KUBANG PASU 1 Mei - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dicabar untuk menjelaskan kepada rakyat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad ini, sama ada dakwaan yang mengaitkan beliau sebagai pengikut fahaman Syiah adalah benar ataupun tidak.
Cabaran itu dilontarkan oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir yang mahu penjelasan segera daripada Mat Sabu berhubung dakwaan beberapa guru sekolah pondok di Kedah yang mengaitkan pemimpin kedua tertinggi Pas itu dengan fahaman Syiah.
Mukhriz berkata, penjelasan Mat Sabu itu penting kerana melalui perjumpaan pihaknya dengan beberapa guru sekolah pondok di sekitar negeri ini, mereka melahirkan rasa bimbang mengenai penularan fahaman Syiah di Kedah.
"Tok guru sekolah pondok yang saya jumpa sebut bahawa yang jadi pendokong kuat Syiah ialah Mat Sabu. Saya tidak menuduh tetapi saya cabar Mat Sabu jawab dakwaan ini sebelum berlangsungnya PRU-13, adakah benar dia ikut fahaman Syiah dan kalau benar kenapa tak isytihar sebelum ini," katanya selepas menghadiri majlis kenduri rakyat di Teluk Tui di sini hari ini.
Semalam, tokoh ulama terkenal, Abdullah Saamah melahirkan kebimbangan dengan penularan fahaman Syiah dalam kalangan umat Islam di negara ini sejak kebelakangan ini termasuk melibatkan beberapa pemimpin Pas.
Abdullah yang juga pengasas Pondok Geting Tumpat, Kelantan berkata, fahaman itu jika tidak dibendung mampu merosakkan akidah umat Islam terutama mereka yang taksub dengan sesebuah parti.
Menurut Mukhriz, sebagai sebuah negara yang berpegang teguh kepada ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah sudah tentu rakyat tidak mahu pemimpin yang berpegang kepada fahaman Syiah.
"Kita tak mahu pemimpin Syiah ini, silap-silap nanti dia terpilih menjadi ahli Parlimen dan sampai ke dalam Parlimen nanti dia akan bawa fahaman ini.
"Saya pernah lihat gambar pemimpin Pas tertentu dengan latar belakang Imam 12 Syiah, yang ini pun dan buktikan orang itu jauh terpesong dari segi akidah," katanya.
Sudah sekian lama kami Ahli Sunnah di Tanah Melayu ini tertanya-tanya, siapakah anda yang sebenarnya? Wahai Mat Sabu? Adakah anda seorang kawan, atau seorang lawan? Adakah anda seorang Sunni atau Syiah? Sekarang kami hanya ingin mendengarnya dari mulut anda sendiri, sila sahut cabaran Datuk Mukhriz... andainya anda seorang lelaki, dan tolong jangan mempolitikkan cabaran ini.
Tiada sebarang motif politik dalam persengketaan Sunni-Syiah!
Dari perbualan talipon Al fadil Hj Mat Sabu dengan bini sohabatnya ini tiada pon bukti yang dia seorang Syiah. Tapi perbualan ini dah lama dah. Tak tahu lah plak kalau dia baru masuk Syiah....
kalau tanya awai2 sebelum bertanding atk apa la, ni dok meroyan time2 terkahir nak mengundi
penting ka dia Syiah ka dia Abuya ka
HADOI la
jangan harap la BN nak menang di Kedah
aku harapkan BN Kedah fight habis2an sebab ada jer isu di Kedah ni
tapi haram depa tak pandai manipulasikan isu2 tu
ada bukti ke mat sabu mengamalkan ajaran syiah? syiah bukan setakat bergambar dengan latar belakang imam 12. sebab dia suggest buat unit amal nisaa ikut iran? sapa pernah tengok mat sabu semayang beralaskan batu suci, hadir ke markas syiah utk amalan berjemaah? adakah mat sabu mengakui dan beriktikad dgn wilaya tul faqih dan iktikad syiah yg lain?
tok2 guru yg concern yg mengadu kat mukhriz tu memang pernah mengikuti kehidupan syiah atau sekadar bacaan atau cakap2 org semata2?
kadang-kadang nak tergelak bila ada orang ngaku dia sunnah.. padahal kebanyakkan orang Islam kat mesia ni bukan sunnah tapi qadariah dan jabbariah...itu belum lagik dengan murjiah..