CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5764|Reply: 76

[Tempatan] PRU-13: Azwan Ali Sahkan Mahu Jadi Calon Bebas

[Copy link]
Post time 1-3-2013 03:20 PM | Show all posts |Read mode
PRU-13: Azwan Ali Sahkan Mahu Jadi Calon Bebas. Amboi Amboi Amboi. Kelass Kau Dik Non!

PETALING JAYA: Kerana percaya dengan pengaruh yang dimilikinya, pengacara dan selebriti terkenal, Azwan Ali menyatakan hasratnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau menegaskan, hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas itu adalah benar dan bukan sekadar cakap-cakap kosong.

Azwan, 47, menegaskan yang beliau akan membuat keputusan kerusi manakah yang akan ditandingi selepas menilai maklum balas daripada para peminatnya.




"Ya... saya ada menulis beberapa kali di Twitter tentang hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang. Alhamdulillah maklum balas sangat menggalakkan.

"Buat masa ini saya tidak mahu bercakap apa-apa dahulu, kita lihat apabila tiba masanya nanti," katanya kepada mStar Online.

Azwan yang juga adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, beliau tidak akan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sepertimana yang diperkatakan oleh ramai pihak dalam laman sosial.






Beliau juga tidak berhasrat untuk mewakili mana-mana parti sekiranya ada tawaran.

"Saya memang berhasrat untuk bertanding tapi bukanlah di Pekan sepertimana yang diperkatakan dan jauh sekali untuk mencabar Perdana Menteri," katanya lagi.

Jelas Azwan, hasratnya untuk bertanding itu dibuat selepas melihat semakin ramai golongan selebriti mula menyertai parti politik.

"Saya rasa saya ada pengikut saya sendiri. Jika kita lihat, ada juga calon Bebas yang kita tidak kenal langsung pun cuba untuk bertanding. Saya yakin saya ada pengaruh,” katanya.

Jelas Azwan, jika perkara itu menjadi kenyataan dia mahu memperjuangkan nasib individu sepertinya selain bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin parti politik yang unik.

Sumber: Mstar Online



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2013 03:22 PM | Show all posts
Dabell A i will vote 4 youu
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:24 PM | Show all posts
Jelas Azwan, jika perkara itu menjadi kenyataan dia mahu memperjuangkan nasib individu sepertinya selain bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin parti politik yang unik.
Haaa... Jangan kata hang nak perjuangkan LGBT no..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:26 PM | Show all posts
bapuk pun nak bertanding.......
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:26 PM | Show all posts
what the.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:34 PM | Show all posts
oooo mai goat...nak pakai lambang apa ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2013 03:37 PM | Show all posts
uish .... confirm mana2 homo dan les akan menyokong calon ini........

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:40 PM | Show all posts
maybe beliau mahu memperjuangkan hak2 puak LGBT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2013 03:41 PM | Show all posts
saya pasti undi ini olang.....



HAR
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:41 PM | Show all posts
sila bertanding di lahad datu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:42 PM | Show all posts
rosak ummah skrg....hu3
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:43 PM | Show all posts
kerlasssttt baby AA
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:52 PM | Show all posts
Beliau juga tidak berhasrat untuk mewakili mana-mana parti sekiranya ada tawaran.

ayat ni mmg tak tahan
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 04:01 PM | Show all posts
Azwan nak bertanding, aku cadangkan azwan bertanding di kerusi perlis... yg aku dpt kompom, kerusi perlimen mmg dah dqpat 1 vote untuk azwan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 04:07 PM | Show all posts
wakakakakakaka
what the
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 04:08 PM | Show all posts
kalau azwan ali bertanding dan menang..aku malas dah lepas tu nk tau cite politik..cis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2013 04:13 PM | Show all posts
ada harapan hilang wang pertaruhan
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 04:18 PM | Show all posts
Kerlas kau baby aa
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 04:22 PM | Show all posts
ada aku kisah cak..cak..cakkk
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 04:24 PM | Show all posts
pergh!!...persatuan pun menukut tepi gantang ngan gomen ada hati nak lawan parti umenok.....ahaks!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.071042 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list