CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59934|Reply: 391

Airmata Terindah..

[Copy link]
Post time 4-6-2013 11:04 AM | Show all posts |Read mode
baru mencuba-cuba.. tajuk?? ermmm mungkin sesuai mungkin tak but harap kene dengan selera anda semua


AunaAulia memandu Ducati Monster 796 berwarna merah dengan berhati-hati maklumlahjalan untuk ke tapak pembinaan walaupun agak baik tapi disebabkan hujantengahari tadi dia perlu berhati-hati. Tugasnya sebagai seorang jurutera awamkadang kala menuntut dia untuk bertindak pantas.

Auna Aulia pernah menuntut di UiTM Shah Alamdan selepas tamat belajar dia mengikut abangnya Aazad Aakif yang bekerja di Dubaisebagai seorang arkitek disana. Auna Aulia baru menjangkau dua puluh tujuhtahun dan itu bukan pengukur kematangan seseorang.  Dia baru sahaja setahun pulang ke Malaysiadisebabkan permintaan keluarga lagipun abangnya juga ingin pulang ke tanah air.

Banyak mata memerhati saat diamemakirkan motor di tepi tapak pembinaan sebuah kondo di pinggir ibu kota. Dia tahuakan itu bukan sekali malah acap kali dengan imejnya bertudung rasanya agaktidak sesuai dia menunggang motorsikal berkuasa tinggi skuter okey kot.  Tapi kegemaran menunggang motor bukan hanyapada dia seorang tapi pada abangnya Azad Aakif dan Azad Aamir.  Dengan ketinggiannya mencecah 170 sentimeterbagi Auna Aulia itu bukan masalah baginya.  Dah baka tinggi nak buat macam mana senyum danredha saja lah.
Auna Aulia membuka helmet merahnyadan jeket Ducatinya. Beg galasnya diambil dan Auna Aulia memulakan langkahdengan bismillah. Harap-harap hari ini berjalan dengan lancar.

   “Assalamualaikum Cik Auna,” jeritBasrisan penolong tapak projek.

“Walaikumussalam bang, janganlahpanggil saya Cik macam orang tua jerk”. Sungut Auna. Dia memenang tak sukadigelar begitu.

“yer lah..yerlah nak usik sikit dahsentap. Kalau cepat sangat sentap pergi balik office. Tak rock sungguh jiwa,”usik Basiran lagi.

Auna hanya tersenyum lebar. “Bang,macam mana dengan projek ni. Auna nak kene buat inspection lepas ni. Dari satufloor ke satu floor. Sebab nak kene buat report sikit. Takut ada masalah nanti.”
Basiran mengangguk faham. Auna Auliaseorang yang teliti dalam tugasnya dan tegas orangnya. Dia yakin gadis muda inimampu melangkah lebih jauh.  

“Boleh Auna, sekarang ni  yang ada masalah dekat basement sahaja. NantilahAuna tengok. Ah.. sebelum abang lupa nak cakap ni, Encik Khaleel cakap tadi pundatang mungkin lambat sikit kot”

Auna Aulia sudah menarik muka,arrgghh bosan, aku datang dia sibuk nak datang. Cubalah bawak-bawak datang bilaaku tak datang. Aku dah bosan aku dah bosan. Khaleel Zachry bukan makhluk asingdalam hidupnya.  Merupakan kawan baikkepada abangnya Azad Aamir, bekas jiran sebelah rumah mereka dulu merangkapmusuhnya dan merangkap bekas pakwe sepupunya Nadhira.  Kacau-kacau dan tak berkembang sungguh kepalaotak. Pusing-pusing makhluk ni jugak yang dia jumpa. Boring tau tak.  

“Tak payah lah buat muka boring tuAuna, muncung tu simpan sikit untuk esok” tergur Basiran. Bukan dia tidak tahumereka berdua ni bukanlah boleh berdekatan ada sahaja masalah yang ingin didebatkan. Ya lah dua-dua ada kuasa. Kita tengok lah nanti siapa yang menang.
Setelah memeriksa dan mencatatkan apayang patut bayang manusia bernama Khaleel Zachry masih tak muncul. Auna Auliamenarik nafas lega.  Setalah berbincangserba sedikit dengan Basiran, Auna melangkah ke tempat motornya.Elok sahaja dia hendak menyarongkanhelmet Ducatinya cantik je bahasa orang yang menegurnya.

“Tak padan dengan perempuan, nakbawak motor bagai. Apa nak jadi entah” tegur suara itu.

Auna Aulia tak payah menyediakansenarai panjang dia sudah tahu suara itu milik malaun mana. Hatinya mula panas.Mendidih darah. Jadi pendekatan yang paling baik petang-petang Jumaat yangpenuh barakah ni adalah mediamkan diri.  Diamkan lebih baik dari berkata-kata. Enjin motor kesayangannya di hidupkan dansaja di press nya motor tu. Nak bagi makan asap sikit dekat makhluk yang cantikbahasa itu tadi. Agak-agak dia puas hati dia berlalu pergi. Choy… petangJumaatnya.

