CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13349|Reply: 20

Gaji baru polis, tentera diumum hari ini 2013/03/11 - 07:27:35 AM

[Copy link]
Post time 11-3-2013 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan skim gaji baru dan kenaikan pangkat anggota dan pegawai polis serta tentera, hari ini.

Berita gembira yang dinanti-nantikan pasukan keselamatan negara itu bakal diumumkan pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke - 13 (MAPPA XIII) di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.      

      Selain Perdana Menteri, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan hadir bagi meraikan penjawat awam itu.      
      
      
Sumber Persatuan Pegawai Kanan Polis memberitahu BH, pengumuman itu sememangnya wajar kerana sudah tiba masanya anggota dan pegawai polis menerima skim gaji dan kenaikan pangkat yang sama seperti jabatan lain.

Harap dapat perhatian

“Selain tangga gaji dan peluang kenaikan pangkat yang setimpal dengan tempoh perkhidmatan, kami berharap elaun sampingan sep erti elaun keraian, kenderaan dan logistik mendapat perhatian kerajaan kerana tugas kami bukan sekadar menyiasat kes, malah pelbagai tugasan yang boleh membahayakan nyawa,” katanya semalam.

Untuk PDRM difahamkan, cadangan tangga gaji bagi Konstabel (N17) ialah RM1,013 hingga maksimum RM2,613.61 bagi P1, manakala P2 (RM1,0851.56 – RM2,681.56), P3 (RM1,151.46 – RM2,751.46) manakala Lans Koperal (N22) antara RM2,164.44 – RM3,321.99 bagi P1 dan P2 (RM2,325.10 - RM3,657.02).      
Untuk Koperal (N26) pula antara RM2,482.33 – RM3,496.05 bagi P1 dan P2 (RM2,719.90 – RM3,815.70). Bagi Sarjan N29 (lantikan) ialah antara RM1,710.39 hingga RM4,335.62.

Penyelarasan gaji pegawai kanan PDRM pula dijangka Gred 41 bagi Inspektor, Asisten Superintendan (ASP) 44, Deputi Superintendan (DSP) 46; Superintendan 48 dan Asisten Komisioner (ACP) 52.

Sumber itu berkata, pengiktirafan setimpal dengan tugas dan tanggungjawab pasukan keselamatan tepat pada masanya memandangkan ada agensi dan jabatan lain serta Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) terlebih dulu memperoleh manfaat daripada skim perkhidmatan awam.                                

p/s: harap jabatan lain pun dapat berita baik gak,he2

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2013 11:11 AM | Show all posts
Polis dan askar je? yg lain2? hehehe...saper2 tengok tv sile update kat sini yer...ndak jugak tau aper intipati selain kenaikan gaji nie.... bukan pasal gaji jerk nak tau...byk benda lain nak tau jugak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2013 12:34 PM | Show all posts
Mamason posted on 11-3-2013 11:11 AM
Polis dan askar je? yg lain2? hehehe...saper2 tengok tv sile update kat sini yer...ndak jugak tau ap ...

itulah,penjawat awam ternanti-nanti pengumuman najib dengan penuh harapan,he2

kalu naik cola nga elaun perumahan pun ok dh,he2
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 02:09 PM | Show all posts
xde ke yg nak update kat sini..tertunggu2 ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2013 03:04 PM | Show all posts
alisyadania posted on 11-3-2013 02:09 PM
xde ke yg nak update kat sini..tertunggu2 ni..

