersama-sama dengan golongan lelaki.

Sebagai contoh, Supritendan Aida Abdul Hamid yang kini merupakan Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields turut membuktikan kewibawaan wanita untuk berada setaraf dengan lelaki dalam institusi paling berpengaruh dalam negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Beliau kini dilihat antara inspirasi buat anggota dan pegawai polis wanita dalam PDRM kerana mencatat sejarah dengan menjadi polis wanita pertama yang menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah di Lembah Klang.

Meskipun pencapaiannya pernah didahului oleh pegawai polis wanita lain, namun memegang jawatan Timbalan Ketua Polis di kawasan yang boleh dianggap 'zon panas' dan paling diberi perhatian di Malaysia, Aida boleh dianggap sebagai heroin buat pegawai wanita dalam profesion ini.

Difahamkan, sebelum ini, tiada seorang pegawai polis wanita pun yang pernah berada di posisi itu di Kuala Lumpur dan Aida adalah yang seumpamanya.

Ketika ditemui Gaya Polis, ibu kepada dua anak itu menjelaskan, dia boleh dikatakan ketika ditawarkan jawatan itu kerana tidak pernah menyangka profesion yang begitu diminati sejak di bangku sekolah itu mampu mencipta sejarah tersendiri.

Kata bekas guru itu, biarpun cita-citanya menggunung dalam PDRM, namun untuk menjadi Timbalan Ketua Polis Daerah wanita pertama di Kuala Lumpur adalah di luar jangkaannya.

"Saya bercita-cita tinggi dalam bidang kepolisan kerana ini minat utama saya sejak kecil. Apabila ditawarkan jawatan ini, tiada apa yang boleh saya katakan kecuali syukur kepada Allah kerana perjalanan saya dipermudahkan.

"Ketika menerima berita ini, pelbagai perasaan muncul dalam diri termasuk rasa takut dan rendah diri. Pertanyaan 'bolehkah aku memikul amanah ini' sering bermain dalam fikiran.

"Namun saya yakin, pemilihan saya untuk mengisi jawatan ini bukan untuk memberi peluang kepada wanita semata-mata, sebaliknya PDRM sendiri yakin dengan pengalaman serta kemampuan yang ada pada diri ini.

"Oleh itu, perasaan takut serta gusar tadi saya jadikan azimat untuk menyahut peluang dan cabaran yang diberikan. Saya juga berpegang kepada pepatah 'belum cuba belum tahu' untuk terus memberi khidmat kepada negara bersama PDRM," katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Aida memberitahu, tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah sama pentingnya dengan ketuanya kerana jawatan itu memerlukan dia sentiasa bersedia dengan perkembangan semasa.

"Tiada istilah timbalan hanya menguruskan bahagian pengurusan atau dalaman sahaja kerana tugas saya adalah membantu Ketua Polis Daerah. Ini termasuk memangku jawatan ketika ketiadaannya.

"Disebabkan itu saya perlu tahu perkembangan semasa, jenayah di Brickfields serta perkembangan siasatan kes yang dijalankan anak-anak buah saya. Walaupun saya tidak terlibat secara langsung, pemantauan perlu diberikan.

"Malah, saya bertuah kerana dua tahun lalu ketika mula menjawat jawatan ini, saya mendapat ketua yang bagus iaitu Senior Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid yang banyak memberi sokongan dan dorongan pada saya," katanya.

Mengulas tentang bekas ketuanya yang kini menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur itu, Aida memberitahu, Wan Abdul Bari disifatkan sebagai ketua yang tegas dan penuh kewibawaan.

"Banyak yang saya belajar daripadanya terutama sekali dari segi kepimpinan. Beliau tidak pernah lokek ilmu meskipun perwatakannya digeruni setiap pegawai dan anggota di bawahnya.

"Beliau juga seorang yang sentiasa bersemangat dan mahu setiap pegawainya menyelesaikan kes jenayah dengan tepat tanpa melengah-lengahkan masa. Selain itu Wan Abdul Bari begitu mementingkan kebajikan setiap anak buahnya," katanya yang memberitahu, beliau kini sedang meraih pengalaman dari Ketua Polis Daerah Brickfields baharu, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Lee Abdullah.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... anita#ixzz2VahVF8bm
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 09:21 AM | Show all posts
adanya polis wanita boleh kuatkan lagi hak2 wanita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2013 07:30 AM | Show all posts
izamahmed posted on 27-6-2013 09:21 AM
adanya polis wanita boleh kuatkan lagi hak2 wanita



dan juga kes rogol dan kes yg melibatkan kanak2
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 07:48 AM | Show all posts
yipun_78 posted on 28-6-2013 07:30 AM
dan juga kes rogol dan kes yg melibatkan kanak2

sangat setuju. selamatkan maruah wanita negara kita. jgn sampai macam negara india. kesian mereka
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 09:28 AM | Show all posts
Pegawai polis wanita yg pertama menjawat jawatn tertinggi PDRM adalah Dato' Zakiah Laidin. Dulu2 masa kecik terbaca berita tentang Dato' Zakiah Laidin,masa tu memang kagum abes. Last edited by zennaya on 28-6-2013 09:40 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2013 09:31 AM | Show all posts


Allahyarhammah Dato' Zakiah Laidin (1938-2011)

kredit pic: FB PDRM
Last edited by zennaya on 28-6-2013 09:42 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 09:38 AM | Show all posts
Belasungkawa Dato' Zakiah Laidin

11 November 2011 (Jumaat) jam 8.15 malam, tarikh kehilangan sebutir permata dan tokoh PDRM yang banyak menabur budi dan jasa sepanjang perkhidmatannya selama 36 tahun.  Dato’ Zakiah binti Laidin, meninggal dunia pada usia 73 tahun di kediaman beliau di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Sementelah pemergian, segala jasa dan pengorbanan beliau terhadap pasukan tetap dikenang dan dihayati sebagai satu teladan buat warga PDRM serta polis wanita khususnya.  Mengenang segala jasanya, Allahyarhamah merupakan pegawai wanita pertama menyandang jawatan tertinggi dalam pasukan polis dengan jawatan Deputi Komisioner Polis pada tahun 1992 dengan jawatan terakhir beliau adalah sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) sebelum bersara pada 1993.