Wangsa Mas, Wangsa Maju

Sewaktu sampai di rumah keluarganyadi Wangsa Mas, Wangsa Maju, sudah mencecah pukul 6.30 petang.  Sewaktu melangkah masuk kedalam rumah,kelihatan mamanya Puan Mardiah sedang berehat bersama abahnya Encik Aizar.

“Assalamualaikum Abah, Mama,” sapaAuna Aulia, sambil duduk dihadapan orangnya. Melepaskan lelah.

Encik Aizar dan Puan Mardiah menjawabserentak. Mereka tersenyum melihat satu-satunya anak perempuan mereka yangkepenatan. Itulah disuruh kerja seperti perempuan normal Auna tak mahu. Katanyatak kene dengan jiwa. Perempuan normal maksudnya kerja di pejabat. Kalau sudahitu pilihan Auna mereka turutkan sahaja minat masing-masing. Encik Aizarseorang Jurutera dengan Syarikat Petrolium gergasi di Malaysia, begitu juga Aazad Aamir. Aazad Aakifpula seorang arkitek. Cuma Puan Mardiah seorang guru Bahasa Melayu danInggeris. Tidak seorang pun anaknya yang mengikut jejak langkahnya.  Hatta anak perempuan tunggalnya.

“Minggu ni ada kelas Yaya?” Tanya PuanMardiah. Auna Aulia baru sahaja melanjutkan pelajarannya secara pendidikanjarak jauh di peringkat Master di UiTM.

“Tak ada mama. Kelas Yaya kan sebulandua kali jerk. Tapi Yaya ada ada paper nak buat.”

“errm.. baguslah, abah ingat nakbalik kampong kejap esok, kamu nak ikut”

“Balik lah Yaya, uwan dengan atok dahmenayakan kamu, letih mama nak menjawab. Macam lah kamu sorang jer cucuperempuan mereka” sampuk Puan Mardiah.

“Boleh jugak abah, mama tapi ajak lahabang sekali” balas Auna Aulia.

Encik Aizar dan Puan Mardiah hanyamengangguk. Mereka faham apa yang dirasakan oleh Auna Aulia walaupun peristiwaitu sudah bertahun berlalu. Namun parut masih ada. Mereka hanya mampu berdoa yang Auna Aulia mampu melupakan peristiwa dulu. Merajuk sehingga mengikut abangnya ke Dubai. Tidak pulang-pulang. Paling tidak dikirimnya tiket buat mereka dan juga atuk serta uwannya. Hari raya Auna Aulia lebih rela disana sahaja.  

Selepas meminta diri untuk keatasAuna Aulia melangkah malas kebiliknya. Sampai dibilik badannya yang letih dihempas ke katil. Mujur hari ni dia masih lagi ABC jadi dia tak perlutergesa-gesa mengejar asar dan magrib.

Syiling bilik yang berwarna putih itudiperhatikan. Tanpa dia sedari airmatanya mengalir.  Kisah lalu masih segar di dalam fikirannya.  Auna Aulia hanya mampu membiarkan airmata itu terusmengalir kerana hanya itu yang mampu dia lakukan dan dia bangkit kerana lukasilam. Keluhan kedengaran untuk yang kali entah keberapa. dia sendiri tidak tahu.

Pagi-pagi pergi ke sawah
Hendak ditajak pokok mengkudu
Luka ditangan nampak berdarah
Luka dihati siapa yang tahu




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-6-2013 12:34 PM | Show all posts
Lima tahun Yang Lalu..

“ketahuilah wahai Nor Adura binti Mariam, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba ALLAH Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk mereka juga akan menyoal kamu, mereka berkata….”

Kedengaran bacaan talkin oleh Imam Ahmad. Para yang hadir mendengar dengan suasana yang amat sunyi. Masing-masing memaparkan perasaan sayu. Sesekali terdengar esakkan dari yang hadir.

Auna Aulia  berdiri dipohon manggis. Tangannya yang masih berbalut cuma kecederaannya tidak teruk. Kawan baiknya sahaja Nor Adura yang bernasib malang, mungkin sudah ajal datang menjemput. Airmatanya mengalir lagi. Andainya dia yang memandu mungkin perkara ini tidak terjadi. Kerana dia tidak sihat Nor Adura memandu bersama dengan dua orang lagi rakan mereka.

Masih segar dalam ingatan, mereka berempat ingin pulang ke kampung dia dan Adura di Negeri Sembilan. Maklumlah esok mereka mula cuti semester jadi kesempatan yang ada dia ingin pulang kekampung menziarah atuk dan uwan kebetulan Adura teman sekampungnya merangkap kawan baik.