ATM nga PDRM je dpt kenaikan,penjawat awam lain xde pape,hu2
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 03:20 PM | Show all posts
xpdckelate posted on 11-3-2013 03:04 PM
ATM nga PDRM je dpt kenaikan,penjawat awam lain xde pape,hu2

huuuu...sikit pun xde? sedihnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-3-2013 03:21 PM | Show all posts
alisyadania posted on 11-3-2013 03:20 PM
huuuu...sikit pun xde? sedihnya

xde,ni khas utk ATM nga PDRM jer,hu2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2013 03:25 PM | Show all posts
Tambahan KGT tiga kenaikan untuk semua struktur gaji maksimum

PUTRAJAYA 11 Mac - Berkuatkuasa 1 Januari lalu, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kenaikan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Kenaikan itu kata Perdana Menteri, membabitkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati KGT. - UTUSAN


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2013 03:26 PM | Show all posts
xpdckelate posted on 11-3-2013 03:21 PM
xde,ni khas utk ATM nga PDRM jer,hu2

mau nanges guling2 ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2013 03:29 PM | Show all posts
alisyadania posted on 11-3-2013 03:26 PM
mau nanges guling2 ni

juga utk dh sampai tahap gaji maksimum dan kakitangan kontrak dilanjut lagi setahun sementara kajian dilakukan,hu2


50,000 pegawai kontrak akan disambung  setahun           PUTRAJAYA 11 Mac - Kira-kira 50,000  kakitangan kontrak yang akan tamat  perkhidmatan pada 31 Disember tahun ini akan  disambung setahun lagi sementara kajian  menyeluruh dilaksanakan.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk  Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. - UTUSAN



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2013 03:39 PM | Show all posts
alisyadania posted on 11-3-2013 03:26 PM
mau nanges guling2 ni

Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;



kalu baca yang ni,penjawat awam dapat satu KGT diawalkan pada 1 julai 2013....tapi perkataan diawalkan tu camne,maknanya tahun depan xde KGT ke??hu2...pening2
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 03:59 PM | Show all posts
xpdckelate posted on 11-3-2013 03:39 PM
Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada  ...

oooo..naik satu tangga gaji kot..kira awalkan 1 tahun la kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2013 04:03 PM | Show all posts
alisyadania posted on 11-3-2013 03:59 PM
oooo..naik satu tangga gaji kot..kira awalkan 1 tahun la kot

kalu diawalkan tahun ni dpt tahun dpn pun dpt ok la...tapi kalu tahn ni dpt tahun dpn x dpt,sama jah la,hu2
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 04:19 PM | Show all posts
xpdckelate posted on 11-3-2013 04:03 PM
kalu diawalkan tahun ni dpt tahun dpn pun dpt ok la...tapi kalu tahn ni dpt tahun dpn x dpt,sama j ...

tunggu pekeliling kang..mana tau kot ada pencerahan di situ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2013 04:23 PM | Show all posts
alisyadania posted on 11-3-2013 04:19 PM
tunggu pekeliling kang..mana tau kot ada pencerahan di situ

yela,x sabar nak tahu,he2
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 04:28 PM | Show all posts
xpdckelate posted on 11-3-2013 04:23 PM
yela,x sabar nak tahu,he2

aku pun..balik kang nak bercerita ngn en somi..ini je la ceritanya..tapi udah kabur2 plk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2013 04:30 PM | Show all posts
alisyadania posted on 11-3-2013 04:28 PM
aku pun..balik kang nak bercerita ngn en somi..ini je la ceritanya..tapi udah kabur2 plk

benda x jelas,hu2...kena tggu pekeliling gamaknya,baru jelas dan nyata,hu2
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 04:41 PM | Show all posts
xpdckelate posted on 11-3-2013 04:30 PM
benda x jelas,hu2...kena tggu pekeliling gamaknya,baru jelas dan nyata,hu2

ni yg aku dapat
Antaranya:

- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;
- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;
- Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;
- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;
- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;

- Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;

- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;

- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";

- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2013 04:50 PM | Show all posts
alisyadania posted on 11-3-2013 04:41 PM
ni yg aku dapat
Antaranya:

dh baca dh,he2....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 04:53 PM | Show all posts
xpdckelate posted on 11-3-2013 04:50 PM
dh baca dh,he2....

jadi lah daripada xde mende
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.066932 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list