CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 36650|Reply: 27

Pasukan Gerakan Am (PGA)

[Copy link]
Post time 11-3-2013 10:03 AM | Show all posts |Read mode
Pasukan Gerakan Am (PGA) merupakan salah satu daripada cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pasukan ini merupakan elemen tempur PDRM bagi mengendalikan operasi punitif bertujuan untuk memberi tekanan terhadap sebarang bentuk pakatan bersenjata, kegiatan-kegiatan subversif, pemberontakan dan ancaman yang berlaku di dalam negara Malaysia. Pasukan ini berpergerakan tinggi dengan kebolehan untuk bergerak dalam apa juga keadaan persekitaran.



Pasukan Gerakan Am yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan telah ditubuhkan sejak 58 tahun yang lalu. Keperluan bagi penubuhannya adalah ekoran peranan besar yang dimainkan oleh PDRM dalam menerajui perjuangan menentang insurgensi yang dilancarkan oleh pengganas komunis semasa Darurat 1948 – 1960 dan 1969 – 1989. Penubuhannya adalah sebagai tindakbalas dan memenuhi keperluan pasukan polis di dalam merealisasikan strategi peperangan sekatan menyeluruh terhadap gerila komunis menerusi Rancangan Briggs. Rancangan Briggs yang dikuatkuasakan pada 1hb Jun 1950 oleh Sir Harold Briggs adalah menjadi satu titik permulaan terhadap dasar pembesaran pasukan polis yang drastik dimana antara lain menyaksikan satu unit khas ditubuhkan dan dilatih khas dalam taktik peperangan gerila bagi menangani insurgensi yang dilancarkan oleh gerila komunis itu. Pasukan ini memberi tumpuan khusus dalam taktik peperangan gerila malah sangat efektif sekiranya digerakkan dalam jumlah keanggotaan yang kecil. Diawal penubuhannya, ia dikenali sebagai ‘Jungle Squad’ yang kemudiannya ditukar kepada ‘Jungle Company’ sebelum disusun semula pada tahun 1953 dengan nama baru – Pasukan Polis Hutan (PPH). Penyusunan semula yang dilakukan itu adalah bertujuan menetapkan dan menentukan garis panduan kepada peranan-peranan yang harus dijalankan oleh anggota-anggota PPH antaranya seperti dikehendaki membekalkan keanggotaan bagi kubu-kubu hutan (jungle fort), membekalkan anggota bagi tugas operasi menentang pengganas komunis di kawasan sempadan Malaysia – Thailand dan juga untuk menjalankan operasi-operasi tertentu dalam rangka keselamatan Persekutuan Tanah Melayu. Semasa konfrontasi melibatkan ketenteraan antara Malaysia-Indonesia, pasukan ini turut melibatkan diri bersama pasukan tentera Persekutuan Malaysia dan British dalam mencegah penyusupan pasukan-pasukan tentera Indonesia pimpinan Presiden Soekarno di kawasan Sabah dan Johor. Dalam hal ini, kemahiran dan kewibawaan yang telah dipamerkan oleh pasukan ini tidak boleh dipertikaikan lagi.

Peranan utama pasukan ini sejak ditubuhkan adalah bagi menyediakan satu pasukan simpanan khas bertujuan untuk menghadapi dan menindas semua jenis ancaman dalam bentuk ketenteraman awam, aktiviti subversif, keganasan atau pemberontakan bersenjata yang berlaku dalam negara selain menyediakan bantuan kepada polis daerah untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman awam. Ia juga berperanan untuk membantu pasukan tentera didalam operasi menentang gerila komunis dan pemberontak-pemberontak bersenjata serta menghapuskan penyusupan musuh kedalam negara ini.



