Sudah lama SS tidak mendengar kisah artis lelaki ini. Suatu ketika dia memang popular kerana bukan saja berbakat tetapi memiliki susuk tubuh yang sasa.
Lama menyepi tiba-tiba SS terdengar cerita baru mengenai dirinya. Ingatkan dia buat ‘comeback’ rupanya ada cerita yang kurang enak.
Kata sumber SS kelmarin, ada peminat ternampak profil artis itu ligat mencari kenalan dan pasangan dalam satu laman sosial songsang yang disertai oleh ramai golongan gay dan lelaki lembut di rantau Asia.
Sumber itu berkata, artis berkenaan tidaklah memakai nama beliau yang sebenar namun wajahnya yang terpampang dalam laman sosial itu sudah cukup jelas untuk orang dan peminat hiburan mengenalinya. Maklumlah wajahnya tidak banyak berubah. Rasanya, kalau orang sengaja gunakan gambarnya untuk tujuan songsang, takkan dia cuba tidak bertindak sesuatu.
SS bukanlah hendak menuduh dia gay atau suka dengan insan sejenis namun sejak dulu lagi SS sudah mendengar khabar angin mengatakan dia ‘spesies’ itu. Dia dulu kerap berparti dengan rakan-rakan sealiran dan sampai sekarang masih belum berkahwin mahupun ada teman hati di kalangan wanita. Kalau ikutkan dia memang kacak dan nampak sempurna namun semuanya berbalik kepada naluri.
Apa yang SS boleh nasihatkan di sini, artis itu cubalah untuk berubah sebelum terlambat kerana semuanya terletak kepada kekuatan diri sendiri dalam melawan nafsu. Ubah juga cara penampilan diri dan lebih banyak bergaul dengan mereka yang normal.
SS: Pernah dengar seorang artis nasyid juga suka mengunjungi laman sosial seperti itu.
apa retis sasa buat comeback?
Last edited by takeshi_anwar on 7-6-2013 02:24 PM
|