Disebabkan Auna Aulia tidak sihat, Nor Adura menawarkan diri untuk memandu bukan tak biasa malah selalu. Namun sesuatu yang terjadi itu adalah ketentuan, kereta kelisa mereka dirempuh oleh Honda CRV yang hilang kawalan. Dia hanya mengalami patah tangan dan cedera di kepala, Kamalia dan Zubaidah di tahan wad namun malang Adura meninggal ditempat kejadian.
Setelah semua beransur pulang Auna Aulia masih berdiri di situ. Airmatanya mengalir deras. Nor Adura, sahabatnya kini telah tiada telah pergi. Sahabat sepermainannya dari zaman kecil hingga ke universiti. Mereka masih berkawan. Tiba-tiba dia rasa tidak kuat untuk berdiri. Mujur abangnya ada disisi.

Dia dipimpin oleh abangnya menapak kehadapan. Pusara kaku itu di pandangnya.  Dura, maafkan aku. Kalau aku yang bawak kereta mesti bukan kau yang pergi. Dura maafkan aku. Aku yang menyebabkan semua ini. Macam mana aku nak hadapi mak kau nanti Dura. Dengan siapa aku nak bercerita lagi Dura. Auna Aulia menangis lagi.

“Yaya, dah tu, jangan memangis lagi. Kesian dekat Dura dik. Seksa dia nanti” Pujuk Aazad Aakif. Dia lega kerana satu-satunya adik perempuannya selamat. Bukan dia gembira kerana Adura yang pergi namun dia tak dapat bayangkan bila mana satu-satunya jantung hati keluarganya itu tiada. Auna Aulia adalah permata hati keluarga kerana hanya dia saja adik perempuan yang dia dan Aazad Amir miliki. Tiada yang lain. Hanya Auna Aulia.

Mereka beriringan pulang kerumah atok dan uwan. Saat kereta mereka sampai diperkarangan rumah atok dan uwan kelihatan makcik mariam sedang mengamuk. Baru saja dia keluar dari kereta dia telah diserang oleh Mak uda Mariam. Mukanya ditampar.

“Celaka kau Yaya, ini semua sebab kau anak aku mati kau tahu tak. Sebab kau anak aku dah tak ada. Kau tahu tak?”

“Mak sabar mak, semua ni dah takdir,” pujuk Adam Bakri. Abang ketiga Adura. Ramai ahli keluarga cuba menenangkan Mak Uda Mariam.

“Maafkan Yaya mak uda” luah Auna Aulia. Airmata merembes keluar. Perit akibat ditampar tidak dipedulikan. Dia cuba merangkul kaki Mak Uda.

“Kau ingat, dengan kata maaf kau boleh hidupkan anak aku tu, pasal kau anak aku mati, perempuan sial, bala kau dah terpalit pada keluarga aku, dulu kakak kau mati sebab kau sekarang anak aku pulak mati”  jerit Mak Uda.

“Yam,” jerit Haji Marzlan kepada anak saudaranya itu.

Mak Uda Mariam tersentak bila mendengar bapa saudaranya menjerit dan suasana bertambah kecoh bila Auna Aulia rebah ke tanah.


-----------------------------------------------------------------------------
kalau tak best sorry..




Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 12:59 PM | Show all posts
menarik... teruskan TT..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 01:29 PM | Show all posts
Sambunglah lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2013 02:30 PM | Show all posts
tq sebab sudi baca..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2013 02:31 PM | Show all posts
“Yaya,” panggil Puan Mardiah. Rambut anak gadisnya diusap kasih. Hatinya pilu bila mengenangkan apa yang terjadi. Hati seorang ibu. Bila melihat anak yang dikandung di cerca dan di caci.

Auna Aulia merasakan di atas kepalanya ada seketul batu yang dia merasakan sakit yang amat sangat. Dia cuba membuka mata dan mengimbas kembali apa yang terjadi. “Mama..” panggil Auna Aulia.

Puan Mardiah segera menjawab apabila terdengar suara Auna Aulia. “Alhamdulillah anak mama dah sedar. Are you ok baby?”  dia bertanya inginkan kepastian.

Bersama Puan Mardiah suami dan anak-anak lelakinya ada bersama. Kelihatan diwajah masing-masing kerisauan.

“Yaya okey mama”

      “Yaya nak makan? Nanti uwan masakan untuk Yaya” sapa Hajah Ummi Aminah. Dari tadi dia hanya berdiam diri. Sebenarnya dia terkejut dengan apa yang terjadi pada cucunya.

        “Yaya, tak nak wan. Mama..” Auna Aulia mengetapkan bibir. Dia serba salah namun dia harus tahu duduk sebenarnya. Benarkah dia penyebab kematian kakaknya. Kata mama kakaknya meninggal semasa mama mengandungkan dia. Kakaknya meninggal kerana demam panas.

        “yaa sayang.. Yaya nak tanya apa.?” Tanya Puan Mardiah lembut.

“Mama, betul ke apa yang Mak Uda cakap sebab Yaya kakak meninggal. Betul ke Yaya anak yang sial mama?” tanya Auna Aulia sebak.  Dia bukan berkecil hanya inginkan kepastian.

“Yaya!!” Puan Mardiah menjerit.

