CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2583|Reply: 0

Zamri harap tuah di Indonesia

[Copy link]
Post time 17-5-2013 10:11 AM | Show all posts |Read mode
MOHD Zamri Baba berharap masalah teknikal tidak akan menghalang misinya untuk muncul cemerlang dalam perlumbaan SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia Petronas di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia hujung minggu ini.

Pelumba Petronas Hong Leong Yamaha itu memulakan cabaran dengan baik pada pusingan pembuka musim di Litar Antarabangsa Sepang bulan lepas untuk menaiki podium di tempat ketiga dalam Perlumbaan 1 dan berhasrat mengulangi kejayaan itu pada Perlumbaan 2.

Bagaimanapun, malang menimpa Zamri apabila terpaksa menarik diri pada lap ke-17 ekoran masalah teknikal pada jenteranya.

Kini Zamri berada di kedudukan kelapan keseluruhan kategori SuperSports 600cc dengan 16 mata, ketinggalan 29 mata dari pendahulu, Azlan Shah Kamaruzaman dan Katsuaki Fujiwara (BEET Kawasaki Racing) yang terikat 45 mata.

“Situasi ini sedikit pahit bagi saya. Jentera saya bermasalah walaupun tinggal hanya lapan pusingan saja lagi. Jika ini tidak berlaku, saya mungkin berada di kedudukan lebih baik di carta keseluruhan.

“Namun ia bukan salah sesiapa. Ketika post-mortem, pakar teknikal menjumpai sebiji batu tembusi radiator, menyebabkan kebocoran dan mencapai suhu amat tinggi. Ini benar-benar di luar bidang kuasa kami dan ia boleh berlaku kepada sesiapa saja.

“Jadi saya berharap tuah akan menyebelahi saya minggu ini. Kami tidak boleh mengalami masalah teknikal seperti ini kerana saya sudah pun ketinggalan 29 mata sekali gus menjadikan tugas merapatkan kembali jurang mata agak sukar

Ketinggalan 29 mata menjadikan tugas Zamri (gambar kecil) untuk merapatkan kembali jurang mata agak sukar.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.365846 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list