CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2480|Reply: 1

Dasar Keselamatan ICT Kerajaan

[Copy link]
Post time 7-5-2013 01:51 PM | Show all posts |Read mode
China dituduh godam sistem komputer Amerika Syarikat24/03/2013 12:21pm

BEIJING - Kumpulan penyelidik di salah sebuah universiti terulung di China dituduh berkolaborasi dengan tentera negara itu dalam melakukan serangan siber terhadap Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan dalam talian yang mendedahkan perkara tersebut, sebuah institusi elit iaitu Universiti Shanghai Jiaotong dilaporkan telah menjalankan penyelidikan keselamatan jaringan komputer dengan unit Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China.

Pada bulan lalu, sebuah syarikat keselamatan AS mendedahkan bahawa unit tentera tyersebut yang berpangkalan di Shanghai, menjadi dalang di sebalik siri serangan siber ke atas firma-firma AS. Kejadian tersebut telah mencetuskan 'perang mulut' antara kedua-dua kuasa besar dunia berkenaan.

Minggu lalu, Presiden Barack Obama mengetengahkan soal isu keselamatan siber kepada Presiden China, Xi Jinping. Walau bagaimanapun, China menafikan perkara tersebut. Jinping sebaliknya mendakwa bahawa tentera negaranya yang selama ini menjadi mangsa serangan penggodam AS. - AFP


Apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan godam ? ceroboh laman web dan mengakses fail peribadi sulit ?
di malaysia, bagaimana dasar keselamatan ICT di laksanakan ??


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2013 05:02 PM | Show all posts
kat filem bukan main lagi canggih si AS tu.
China baru test sikit je tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.055658 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list