     Semua yang ada tersentak dengan jeritan itu.  Auna Aulia ditenung. Kematian Auna Alia bukan salah sesiapa.  Takdir ALLAH, siapa dia sebagai seorang hamba ingin menidakkan kuasanya. Tidak ada istilah anak sial atau apa sahaja. Setiap anak yang dilahirkan itu adalah anugerah ALLAH. Tanda rahmat dan kasihNYA.

Puan Mardiah menarik nafas panjang. Dia perlu tegas atas perkara ini. Dia tidak mahu kerana perkara remeh ini hubungan dengan anak gadisnya pincang. Tidak akan dibenarkan perkara itu terjadi.

“Yaya listen to mama now, it’s not your fault okey. ALLAH dah tentukan kakak pergi dahalu tak ada penyebab atau apa sahaja. Orang yang tak beriman sahaja yang sanggup berkata sedemikian.” Puan Mardiah sudah mengalirkan air mata.
Auna Aulia memandang ibunya dengan perasaan sedih kerana telah membuatkan mamanya menangis. Maafkan Yaya mama.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2013 03:23 PM | Show all posts
best sangat...sila sambung lagi yee.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2013 04:44 PM | Show all posts
last utk hari nie.. tq pada sapa-sapa yang sudi baca.. harap kene dengan citarasa yer.. almaklumlah baru nak belajar..

________________________________*****************_______________________


Pintu biliknya diketuk menyebab Auna Aulia tersedar dari lamunan. Peristiwa dahulu masih segar diingatan. Dia cepat-cepat mengesat airmatanya. Kedengaran suara mamanya memanggil.

“Masuklah mama. Pintu tak kunci” jawab Auna Aulia sambil

Puan Mardiah melangkah masuk kedalam bilik anak gadisnya. Kelihatan tersusun kemas. Dia akui anak gadisnya ini, pembersih orangnya.  

“ada apa mama” tanya Auna Aulia. Sambil membetulkan rambutnya kusut.

Puan Mardiah memandang anak gadisnya. Ada kesan sembab dimata. Menangiskah permata hatinya itu. “tak ada tadi abang Aakif call dia ajak balik kampung malam ni. Lepas magrib bertolak. Dia cakap makan dekat RnR saja. Abang Aamir pun nak ikut sekali katanya kawannya pun nak ikut sama,”terang Puan Mardiah.

Auna Aulia tak suka kalau abangnya balik sekali tapi yang dia tak suka bila dengar abangnya Aamir nak bawak balik kawan ikut. Bosannya. Auna Aulia dah buat muka cipan comel.

“alaaaa… mama abang ni, asyik bawak balik kawan dia kat kampung macamlah rumah atok tu ada fun fair”

“Biarlah sayang, lagipun Yaya kenal kawan abang tu. Yaya siaplah dah nak masuk magrib kejap lagi abang balik kita boleh gerak terus. Mama dah call uwan tadi dia cakap dia masak macam hari ni.”

Auna Aulia dah buat muka excited. Uwan masak sure sedapkan. Mengenangkan kawan abangnya dia mula bosan.

Selepas Magrib mereka bertolak pulang ke kampung. Mereka bertolak dengan MPV kepunyaan abah, hanya abang Aakif , dia, abah dan mama sahaja. Abang Aamir naik kereta Subaru mamat sengal tu.

Arghhh stress tahap cipan aku dengan mamat ni. Rasa nak hempuk-hempuk dengan handbegnya. Menyampah. Cuba bagi aku bertenang dengan aman dan lah Isnin ni nak kene jumpa lagi. Arrghh susah-susah suruh jer mamat ni pakai topeng iron men. Okey jugak.

Kampung

Setelah sejam setengah menempuh perjalanan akhirnya mereka sampai. Kelihatan di laman lampu telah benderang. Terbeliak mata Auna Aulia melihat. Tanpa sedari dia tersengeh dari tadi. Malam ni atoknya mengajar budak silat. Waaaa.. terbaik.

“haa, Yaya sengih sampai telinga tu jangan ingat mama tak tahu apa yang ada kat kepala tu yer” sergah Puan Mardiah. Bukan dia tak tahu anak gadisnya juga tahu pancake silat melayu itu. Cuma dia tak berapa gemar. Suami dan anak-anak terunanya juga mahir bersilat. Yang itu lain lah lelaki. Yang ni perempuan. Macam tak ada benda lain.

“alaaa mama.. dah lama lah yaya tak practice rasa dah sumbang segala langkah..”

“menjawab..menjawab” pintas Puan Mardiah sambil menjeling suaminya.

“Mama.. boleh lah.. mama kan selalu kata practice make perfect..so we need practice mama.. practice.” Jawab Auna Aulia.

Abahnya dari tadi hanya mendengar menyampuk “give her a chance darling.. once in the while. It’s okey Aamir and Aakif can take care her.” Jawab Encik Aizar.

“You honey pampers her too much” Balas Puan Mardiah berlalu kedalam.

