CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2373|Reply: 0

Azlan cemerlang di Autopolis

[Copy link]
Post time 4-6-2013 12:16 PM | Show all posts |Read mode

Azlan shah kamaruzaman

PELUMBA SuperSports 600cc Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman mempamerkan aksi cemerlang pada penampilan sulungnya dalam kategori JSB1000 Kejuaraan MFJ All Japan di Litar Antarabangsa Autopolis, Jepun yang dilanda hujan lebat hujung minggu lalu.

Azlan yang beraksi di atas tiket wildcard membuktikan dia bukan calang-calang pelumba apabila berjaya menamatkan perlumbaan 16 pusingan di tempat kelapan dari 27 orang pelumba dengan masa keseluruhan dengan 32 minit 19.190 saat.

Sementara itu, pelumba Jepun Katsuyuki Nakasuga muncul juara dengan masa keseluruhan 31’52.744s diikuti Kosuke Akiyoshi dan Akira Yanagawa dengan catatan 31’56.301s dan 31’58.320s masing-masing.

“Secara jujur, saya tidak sangka dapat menghabiskan perlumbaan sulung JSB1000 di kalangan 10 pelumba terbaik. Saya rasa amat bersyukur dan gembira.

"Terima kasih kepada pasukan Honda Team Asia serta pihak penaja yang banyak memberikan sokongan,” jelas Azlan.

Dalam pada itu, aksi cemerlang Azlan di litar Autopolis minggu lalu turut membakar semangatnya untuk menghadapi pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Muar, Johor pada 8 dan 9 Jun ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.234552 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list