Umum sedia mengetahui bahawa penyerapan Polis Wanita di Malaysia hanya mula pada tahun 1955 setelah melihat kepada keperluan berikutan dengan penglibatan wanita dalam aktiviti subversif Parti Komunis Malaya (PKM) semasa darurat pada tahun 1948.  Sejak tahun 1961 lagi, Allahyarhamah, sebagai Penyelia Polis Wanita, telah memainkan peranan penting dalam membentuk polis wanita.  Sejak itu, peranan tersebut telah menjadi tugas tambahan dan tugas wajib beliau sehingga beliau menamatkan kerjayanya pada tahun 1993.

Seterusnya, beliau turut diberikan kepercayaan untuk menyandang beberapa jawatan penting seperti Pegawai Tadbir Kontinjen, Penguasa Perhubungan Awam, Penolong Pesuruhjaya Polis Cawangan Perkhidmatan Polis dan beberapa jawatan lain. Kredibiliti beliau yang terserlah telah terbukti apabila beliau dipilih  sebagai polis wanita Asia pertama menyertai kursus di Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Virginia, Amerika Syarikat selama tiga bulan pada 1980.

Selain daripada tugas hakiki yang disandangnya, Allahyarhamah juga aktif di dalam Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) dan telah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung Perkep Pusat sejak tahun 1984 sehingga lah ke tahun 1993.  Beliau telah menjadi penggerak utama PERKEP yang bermatlamat untuk menjaga kebajikan serta perpaduan isteri-isteri dan anggota keluarga pegawai dan anggota polis.

Sebagai penghargaan atas jasa beliau, Allahyarhamah pernah dianugerahkan pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang di-Pertuan Agong pada Jun 1979 dan pada 1992, dianugerahkan pula dengan pingat Darjah Paduka Taming Sari (DPTS) daripada Seri Paduka Baginda Sultan Perak yang membawa gelaran Dato’.

Kehilangannya amat dirasai kerana beliau turut dikenangi di kalangan pegawai dan anggota polis sebagai pemimpin yang lembut pertuturannya. Beliau juga dikenali sebagai seorang pemimpin yang amat prihatin dengan kebajikan pegawai bawahan walaupun tegas dalam urusan kerja. Sifat kasih sayang yang menebal membuatkan setiap yang mengenalinya akan setia bekerja bersamanya.

Pergimu membawa seribu kehilangan namun jasamu tetap utuh dikenang ke akhir hayat!

kredit: FB PDRM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2013 09:24 AM | Show all posts
Thanx Zennaya... kaka kasi kredit sbb carikkan artikel dan pic allahyarhamah... kalo rrajin ada artikel pasal anggota polis wanita letaklah ye
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 11:14 AM | Show all posts
yipun_78 posted on 29-6-2013 09:24 AM
Thanx Zennaya... kaka kasi kredit sbb carikkan artikel dan pic allahyarhamah... kalo rrajin ada arti ...

thx kaka Yip, nnti nak pi godek google lg..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 11:34 AM | Show all posts
seorang lagi pegawai polis wanita yg pertama pernah menjadi Ketua Polis Negeri, Pahang, Datuk Robiah Abdul Ghani yg sudah bersara. Malah, polis wanita pertama menjawat jawatan, Pengarah Pengurusan Bukit Aman
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 11:36 AM | Show all posts


Dato' Robiah Abd Ghani, (duduk) Mantan Pengarah Pengurusan Bukit Aman (PDRM)
kredit pic: http://www.hmetro.com.my
Last edited by zennaya on 29-6-2013 11:40 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 11:42 AM | Show all posts
Robiah bersara selepas 39 tahun berkhidmat

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Robiah Abdul Ghani, 58, yang akan bersara wajib esok diraikan dalam majlis Paluan Berundur di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar hadir bagi meraikan Robiah yang dianggap ikon kepada polis wanita.

Pada majlis itu, pertunjukan pancaragam diadakan. Robiah dan suaminya, Datuk Ibrahim Manas kemudiannya diarak dengan menaiki kereta istiadat.

Kenderaan tersebut ditarik oleh kira-kira 50 pegawai dan anggota PDRM. Suasana pilu menyelubungi majlis itu, apabila Robiah dilihat sebak ketika membalas tabik hormat dan bersalaman dengan anggota yang hadir.

Berikutan persaraan beliau, jawatan Pengarah Pengurusan PDRM akan dipangku Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Senior Asisten Komisioner Datuk Abd Rahim Hanafi.

Robiah memulakan perkhidmatan dalam PDRM pada 15 Disember 1974 sebagai Inspektor Percubaan dan pernah berkhidmat dalam pelbagai jabatan sepanjang 36 tahun berbakti dalam pasukan itu.

Berkelulusan Diploma Sains Kepolisan, Robiah dilahirkan pada 2 September 1953 di ibu negara pernah bertugas sebagai Pegawai Penyelia Cawangan Anti Dadah di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Penolong Pengarah JSJ Bukit Aman mulai 1 Jun 1994.

Robiah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Pahang pada 1 November 2006 dan pada 14 Julai 2008, menjadi wanita pertama dilantik Ketua Polis negeri.

Kredit Artikel: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 5.htm#ixzz2XZbAcQP4

Last edited by zennaya on 29-6-2013 11:43 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.180842 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list