Auna Aulia hanya tersengeh pada abahnya. Sayang abah. Selepas mengemas apa yang patut Auna Aulia cepat-cepat ke tanah lapang tempat atuknya mengajar. Kelihatan beberapa orang anak murid atuknya disitu. Abangnya yang dua orang serta mamat sengal pun ada sama. Sibuk sungguh bosan.

Auna Aulia duduk di sebelah atuknya. Sambil tersenyum.

“nak berlatih ke Yaya..”usik Haji Mazlan cucu kesayangannya.

“tak atuk nak ketuk-ketuk kaki orang jerk” jawab Auna Aulia selamba.

Haji Mazlan hanya menggelengkan kepala mendengar jawapan cucunya itu. “kalau nak keje kan keting orang pilih yang tegap-tegap sikit” jawab Haji Mazlan selamba.

Auna Aulia tersengih. Dalam hati menjawab dah ada dah keting pilihan yang akan jadi mangsa malam ni atuk. Tahan dengan idak jerk.  

“kalau dah perempuan tu buatlah cara perempuan, gatal nak bersilat buat apa. Macam tak ada benda lain nak belajar” tegur satu suara.

Auna Aulia merasakan tiba-tiba tekanan darahnya naik mencanak-canak. Memang dasar mulut kumbahan macam tu lah.  Tak ada penapis. Ceh..

“Bukan tak ada benda lain nak buat tapi saja jer nak menambahkan to do list tu” jawab Auna Aulia selamba. Panas hati beb.

“kalau dah lembik tetap lembik. Perempuan tetap  perempuan tak dapat pun nak tukar fitrah”

Ehhh..ehhh.. tak sukanya dengan mulut loji ni. “ada masalah ker.. ker tak cukup hormone”

“Batang lidi pukul lalat, ada hati nak bersilat.ceh..” kata suara itu lagi.

Ewah..ewah.. ewah berpantun pulak dia..”Pagi-pagi makan taufu, belum cuba belum tahu” jawab Auna Aulia. Panas hati wei.. panas hati. memang mulut kumbahan sungguh..

“Anak kuda, anak kura-kura, awak bukan lawan saya”

Aula Auna menjeling keempunya suara. Panas satu badan rasanya. Eh nak tengok ini cucu tok Haji Mazlan. Jangan pandang tak ada mata tau.

“Anak ikan anak kingkong, orang tak gerun pun” suara itu lagi.

Waaaa.. ini sudah lebih. Saja bagi cucuk angin ni. Kecik besar jerk aku nengok ko ni tau tak. Apasalah manusia macam ni wujud dimuka bumi ni.

Baru dia nak mejawab terdengar suara Aazad Aakif member arahan berkumpul.. fuhh nasib baik makhluk ALLAH ni.
Last edited by mrsT on 4-6-2013 04:49 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2013 10:06 AM | Show all posts
Aazad Aakif dan Aazad Aamir berpasangan menunjukkan buah silat. Mereka berpasangan. Auna Aulia berpasangan dengan Fatihah anak ketua kampung. Mamat sengal tu berpasangan dengan Abang Muiz kawan kepada Abang Johari sepupunya. Abang Muiz dulu anak DO Daerah sini. Kerja kapal dah lah hensem. Macho semuanya ada cukup pakej. Mari jual..mari jual satu singgit..satu singgit. Singgit?? Ish tak patut Auna Aulia ni.

“Yaya mari berlatih dengan Abang Aakif” ajak Aakif.

“Okey jerk. Mari kita lihat.”

Semua orang berhenti berlatih. Mereka melihat Auna Aulia dan abangnya berlatih.  Auna Aulia memasang kuda-kuda. Menanti serangan dari abangnya. Dia harus peka dan berpada. Kerana abangnya selalu mengenakannya.  Dipangkin Puan Mardiah, Encik Aizar dan Uwan ada melihat.

“Jaga Yaya, abang nak mula nie” usik Aazad Aakif

“Marilah menjual, Yaya sedia jerk nak beli” belum habis ayat Aazad Aakif telah mulakan serangan. Kan dia dah kata tadi abangnya pasti ada agenda. Mari kita lihat.

“Yaya, jaga langkah, “ kata Haji Mazlan.

Auna Aulia hanya mendengar sambil cuba memasakkan langkahnya. Dulu dia belajar silat dia hanya terpengaruh cerita Tun Teja. Sri Kandi Melayu. Setelah beberapa ketika dia berjaya menumbangkan Aazad Aakif.

Tiba-tiba terlintas difikirannya. Andai Adura ada mesti mereka berpasangan. Seronok mengenakan sesama sendiri. Adura. Tanpa Auna Aulia sangka dia terleka kini diterbaring ketanah akibat kelekaannya.

“Hahahahaa abang dapat jatuhkan adik, so malam ni jangan lupa ya” usik Aazad Aakif.

“alaaa.. Yaya saja nak bagi abang chance menang. Kalau tidak sorry” balas Auna Aulia tidak puas hati. Mamat yang dari tadi memang sengal tu tersengih. Ehh dia nie ada yang makan kasut saiz 8 ni karang. Huh.. panas hati.  