Pasukan Gerakan Am diaturgerak, dilengkapkan dan dilatih khusus untuk sedia melaksanakan tugas semasa aman dan darurat. Antara tugas semasa aman meliputi tugas mencari dan memusnahkan penjenayah yang bergerak atau bersembunyi di hutan belantara, meronda sempadan, pantai, pulau-pulau di perairan negara dan kewasan yang terpencil, luas dan kurang penduduk bagi tujuan menghalang sebarang bentuk kemasukan secara haram dan memberi perlindungan keselamatan kepada rakyat yang terasing di pendalaman. Ia juga membantu Polis Cawangan Tugas Am didalam tugas-tugas mengawal ketenteraman awam, pencegahan jenayah, mengepung dan memeriksa rumah – bangunan dan semasa penugasan yang memerlukan keanggotaan yang ramai. Semasa darurat pula, ia akan ditugaskan bagi menjalankan operasi menindas pemberontakan bersenjata dan subversif di dalam negara, memberi perlindungan kepada pusat-pusat kediaman dan perindustrian serta tempat-tempat penting dan strategik dari serangan pengganas dan pemberontak bersenjata, menjalankan operasi menyekat makanan dan bekalan daripada jatuh ketangan musuh dan membantu Angkatan Tentera Malaysia didalam menghapuskan musuh dalam negara.
Walaupun pada dasarnya PGA disusun, dilengkapkan dan dilatih terutamanya untuk peranan para-militeri di hutan rimba dan kawasan luar bandar, tetapi ia juga berkebolehan dalam membantu atau menjalankan tugas di pekan dan bandar. Ini kerana setiap anggota PGA telah dilatih dan didoktrinkan sebagai anggota polis biasa terlebih dahulu sebelum ia boleh diterima sebagai seorang anggota PGA. Anggota tersebut dikehendaki menjalani dan menamatkan kursus asas peperangan hutan dengan jayanya sebelum disahkan menjadi seorang anggota infantri PGA. Ini bermaksud seorang anggota infantri PGA bukan sahaja berfungsi sebagai seorang anggota infantri tetapi boleh juga ditugaskan untuk melaksanakan penugasan anggota polis tugas am sekiranya diperlukan. Didalam keadaan dimana ketenteraman negara terancam, PGA pada lazimnya akan menjalankan tugas sepertimana yang dijalankan oleh pasukan tentera. Statusnya sebagai salah satu cawangan dalam Polis DiRaja Malaysia juga agak unik kerana dalam keadaan-keadaan tertentu dimana aturgerak oleh pasukan tentera mungkin boleh menimbulkan ketegangan atau provokasi, PGA akan dikerahkan untuk mengambilalih kedudukan-kedudukan strategik Malaysia di sempadan. Selain itu juga, PGA turut membekalkan unit-unit pencegah rusuhan (PORU) yang terlatih apabila diperlukan bagi membantu penugasan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Ini kerana setiap anggota PGA turut dilatih bagi penugasan mencegah rusuhan. Sekalipun berupaya memberikan bantuan yang pelbagai dalam penugasan kepolisan, tetapi bagi memastikan bahawa mutu pasukan ini kekal sebagai satu pasukan yang terlatih khusus dan sedia diaturgerak dalam tempoh singkat maka tugas-tugas yang dijalankan oleh pasukan ini dihadkan kepada tugas bantuan khas, darurat dan luar biasa. Selain itu juga, pasukan ini berkebolehan untuk diaturgerak dalam semua situasi dan keadaan muka bumi selain berkebolehan melaksanakan tugas peperangan khas (special warfare) di hutan, perairan dan bandar serta suasana pertempuran jarak dekat (CQB) selain kemahirannya didalam peperangan gerila (CIW).



Last edited by rosemary70 on 11-3-2013 10:05 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2013 04:00 PM | Show all posts
baru aku tau...pakcik laki aku kerja PGA..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 08:52 PM | Show all posts
pakcik aku pga
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 11:51 PM | Show all posts
waa... baru sy taw... TQ 4 d info...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 04:29 AM | Show all posts
Ini adalah antara pasukan2 keselamatan kita di Malaysia.. apa pun BRAVO...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 01:08 PM | Show all posts
hehe...arwah ayah ak dulu anggota PPH dan PGA... dok dekat ulu kinta... mmg terbaekk.... kalo ade pape ke yg berlaku... mmg berderet la lori2 nak angkut anggota.... kitorang yg kecik2 ni dok la tengok bebaris lori2 tu.... paling best kalau balik bawak makanan tin yg diorang dapat time dok utan.... haha... rase makanan tu paling nikmat dulu... hahha rindu gler nak masuk ulu kinta balik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2013 01:37 PM | Show all posts
meh nak tunjuk sket tempat yg da diupgrade lpas kitorang one family kluar...



