CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: hest

SOALAN UNTUK TENTERA (ATM)

[Copy link]
Post time 27-3-2013 04:04 AM | Show all posts
            soalan hest ni aku rasa kalau nak jawab ikut soalan2 tu secara spesifik agak sukar kerana ada byk perkara perlu diambil perhatian cthnya dari segi aspek chain of command & amalan adat/ custom of law bagi setiap negara dlm dunia adalah x sama.....tapi utk gambaran secara umum aku rasa hest perlu tahu konsep separation of powers yg membentuk kebanyakan sistem perlembagaan sesebuah negara tu iaitu ada 3 badan utama iaitu legislatif, executive & kehakiman.....kalau x silap aku (kalau salah, tolong betulkan_) di england, kuasa teringginya adalah legislatif iaitu parlimen yg terdiri dpd house of lords & house of commons.....kita di m'sia, sebarang konflik perundangan diputuskan oleh mahkamah sbg jalan terakhir.....di us, presiden adalah pemerintah tertinggi tentera tapi di m'sia adalah ydp Agong.....di us, presiden & menteri2nya adalah berasingan dpd legislatif yg terbentuk dpd dewan senat & dewan perwakilan tapi kita di m'sia; pm & menteri2nya adalah juga ahli dewan rakyat/dewan negara ......jadi amalan pemerintahan setiap negara adalah berbeza.....uk/england dikatakan negara union/unitary tapi m'sia & us boleh dianggap negara berkonsep federal/berpersekutuan.....yg cantiknya perlembagaan di m'sia adalah berpaksikan ydp Agong sbg ketua utama negara malaysia & bukannya hanya sbg simbol/lambang pemerintahan shj krn jelas ydp agong diperuntukkan kuasa2 eksekutif tertentu spt melalui kuasa majlis raja2 cthnya sebarang hal ehwal yg melibatkan hak keistimewaan bumiputera/melayu, ugama islam & bahasa melayu hanya boleh diperbincangkan/didebatkan hanya setelah dipersetujui oleh majlis raja2 melayu.....

       Bab 1 - Ketua Utama Negara
Perkara 32. Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isterinya. (1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.
(2) Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.
(3) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh lima tahun, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Majlis Raja-Raja atau boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja, dan hendaklah berhenti memegang jawatan apabila terhenti menjadi Raja
.
Perkara 41. Pemerintah tertinggi angkatan tentera.
Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan.

Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.
(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan—
(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau
(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau
(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau
(d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau
(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,

Perkara 150. Proklamasi darurat.
(1) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.
(2) Proklamasi Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir benar berlaku.
(2A) Kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Perkara ini termasuklah kuasa untuk mengeluarkan Proklamasi-Proklamasi yang berlainan atas alasan-alasan yang berlainan atau dalam hal-hal keadaan yang berlainan, sama ada suatu Proklamasi atau Proklamasi-Proklamasi telah dikeluarkan atau tidak oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (1) dan Proklamasi atau Proklamasi-Proklamasi itu sedang berkuat kuasa.
(2B) Jika pada bila-bila masa semasa suatu Proklamasi Darurat sedang berkuat kuasa, kecuali apabila kedua-dua Majlis Parlimen sedang bersidang serentak, Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan serta-merta, maka Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan apa-apa ordinan sebagaimana yang didapatinya perlu mengikut hal keadaan.


Last edited by laxmanall on 30-3-2013 04:50 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2013 04:09 AM | Show all posts
SOROTAN-SOROTAN MENARIK YANG MENYENTUH PERANAN DAN KUASA SERTA
KEDUDUKAN MAJLIS RAJA-RAJA


Beberapa peristiwa menarik dan ad juga dipanggil krisis berkaitan Perlembagaan Pesekutuan yang terjadi beberapa kali. Ia terjadi atas beberapa fakta tetapi apa yang jelas, ia terjadi di era pemerintahan Dato Sri DR Mahathir Mohamed dan semua krisis ini akhirnya telah memperjelaskan lagi kuasa, peranan dan kedudukan Majlis Raja-Raja.
Pada tahun 1983 berlaku satu krisis, di dalam apa yang dikenali sebagai krisis pindaan perlembagaan. Di dalam krisis ini ia melibatkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam soal memperkenankan satu-satu rang undang-undang dan juga soal mengisyitiharkan darurat. Dalam hal ini diperjelaskan bahawa satu-satu rang undang-undang akan menjadi undang-undang dan boleh dikuatkuasakan setelah diwartakan walaupun tanpa memdapat perkenan dari Yang di-Pertuan Agong setelah melalui beberapa proses. Di dalam soal pengistiharan darurat, diperjelasakan Yang di-Pertuan Agong hanya boleh mengistiharkan darurat setelah mendapat nasihat dari Perdana Menteri dan nasihat ini misti dipatuhi.