“kalau dah lembik tu tetap lembik” sindir suara tu.

Mata mereka bertentangan. Seperti bercakap dalam diam. Mamat sengal ni kenapa.

“Yaya, apa kabar?” tegur satu suara.

Dia memalingkan muka memandang empunya badan. Tersenyum “baik abang Muiz. Bila balik berlayar”

Muiz tersenyum memandang Auna Aulia. Masih cantik seperti dulu. Dengan lesung pipi di kanan dan tahu lalat hujung bibir bawah. Manis. Bertambah manis bila bertudung.  

“baru empat hari abang balik. Cuti 2 bulan.”

“errmm.. seronoklah abang.  Mak dengan ayah abang sihat?” tanya Auna Aulia. Siapa tak kenal bekas DO dikampung ni.

“weii budak kecik, makin cantik ko yer. Melampau lagi tinggi ko“ tegur Johari kepada sepupunya.

Auna Aulia ketawa mendengar “Mama dengan abah bagi makan proten cukup, calcium cukup, semua serba serbi cukup tu yang mencanak-canak tinggi”

“amboi engkau Yaya dari dulu menjawab aja apa abang cakap, nasiblah kau adik sepupu kesayangan aku.. kalau tidak..” Johari menggeleng kepala.

“abang Muiz berapa lama kat kampung ni?” tanya Auna Aulia lagi.

“sampai lusa lepas tu abang nak pergi KL nak uruskan motor abang punya roadtax.”

“hah sebut pasal motor ni abang dengar ko dah pakai Ducati. Betul ker Yaya?” tanya Johari ingin tahu. Dia tahu Auna Aulia dan keluarganya memang minat motor berkuasa besar.

Muiz memandang Auna Aulia ingin kepastian. Dia seperti tidak percaya. Gadis seperti Auna Aulia minat kepada motor berkuasa besar. Apa yang Auna Aulia kurang, kecantikan, bagi dia Auna Aulia tahu mengaji, masak, belajar tinggi, kerjaya bagus pakej lengkap. Cuma dimata itu hilang sinarnya. Tidak seperti dulu. Kurang sinarnya. Yang paling penting adakah hati gadis ini sudah ada yang miliki. Itu yang paling utama. Rasanya dia dah sampai tahap wajib ingin sunting gadis dihadapan matanya ini. Menjadi suri.

“alaaa motor kapcai jerk.. Yaya beli masa duduk Dubai dulu. Lepas tu bawak balik sini. Sayang nak jual. Boleh lah. “

“waaa hebat ko ek Yaya..” usik Johari.

“nanti boleh lah kita konvoi ya Yaya “ usul Muiz. Yang pasti dia ingin peluang berdamping dengan Auna Aulia. Perasaan yang wujud lama dahulu kini berputik kembali dia takkan mensia-siakan peluang yang ada.




Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 10:46 AM | Show all posts
Salam MrsT,

Menarik. Mungkin boleh di perbaiki. Contoh:

Banyak mata memerhati saat diamemakirkan motor di tepi tapak pembinaan sebuah kondo di pinggir ibu kota. Dia tahuakan itu bukan sekali malah acap kali dengan imejnya bertudung rasanya agaktidak sesuai dia menunggang motorsikal berkuasa tinggi skuter okey kot.  

----------------------------------------
Kalau iols, iols tulis gini...

Banyak mata memerhati saat dia memakirkan motor di tepi tapak pembinaan kondo di pinggir ibu kota. Dia sedar akan itu. Bukan sekali, malah sudah acap kali pandangan sebegitu di lemparkan kepadanya. Dengan imej yang bertudung, agak tidak sesuai untuk gadis sepertinya menunggang motor berkuasa tinggi. Mungkin lebih elok kalau berskuter.

Sorry...sekadar pandangan. Iols pun budak baru belajar juga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2013 10:56 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 5-6-2013 10:46 AM
Salam MrsT,

Menarik. Mungkin boleh di perbaiki. Contoh:

TQ Nicki.. sebab tugur.. sebab memang rasa ade kurang pun almaklum lahh baru-baru belajar kan.. tq so much darling.. pls.. correct me if im wrong.. kita boleh blajar sama2.. hikkhikk

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2013 11:04 AM | Show all posts
Pagi Nan Bening..

Auna Aulia menjiruskan air mawar di pusara sahabatnya Adura. Manik-manik mutiara putih bergelingan di tubir mata. Dura, maafkan aku atas apa yang terjadi. Walaupun bertahun aku masih begini Dura. Aku rindukan kau. Semuanya tak sama seperti dulu. Dah berubah. Dia, aku dan segalanya. Maafkan aku kerana tak pernah melawat kau. Kau pernah aku, hanya kau yang mengerti hati aku. Benar Dura. Aku rindu kau. Aku selalu doakan kau semoga kau bahagia disana. Aku berjaya tunaikan impian kita. Auna Aulia tersenyum. Betapa kenangan mereka berdua mencuit hatinya. Aku pergi dulu Dura, ada masa nanti aku datang lagi. Aku rindukan kau sahabat.