ni tempat nak masuk kem ni.... hehe... kalo orang dalam senang je leh lalu...tp kalo orang luar kene letak ic kat tmpt pengawal tu... takot ade pape berlaku kan...





ni da masuk dalam.....



ni plak antara blok-blok yang anggota dalam tu tinggal... ade yang 10 tingkat.... ade yg 4 ke 5 tingkat da lupe.... tp mmg sejuk la kat sini dulu-dulu.... dalam blok ni dulu-dulu tak de pasang kipas pun.... tapi skrang rasenye da pasang da kot.... skrang pun makin panas kan dunia..... ecehhh.... kalo kecik-kecik dulu main polis n pencuri paling bestt.... leh main nyorok2...



ni plak padang kawad.... kalo ade pape acara ke...memang kat sini la tempatnye.... kalo kecik2 dulu... mmg salu pegi ngan akwan la kalo ade pape ke.... xrisau sangat keselamatan... mmg sume anak2 polis kat situ...

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 01:43 PM | Show all posts


yang ni nak tunjuk pemandangan kat situ.... ulu kinta ni dekat ngan gunung korbu... jadi mmg leh menikmati la pemandangan nan cantikk kat sane.... hirup udara segar tiap2 pagi... hihi



yang ni padang golf tak silap....



yang ni tempat aktiviti payung terjun.... kalo orang lain susah nak tengok aktiviti ni...kat sane dulu2 la salu gak la leh tengok ade payung terjun ni..... selain tu, helikopter salu gak la terbang2 area kem ni.... jadi budak2 kat sini tak de la mcm 'eh!! ade heli!!!' hahaha.... kalo g sekola kawan yang bukan dok situ mesti mcm xcited je tengok heli...tp anak2 polis mcm biasa je... sbb da slau tengok n dengar.. haha



last but not leastt... makanan!!!! hehehe..... kalo dulu2 arwah ayah aku dapat makanan dalam tin...daging la... biskut la.... dulu rase makanan tu lagi nikmat... mmg salu berebut ngan adik beradik len... kekeke...

p/s: kalo rase gamba2 ni xseswai leh g tau.. nnti ak buang je gambo2 ni... hehe..s.aje nak mengimbau kenangan dolo2...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2013 11:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 12:39 PM | Show all posts
ensiden di LD membuktikan cabang2 pasukan keselamatan kita masih relevan lagi..walaupun ada ura2 dulu nk bubarkan dorang nie..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 01:43 PM | Show all posts
ayah saya kerja di PPH ulu kinta, 69 komandor (VAT 69)....bila tgk gambar kem PPH Ulu Kinta rasa rindu sgt nk duduk balik dlm berek polis.....tp sian tgk ayah yg berkerja siang malam dan jarang ade dirumah demi mempertahankan negara....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 03:28 PM | Show all posts
ayah kawan adik saya ahli pga..ape cerite dia skrg????hmmmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 12:00 AM | Show all posts
bakal suami saya juga anggota pga..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2013 09:25 AM | Show all posts

Unit Tiger Platun

Unit Tiger Platun pula merupakan satu unit khas di dalam Pasukan Gerakan Am (PGA) berprofil sederhana yang biasanya berkhidmat dibawah KDN/KA., tetapi kebanyakkannya tertumpu kepada tugas PGA. Berpusat di Bridged Utara,Tengah,Tenggara Sabah dan Sarawak, unit ini ditugaskan untuk mengekang sebarang kegiatan jenayah diPulau-pulau,persisiran pantai dan sempadan, khasnya aktiviti penyeludupan. Boleh dikatakan, unit ini bertindak sebagai unit penggempur hadapan sebelum bantuan daripada Pasukan Batalion tiba di lokasi serangan. Unit ini pernah terlibat dalam beberapa siri operasi dan berjaya menumpaskan penyeludupan disempadan.

Organisasi Pasukan Gerakan Khas ini dipimpin oleh seorang komander berpangkat Senior Asistent Commissioner II (SAC II). Dibawah adalah senarai pegawai kanan yang memegang jawatan tertinggi dalam pasukan elit ini.


