CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4013|Reply: 11

Misteri di sebalik Israk, Mikraj

[Copy link]
Post time 7-6-2013 09:02 AM | Show all posts |Read mode
ISRAK bererti perjalanan malam Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitil Maqdis. Mikraj pula bererti perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha dan terus mengadap ALLAH SWT untuk menerima fardu solat lima kali sehari semalam bagi umat Nabi Muhammad SAW. Peristiwa Israk dan Mikraj terjadi pada malam Isnin, 27 Rejab tahun kenabian, bersamaan tahun 622 Masihi dalam usia Nabi SAW 51 atau 52 tahun.

Sebelum peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW mengalami pembedahan dada dan perut oleh malaikat Jibril dan Mikail. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Nabi Muhammad SAW. Setelah itu dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan Buraq untuk ditunggangi Nabi dalam perjalanan misteri yang dinamakan peristiwa Israk dan Mikraj.

Sewaktu perjalanan Nabi SAW ditemani oleh Jibril dan Israfil. Mereka tiba di tempat-tempat bersejarah dan berhenti sembahyang dua rakaat. Antara tempat itu ialah Thaibah (Madinah), tempat di mana Nabi SAW akan melakukan hijrah; Bukit Tursina, tempat Nabi Musa as menerima wahyu ALLAH, dan Baitul Laham (Palestin), tempat Nabi Isa as dilahirkan.

Dalam perjalanan itu Nabi SAW menghadapi gangguan jin Afrit dengan api dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib dan menakjubkan. Antara lain ialah:
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buahnya) yang baharu keluar semula. Nabi SAW diberitahu oleh Jibril: Itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan.

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh semula, lalu dipecahkan pula. Jibril memberitahu Nabi SAW: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti bintang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahanam. Kata Jibril: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

Sekumpulan kaum lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami mereka.

Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril: Itulah orang yang makan riba.

Setibanya Nabi SAW di Masjidil Aqsa, Nabi turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbiya dan mursalin menjadi makmum.

Nabi SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu. Nabi memilih susu lalu meminumnya. Kata Jibril : Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat Baginda akan menjadi sesat.

Sewaktu Mikraj (naik ke Hadhratul Qudus menemui ALLAH), didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Nabi SAW dan Jibril naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzah).

Langit pertama, Nabi SAW berjumpa dengan Nabi Adam as. Langit kedua, berjumpa Nabi Isa dan Nabi Yahya as. Langit ketiga, berjumpa Nabi Yusuf as. Langit keempat, berjumpa Nabi Idris as. Langit kelima, berjumpa Nabi Harun as. Langit keenam, berjumpa Nabi Musa as. Langit ketujuh, berjumpa Nabi Ibrahim as. Setelah melihat beberapa peristiwa ajaib, Nabi SAW dan Jibril masuk ke dalam Baitul Makmur dan sembahyang (Baitul Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Makkah).

Tangga kelapan, di sini disebut “Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul Muntaha. Nabi SAW masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan malaikat penunggunya.

Tangga kesembilan, Nabi SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustwa dan Sharirul Aqlam, lalu melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga ke-10, Nabi SAW sampai di Hadhratul Qudus dan Hadhratul Rabbul Arbab, lalu dapat menyaksikan ALLAH SWT dengan mata kepala lalu bersujud. Kemudiannya ALLAH memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam, yang sebelumnya difardukan 50 waktu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2013 11:10 AM | Show all posts
subhanallah..insafnyee aku.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 11:27 AM | Show all posts
Subhanallah....besarnya nikmat
Allah Allah Allah
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 11:57 AM | Show all posts
Kuasa, Kehendak dan Ilmu Allah yang tidak masuk di akal logik kita ini masih kita dapat SAKSIKAN sampai kini:
iaitu tergantungnya segala planet tanpa sokongan sesuatu....
Maha Suci Allah yg memberi kita mimpi sebagai iktibar cerita pd kisah Isra' & Mikraj Baginda Rasulullah!