Auna Aulia bangkit dari duduknya. Membersihkan sedikit kesan kotoran dibaju, dia mengorak langkah. Setelah beberapa tapak dia berpaling sekali lagi melihat pusara Adura yang kaku itu.  Dia menuju ke kereta yang di pakir berdekatan dengan surau.
Sewaktu dia hendak masuk kedalam kereta ada suara yang memanggil namanya. Dia berpaling untuk melihat. Cuma yang dia pasti dia amat mengenali pemilik suara itu walaupun telah bertahun.

Adam Bakri memanggil Auna Aulia. Kisah lama terungkap kembali. setelah bertahun, akhirnya hari ini dia berjumpa lagi dengan gadis itu.

“Yaya..” sapan Adam Bakri

Auna Aulia mengetap bibir, mamatikan diri. dia tidak pasti apakah harus dia menjawab panggilan itu ataupun terus berlalu. Dia cepat-cepat mengenakan cermin mata gelapnya. Dia tidak mahu orang itu melihat matanya yang merah kerana menangis.
Dia menarik nafas dalam, cuba dikumpulkan segala kekuatan yang ada. Agar dia mampu bertahan. “Abang Adam..”, jawab Auna Aulia sedikit bergetar.

“Betul lah Yaya..ni kan??” tanya Adam Bakri inginkan kepastian.

Auna Aulia hanya menganggukkan kepala, menahan seribu rasa. Lelaki yang pada satu ketika dahulu amat dia dambarkan. Hanya arwah Adura sahaja yang tahu rahsia mereka. Walaupun ketika itu Adam Bakri masih bersekolah sehingga melanjutkan pelajaran ke Ireland dalam bidang kedoktoran. Hanya mereka yang mengerti getaran yang mereka rasakan dan bersama menyimpan impian.  Semoga apa yang diangankan bisa menjadi kenyataan. Namun semuanya itu hanya tinggal impian yang tak kesampaian. Sungguh-sungguh dia kecewa, sehingga ke Dubai dia membawa diri mengubat luka yang tak pasti bila sembuhnya. Kematian Adura, kehilangan lelaki dihadapannya kini dan keadaan yang memaksa membuatkan dia benar-benar terluka.

“Apa khabar Yaya sekarang?” tanya Adam Bakri tidak sabar. Sebolehnya ingin dia peluk tubuh tinggi lampai itu. Ingin dikhabarkan pada gadis itu betapa dia merindu, betapa dia merana. Amat payah melepaskan gadis itu, namun perancangan ALLAH lebih dari segalanya. Dia harus aku. Gadis itu dimata kelihatan makin menawan. Bisa menggetarkan nalurinya. Satu ketika dahulu gadis ini adalah jantung hatinya dan sehingga kini gadis itu masih lagi jantung hatinya tiada yang berubah walaupun fizikalnya sahaja yang berubah.

“Saya sihat. Abang Adam?”

Adam Bakri tersentak, seperti tiada kemesraan seperti dahulu. Namun dia cuba berlagak seperti biasa. “Abang sihat. Macam yang Yaya tengok.” Dia cuba mengukir senyuman.

“Tak apalah abang, Yaya minta diri dulu. Hari dah tinggi, nanti family risau pulak. ” Auna Aulia meminta diri. Dia tidak betah untuk berlama lagi disitu. Dia takut andai tombok empangannya pecah disitu. Biarlah dia menangis tanpa siapa melihat.
Adam Bakri terpena begitu singkat pertemuan ini. Dia tidak mahu melepaskan peluang. Tangan nya menahan dari Auna Aulia menutup pintu kereta “Kita jumpa nanti” ucapnya.

Auna Aulia hanya mematukan diri, melepaskan keluhan. “datanglah kerumah atok dan uwan kami sekeluarga ada disana. Assalamualaikum.”

Tanpa berlengah lagi dia memboloskan diri kedalam kereta dan menguncinya dalam dalam. Menghidupkan enjin kereta dan meluncur pergi. Meninggalkan Adam Bakri termengu sendiri. Dia harus pergi dari situ. Adam Bakri hanya mampu memandang tanpa sempat menahan.   Dia harus menenangkan dirinya. Pertemuan yang tidak diduga. Jari runcingnya menekan butang radio. Cuba memenangkan diri mulupaka pertemuan tadi. Kedengaran lagu Patah Hati dari Hafiz. Lagu kegemarannya.  