Senarai Komander PGK
NamaTahunJawatan
Superintendant. G/640 M. Shanmugam1975 - 197669 Komando
Superintendant. G/3158 Ramli bin Abd Kadir1976 - 1978menggantikan Supt. Shanmugam
Assistant Commissioner of Police G/2827 Syed Mohd Munfaz Wafa bin Syed Subli Wafa1978 - 1983-
Assistant Commissioner of Police G/3740 A Navaratnam1983 - 1986-Pegawai Pemerintah 69 Komando yang Pertama
Deputy Superintendant of Police G/5439 Meor Chek Hussein bin Mahayuddin1986 - 1987Pemangku komander UTK
Assistant Commissioner of Police G/3421 Mohd Yusof bin Harun1987 - 1990-
Assistant Commissioner of Police G/3432 Haji Idris bin Haji Wahid1990 - 1993-
Senior Assistant Commissioner I G/5439 Dato' Meor Chek Hussien bin Mahayuddin1993 - 20001997 Komander Pertama Pasukan Gerakan Khas
Senior Assistant Commissioner II G/5096 Dato' Mohd Anuar bin Md Zain2000 - 2002Komander Kedua PGK yang kemudiannya di tugaskan memegang jawatan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam
Senior Asssistant Commissioner II Roslan bin Mohd. Yassin2002 - 2004yang memegang jawatan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam dan bertukar ke Pahang sebagai Ketua Polis Negeri Pahang(Komander Ketiga PGK)
Senior Asssistant Commissioner II Mohd Rani bin Abd Rashid2004 - 2006yang memegang jawatan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam
Senior Assistant Commissioner II Muhammad Sabtu bin Osman2006 - Sekarangyang memegang jawatan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam (Komander ke empat PGK)

Pusat operasi Pasukan Gerakan Khas ini berpusat di Bukit Aman dan terbahagi kepada 2 kawasan yang dipertanggungjawabkan oleh 2 detasemen PGK ini. Sila lihat data kawasan yang diberi.


Senarai Kawasan Tanggungjawab PGK
Unit Tindakan Khas(UTK)69 Komando PGK
JohorPerak
MelakaPahang
Negeri SembilanPerlis
SelangorPulau Pinang
Bandaraya Persekutuan Kuala LumpurKedah

Kelantan

Terengganu




Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 06:12 PM | Show all posts
Although, one question remains, how effective GOF after being transformed from Jungle Squad of the olden days? Are they well equipped, well trained or well prepared against battle hardened Suluk fighters? Let us not compared GOF recruits to VAT 69 which is clearly a superior spec-for unit, but we're talking about GOF as a paramilitary forces against the perceived guerilla threats.

At least Malaysian Army remains consistent & well-trained against COIN (Counter Insurgency) / assymmetrical warfare / guerilla warfare.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 07:14 PM | Show all posts
youtube [url]http://www.youtube.com/watch?v=yUueS62AvcE&w=560&h=315[/url]

Video Nurul Izzah Mahu Mansuhkan Pasukan Polis Gerakan Am Yang Bejuang Di Lahad Datu

Pada 12 Februari  2013, Pasukan Keselamatan Malaysia membuat kepungan terhadap pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dengan menggunakan gabungan anggota PDRM Cawangan Khas, Pasukan Operasi Khas dan Pasukan Gerakan Am.

Berikutan dari peristiwa tersebut maka Nurul Izzah, pada 16 Februari telah memberi ceramah di Lucky Garden , Bangsar.

Pada 27 Oktober, 1997, Pasukan Polis Hutan telah ditukar namanya secara rasmi sebagai pasukan Gerakan Am. Namun begitu pada 16 Februari 2013, Nurul Izzah masih menggelar pasukan ini sebagai “Polis Hutan” dan mahu memansuhkan pasukan ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2013 06:48 PM | Show all posts
Wa respek sangat sama PGA
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:16 PM | Show all posts
PGA, pasukan dalam polis yang aku sangat respek.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 07:55 PM | Show all posts
TQ for the info... org yg sy syg pn PGA jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 12:51 PM | Show all posts
info yg baik...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.078518 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list