Pada tahun 1984 pula berlaku pergeseran yang begitu hebat di antara dua parti politik Melayu iaitu antara UMNO dan PAS; hingga membawa kapada hasrat untk memgadakan debat terbuka antara keduanya. Dalam hal ini, Yang di-Pertuan Agong dengan resolusi dari Majlis Raja-Raja telah membatalkan debat terbuka yang ingin diadakan. Kedua parti politik tersebut akur dengan perintah dari Yang di-Pertuan Agong.

Pada tahun 1988 apabila krisis badan kehakiman berlaku Majlis Raja-Raja turut memainkan peranan sehingga krisis tersebut selesai dan dalam krisis ini Ketua Hakim Negara telah dipecat melalui satu tribunal kerana salahlaku. Dalam krisis dengan pihak istana di mana imuniti YM Baginda Raja-Raja telah dipinda dimana kekebalan YM Baginda Raja-Raja atas sifat dirinya sendiri sahaja. Ini berlaku apabila satu lapuran polis telah dibuat oleh seorang jurulatih hoki Negara yang mana mendakwa ia telah dipukul dan dkasari oleh YM Baginda Sultan Johor. Dalam hal ini Maj;is Raja-Raja telah memainkan peranan yang penting sehingga membawa kapada pindaan perlembagaan berkaitan imuniti YM Baginda Raja-Raja diperkenankan. Di dalam kemelut perpecahan masyarakat Melayu selepas pilihanraya pada tahun 1999 Majlis Raja-Raja juga telah memainkan peranan yang penting untuk menyatukan semula orang-orang melayu. Di dalam pilihanraya yang ke 10 ini pihak kerajaan telah kehilangan kerusi parlimen yang banyak dan diperingkat negeri telah kehilangan dua(2) negeri kapada Parti PAS.

KESIMPULAN.

Dari perbincangan di atas jelaslah Majlis Raja-Raja telah diberi peranan , kuasa dan kedudukan yang jelas mengikut Perlembagaan Persekutuan. Walaupun berlaku sedikit sebanak krisis dan kekurangan dapat disimpulkan Majlis Raja-Raja telah diberi satu kedudukan yang istimewa. Dengan lain perkataan ia lebih tinggi dari Parlimen dari segi kedudukannya dan mungkin dari segi kuasa ia masih boleh diperbahaskan. Ini berlaku tidak lain adalah bagaimana Perlembagaan itu ditafsirkan. Perlembagaan negara perlu diingat digubalkan berdasarkan tolakansur dan permaufakatan antara beberapa bangsa yang berada di negara ini. Ia sudah tentu tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Dengan kata lain , semua pihak tidak akan mendapat semua dan tidak semua pihak akan mendapat semua. Maka adalam keadaan tersebut dan terbukti pada hari ini negara Malaysia telah lahir sebagai sebuah negara yang begitu aman dan salah satunya hasil dari perlembagaan tersebut dan lebih khusus , Majlis Raja-Raja telah memainkan peranan serta menggunakan kuasa dan kedudukannya dengan bijaksana dan terpuji. Selain itu keberkesanan Majls ini bukan sahaja terletak kapada kuasa, peranan dan kedudukannya yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan sahaja tetapi Majlis Raja-Raja terus relatif dan dan berjaya memainkan peranannya diluar dari kuasa, peranan dan kedudukan yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Contoh, dalam mengatasi isu debat terbuka antara UMNO dan PAS pada tahun 1988. Oleh yang demikian walaupun Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa formal tetapi Majlis Raja-Raja masih lagi boleh memainkan peranan yang lebih aktif ( tanpa kuasa formal ) dalam apa bentuk masalah dan kegiatan di dalam negara dengan syarat ia mempunyai karisma, keperibadian, dan kesungguhan untuk mengatasi satu-satu masalah. Ketinggian peribadi dan komitmen kapada keadilan dan demokrasi di pihak YM Baginda
Raja-Raja amat penting untuk keutuhan dan kedaulatan serta masih dan terus releven untuk masa dan bagi abad yang akan datang.

  sumber::   

Last edited by laxmanall on 27-3-2013 04:10 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2013 08:56 AM | Show all posts
laxmanall posted on 27-3-2013 04:09 AM
SOROTAN-SOROTAN MENARIK YANG MENYENTUH PERANAN DAN KUASA SERTA
KEDUDUKAN MAJLIS RAJA-RAJA

abang laxmanal.. ini sanagt berinformasi.. terima kasih

pasal 3 branches tu betul le tu, legislatif, judicial dengan esekutif
Last edited by hest on 27-3-2013 08:58 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 02:51 AM | Show all posts
hest posted on 27-3-2013 08:56 AM
abang laxmanal.. ini sanagt berinformasi.. terima kasih  

pasal 3 branches tu betul le tu, le ...

          sama-sama dik hest...

         thanx mod for e credits .....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 08:59 AM | Show all posts
laxmanall posted on 28-3-2013 02:51 AM
sama-sama dik hest...

         thanx mod for e credits .....

kot la nanti ada penambahan info.. boleh lah tambah sini ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.059110 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list