Apa aku telah lakukan
Kesalahan yang mendalam
Sampai hati kau lakukan itu

Kali ini ku tak bisa
Menerima kenyataan
Kau tak lagi setia padaku

Aku patah hati
Sungguh-sungguh aku patah hati
Kernamu

Kali ini ku tak bisa
Menerima kenyataan
Kau tak lagi setia padaku oh

Aku patah hati
Sungguh-sungguh aku patah hati
Kerna mu

Aku akan pergi kerna kamu
Terlanjur menyakiti hati ku

Aku patah hati
Sungguh-sungguh aku patah hati
Kerna mu

Aku akan pergi kerna kamu
Terlanjur menyakiti hati ku
Hati ku patah hati
Hati ku patah hati

Tanpa dia sedari airmatanya mengalir deras. Hatinya perit pedih kerana terluka. Andai luka ini mampu sembuh dia tidak begini. Luka yang tak pasti bila sembuhnya. Luka bersama kehilangan disaat dia memerlukan kekuatan. Sungguh-sungguh dia memangis. Tanpa dia sedari ada kereta hitam mengekorinya.



Last edited by mrsT on 6-6-2013 11:09 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2013 11:05 AM | Show all posts
TQ admin..

tq sebab sudi bace...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 11:13 AM | Show all posts
Sambunglah lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2013 11:24 AM | Show all posts
cegitu posted on 6-6-2013 11:13 AM
Sambunglah lagi....

tq larling sebab sudi bace..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2013 09:53 AM | Show all posts
Auna Aulia memberhentikan kereta di bahu jalan. Dihemburkan segala tangisan. Melepaskan segala kesakitan. Perit, itulah yang dia rasakan. Kenapa kau mesti muncul kembali Adam. Terdengar tangisan yang memilukan diruang kereta yang luar ini.  Auna Aulia teringat peristiwa bertahun dahulu. Saat dia dan Adam Bakri menyulam kasih dalam dia.

Sewaktu itu Adura masih ada. Aduralah banyak memainkan peranan. Kalau nak diikutkan perasaan itu dizaman remaja. Masa itu dia baru berusia enam belas tahun Adam Bakri masa itu dua puluh satu tahun. Adam Bakri ketika itu sedang belajar di Irland pulang bercuti.  Disitulah kasih mereka terjalin. Dia ingatkan cinta monyet rupanya tidak.  Indah perasaan itu. Menjeling, usik mengusik pandangan mata yang menjadi ia lebih menarik. Seakan bahasa badan dan mata paham segalanya. Sehingga pada suatu hari selepas enam bulan Adura pergi.

Tiba-tiba cermin keretanya diketuk dari luar.  Dia terperanjat dan terkejut. Rasa nak jatuh jantung dan limpa pun ada jugak. Lebih-lebih lagi melihat makhluk yang mengetuk cermin keretanya.

“bukak pintu.” Arah suara itu.

Auna Aulia menggelengkan kepala. Tanda tak mahu. Ah sudah kacau. Mana dia nak sorokkan muka. Mata merah, muka sembab. Malu tak sudah dengan makhluk ni.

“Bukak” arah suara itu keras.

Auna Aulia perlahan menekan punat unlock. “Nak apa?” tanya Auna Aulia sedikit serak.

“Apersal kau ni?”

“Buat apa nak tahu” bentaknya. Kalau dia cakap pun bukan mamat ni mengerti entah-entah tak paham langsung.
“Cengeng” ucap suara itu lagi.

Dia melepaskan keluhan. Kenapalah semuanya mesti jadi hari ni. Nak kata aku tak solat subuh pagi tadi aku solat. Nak kata aku tak wirid aku wirid macam biasa. Agaknya aku langkah kaki kiri tadi kot. Otaknya cuba berfikir mencari fakta-fakta logik.

“Kau kan jiwa kental konon lah kan.. buat apa nak nangis”

“None of your business. Ni  buat apa ikut orang? Dah tak ader kerja dah?” marah Auna Aulia.

“hello tak kuasa aku nak mengikut bontot kau yang belum tentu cantik tu”  

“Abis tu dah tahu bontot orang tak cantik aper sal nak mengekor orang pergi.. Agaknya memang bontot orang cantik kot sebab tu mengekor jerk kejenya...ishh”

Lelaki itu mengjengkilkan mata pada Auna Aulia. “sudah lah dah lewat ni aku rasa better u make a move now before parent kau cari kau” arah suara garau itu lagi.

“Tahu lah.” Balas Auna Aulia menghidupkan enjin kereta. Bosan.. bosan. Boleh pulak dia terkantoi dengan mamat ni. Kenapa lah punya luas bumi Allah ni mesti dia jumpa mamat ni kemana dia pergi. Tak ada tempat lain ke. Dia melepas keluhan lagi. Dia memandu pulang ke rumah atok dan uwan. Kereta hitam mamat sengal itu masih mengikut dari belakang.



_______________________________________________________________

tq pada yang sudi membaca..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-6-2013 01:22 AM | Show all posts
Nak sambung..tapi hati tgh sedih..karang takut cerita pun turut jadi sedih...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2013 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Terubat rindu hujung minggu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2013 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy suka...carry on menulis...tajuk citer bunga2 sgt.xper, setel kan isinya dulu.tajuk tu kawtim kemudian..:-)
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2013 10:48 PM | Show all posts
best cte nie...mrsT, nnt free2 smbg lar cte nie eh....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.078880 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list