CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3278|Reply: 14

Pelajar 17 tahun jadi jutawan

[Copy link]
Post time 27-3-2013 09:33 AM | Show all posts |Read mode

LONDON – Seorang pelajar sekolah di sini, Nick D’Aloisio yang berusia 17 tahun menjual satu aplikasi bagi membolehkan teks berita dapat dibaca menerusi telefon bimbit kepada syarikat Yahoo! dalam urus niaga yang dianggarkan sebuah akhbar bernilai sehingga AS$60 juta (RM184.1 juta).


Aplikasi itu akan membolehkan D’Aloisio menjadi salah seorang jutawan termuda di dunia.


Ia dicipta pada November 2012.


Syarikat Yahoo! tidak mendedahkan perjanjian urus niaga itu tetapi akhbar London Evening Standard menyatakan Yahoo! akan membayar antara AS$30 juta (RM92.05) hingga AS$60 juta (RM184.1 juta).


Menurut syarikat itu menerusi satu kenyataan bahawa ia teruja untuk memiliki Summly yang memudahkan maklumat diperoleh dengan pantas, mudah dan ringkas.


Ketika berusia 15 tahun, D’Aloisio mencipta aplikasi Summly di rumahnya di sini.


Syarikat Yahoo! menyatakan, D’Aloisio dan pasukan Summly akan menyertai syarikat itu dalam tempoh beberapa minggu lagi.


D’Aloisio membuat kenyataan di Twitter dengan menyatakan: “@Summly telah menandatangani satu perjanjian untuk dimiliki Yahoo!


“Teruja untuk memulakan babak baharu Summly!


“Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada saya.”


Akhbar London Evening Standard menyatakan, D’Aloisio pada mulanya mencipta aplikasi itu sebagai hobi.


“Saya tidak menyedari ia boleh menghasilkan wang,” kata D’Aloisio


Ketika ditanya tentang pendapatannya yang besar ekoran pembelian syarikatnya, D’Aloisio berkata” “Saya suka kasut.

Saya akan membeli sepasang kasut Nike dan saya mungkin memperoleh sebuah komputer baharu.


“Namun, buat masa kini, saya hanya mahu menyimpan wang itu di bank.


“Saya tidak perlu untuk banyak berbelanja.”


D’Aloisio belajar kod komputer semasa berumur 12 tahun selepas Stor Aplikasi Apple dilancarkan.


Dia kemudian mencipta beberapa aplikasi termasuk Facemood yang merupakan perkhidmatan yang menganalisis sentimen bagi menentukan mood para pengguna Facebook.


Pelajar itu juga pernah mencipta aplikasi perkhidmatan mencari muzik, SongStumblr.


D’Aloisio turut memberikan nasihat kepada beberapa remaja iaitu: “Jika anda mempunyai idea yang baik atau anda terdapat satu ruang kosong di dalam pasaran, terokailah dan lancarkannya kerana terdapat beberapa pelabur di seluruh dunia kini yang mencari syarikat-syarikat untuk membuat pelaburan.” – Agensi



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2013 09:33 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 10:59 AM | Show all posts
kalau dah  kepala otaknya pandai dan dapat pulak mereka benda2 yg berguna .....memang buat duit lah.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 11:44 AM | Show all posts
         
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 11:44 AM | Show all posts
kagum sungguh
muda2 dah  bijak coding
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 11:55 AM | Show all posts
terbaik la budak ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2013 11:58 AM | Show all posts
geniusnya.. kalau la boleh pinjam otak dia tolong siapkan final projek aku best gak nih..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 12:26 PM | Show all posts
bijak budak neh...mude2 dh kayooo
xyah keje dh pas neh...heben jeh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2013 01:03 PM | Show all posts
Syabas muda2 dah pandai cari duit sendiri tak perlu susahkan mak bapak
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 02:10 PM | Show all posts
wahhhhhhhh.......untung..bijak2....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 02:11 PM | Show all posts
tuah manusia sapa yg tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 02:56 PM | Show all posts
wahhh.. untung mak pak dia ada anak camni
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 04:47 PM | Show all posts
wow...jutawan
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 09:35 PM | Show all posts
mmg durian runtuh sesangat... umo 17 thn dah bergelar jutawan
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 09:54 PM | Show all posts
mak bapak kaya bolela bagi iphone bagai,
yg aku kenal kbykn pengguna iphone dh bekerja kt malaysia ni terpkse beli ikut pakej, bya bulan2..

manala mampu beli seketul gitu..

kalu korang baca hacker iphone 1 yg pertama tu, george hotz, tu pun budak2 sekolah, tapi mak bapak mampu beli 4,5 ketul iphone, bagi dia wat eksperimen, smpai leh buang iphone punya locked provider dgn cara hardware hacking..

org melayu, ada ka bagi anak bagi anak 4,5 ketul iphone suh bukak main2 hack?, mana mampu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.076081 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list