Di Antara Pendustaan Besar Dalam Pengkisahan Isra' Dan Mi'raj

Di antara pendustaan besar dalam pengkisahan Isra' dan Mi'raj adalah;

1. Perempuan bongkok yang membawa maksud bumi sudah tua

2. Lelaki hantuk kepala berulang kali bermaksud balasan enggan bayar zakat

3. Nabi melihat tiang Arasy yang kanan tertulis: "Muhammad Rasulullah, Aku kuatkannya dengan Ali dan Aku bantunya dengan Ali"

Antara sebab mengapa berlaku kisah dusta adalah tidak ada dalil Qur'an mahupun hadis yang sahih yang mengesahkan kisah-kisah tersebut. Dan ada juga kisah riwayat Syi'ah yang bertujuan samada untuk mempromosikan Syiah mahupun untuk memfitnahkan Nabi Muhammad SAW.

Kesimpulannya;

1. Tidak rugi langsung menuntut ilmu. Malah menuntut ilmu tiada penghujungnnya.

2. Islam dibangunkan di atas prinsip ilmu dan hujah. BUkannya atas dasar magikal & keajaiban semata-mata.

3. Isra' & Mi'raj mengajar kita 2 perkara besar;

(1) Cabaran dakwah tidak pernah berhenti malah semakin lama semakin getir.

(2) Dan motivasi untuk bangkit menghadapi cabaran itu adalah kembali kepada Allah terutama displin solat 5 waktu.

Copy dari Saudara Amin Idris
https://www.facebook.com/pages/Amin-Idris-Official-Fan-Page/111657015511551
Last edited by MissMamamia75 on 7-6-2013 12:02 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 01:07 PM | Show all posts
subhanallah
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 02:09 PM | Show all posts
yang ni...

''Hati Baginda SAW dicuci dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Nabi Muhammad SAW. Setelah itu dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah” ''

dikatakan hanya dongengan israeliyat je....sahih ke ni?...

cuma bertanya n musykil...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2013 02:13 PM | Show all posts
sebetulnya, bukan bertemu dgn ALLAH, tapi cahaya ALLAH yg berlapis2.

Saat jibrail masuk ke kawasan cahaya tu, jibrail tak boleh, kalau dia pergi jauh lagi, dia akan hancur.
jadi nabi muhammad masuk serapat yang mungkin, tiada lain hanya cahaya semata2. ni di sebut sebagai nurullah.
wajah ALLAH tiadalah dapat di lihat melainkan pada suatu saat, yakni di dalam syurga firdaus.. dan utk beberapa ketika sahaja. dan itulah hadiah paling besar dari segala2 hadiah
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 06:04 PM | Show all posts
Kena pastikan maklumat dari sumber yang sahih dan betul.. takut jadi macam isu manfaat solat terawih 30@31 hari setiap malam sebelum nie yang akhirnya dikatakan tidak disokong oleh hadis2 sahih.... ambo hidup selama 32 tahun sebelum ini mempercayai akan hikmah2 tu... rupa-rupanya TIDAK BENAR.. takut betul bab2 tersesat neh... tanpa kita mengetahui bahawa kita mempercayai benda yang tidak benar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2013 02:03 AM | Show all posts
Bagus dpt refresh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 09:34 AM | Show all posts
Subhanallah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 10:46 AM | Show all posts
nicuya posted on 7-6-2013 02:09 PM
yang ni...

''Hati Baginda SAW dicuci dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tem ...

dongeng israeliyat tu cerita nabi2 sebelum Muhammad...ni pasal baginda sendiri.....

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 10:51 AM | Show all posts
alphawolf posted on 10-6-2013 10:46 AM
dongeng israeliyat tu cerita nabi2 sebelum Muhammad...ni pasal baginda sendiri.....

owh...yeke....tp tu la yg sy dgr...trime kasih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.599611 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list