|
SEORANG pelumba Jepun dari pasukan Tyco Suzuki maut ketika sesi kelayakan masa pada perlumbaan Tourist Trophy (TT) di Isle of Man, kelmarin.
Yoshinari Matsushita, 43, dari Saitama mula menyertai perlumbaan TT sejak 2009 dalam kategori Superbike dan Superstock.
Pada 2011, beliau pernah menduduki kedudukan kelima terbaik pada kejohanan sama.
Susulan tragedi itu, satu jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian pelumba itu.
Yoshinari Matsushita
|
|