CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14587|Reply: 53

Shaheizy Sam Hidupkan Semula Kumpulan Rap M.O.B

[Copy link]
Post time 28-2-2013 10:25 PM | Show all posts |Read mode
Shaheizy Sam Hidupkan Semula Kumpulan Rap M.O.BOleh KEMALIA OTHMAN
        Shaheizy Sam

KUALA LUMPUR:Pelakon Shaheizy Sam, 30, bertekad untuk mengurangkan aktiviti lakonannya tahun ini bagi menumpukan perhatian terhadap penubuhan semula kumpulan rapnya dahulu iaitu M.O.B.
Menurut Sam, dia bersama tiga anggota kumpulan yang lain iaitu Syed Hussein @ Sein, Shear Khan dan Haziman Ramli kini sudah pun merakam semula tiga buah lagu lama kumpulan tersebut.
"Sudah lama kami berbincang untuk aktifkan kembali kumpulan M.O.B ini tapi masa saya yang tidak mengizinkan. Jadi tahun ini saya nekad untuk kurangkan sedikit aktiviti lakonan.
"Kalau diikutkan antara nyanyian dan lakonan sudah tentu jiwa saya kuat kepada bidang nyanyian sejak dari kecil lagi," katanya kepada mStar Online.
Jelas Sam, dalam album tersebut juga nanti dia akan tampil dengan sebuah lagu duet bersama kakaknya, Zizie Ezzete iaitu  Bicara Cinta.
        Shaheizy Sam (dua dari kiri) pada majlis minum petang anjuran Rafflesia di Hotel Park Royal pada Selasa.

Bagaimanapun Sam menafikan dia merajuk atau kian bosan dalam bidang lakonan sehingga mahu bergelar penyanyi.
"Saya tidak merajuk, cuma saya rasa sudah sampai masa untuk saya untuk kembali semula dalam industri muzik pula.
"Ini semua kerana minat yang mendalam, lagi pula saya rasa beberapa tahun ini saya sudah terlalu sibuk dengan berlakon dan kumpul duit," katanya.
Sam juga menganggap kemunculan semulanya dalam industri muzik tanah air adalah sebagai penyeri dan tidak berniat untuk bersaing dengan mana-mana kumpulan rap tanah air.
"Saya tidak meletakkan sasaran yang tinggi kerana projek ini hanyalah suka-suka dan sekadar melepaskan rindu saya dalam nyanyian," katanya.
Dalam pada itu, Sam bakal muncul dengan tiga buah filem pada tahun ini iaitu Kisah Paling Gengster, Dua Kalimah dan Adnan Sempit 2.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2013 10:27 PM | Show all posts
Sam kembali menyanyi2013/02/28 -  01:39:29 AMOleh Muhamad Fairoz AzizanCetakEmel Kawan
[url=]
[/url][url=][/url][url=]
[/url]



                                        Sekitar 1999, Shaheizy Sam pernah muncul bersama kumpulan diberi nama MOB dan ia bertahan untuk tempoh lima tahun. Bagaimanapun, nama lelaki ini lebih meletup apabila dia terbabit dalam lakonan, terutama selepas membintangi filem Bohsia pada 2009 dan Adnan Sempit (2010).

        Namun, tahun lalu dia dan Yana kembali merakamkan lagu berjudul Begini Caranya yang dimuatkan dalam filem Aku Ada Kau Ada. Lagu itu mendapat sambutan baik sehingga melayakkan mereka bersaing pada separuh akhir Muzik Muzik. Sayangnya, lagu itu menarik diri sebelum saingan bermula.      

              Kini, bagai ingin melepaskan gian untuk menyanyi, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2010 ini akan kembali memasuki studio rakaman bersama dua rakannya, Syed Hussin dan Sheir, bagi merakamkan tiga single termasuk dua lagu Inggeris.      


        “Single ini hanyalah suka-suka dan bukan bererti Sam akan meninggalkan dunia lakonan. Dulu memang kami ada hasrat nak bergabung kembali, tetapi memandangkan dua tahun kebelakangan ini Sam sibuk dengan lakonan, jadi kami terpaksa melupakan hasrat itu dulu.

        “Projek gabungan semula ini pun sekadar untuk seronok dan kalau diterima peminat, Insya-Allah mungkin akan ada single lain dikeluarkan selepas itu," katanya.

Band yang menampilkan lagu berkonsepkan R&B dan hip hop itu akan menguji keupayaannya untuk menyanyikan irama rap, setelah lama tidak beraksi.

        Hampir sedekad tersimpan, lagu Bicara Hati menjadi single pertama mereka. Ia turut menyaksikan kerjasama Sam bersama kakaknya, Zizie Ezette.      
        "Sam tiada sasaran untuk pergi jauh dalam bidang ini, cuma projek ini dilakukan bagi memberikan sedikit kelainan buat peminat pada 2013. Lagu ini pula Sam pernah rakam bersama kakak satu ketika dulu, cuma ia tidak dikeluarkan. Jadi, inilah masa terbaik untuk berbuat begitu.

        "Tahun lalu Sam sibuk cari duit, jadi sekarang bila sudah ada masa, lebih baik dikeluarkan karya yang tertangguh sebelum ini," katanya ketika ditemui pada majlis meraikan calon Festival Filem Malaysia (FFM) ke-25 anjuran Rafflesia di ibu kota, kelmarin.

Masih diberi peluang berada dalam Top 5 ABPBH 2012 dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Sam tidak meletakkan sebarang harapan dan menganggap kepercayaan diberikan peminat sudah cukup bermakna.

        "Kali pertama dicalonkan dulu pun, memang Sam tiada buat apa-apa pun untuk menang. Semuanya hasil usaha keras peminat. Mengenai siri jelajah pula, Sam memang nak ikut, tetapi disebabkan sibuk dengan penggambaran, jadi agak sukar buat waktu ini. Insya-Allah, kalau ada masa Sam akan turut serta," katanya.

        Bukan hanya ABPBH, Sam turut menerima dua pencalonan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik, masing-masing menerusi filem Songlap dan SAM, pada FFM25 yang akan berlangsung 2 Mac ini.

        Mengakui saingan dalam kategori itu amat sengit, dengan tiga pencalonan daripada filem Bunohan, Sam lebih suka memberikan penghargaan buat dua pengarah bagi filem Songlap, Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Ishak, yang dianggap berjaya membentuk wataknya dengan baik.

        "Sam tak pernah nilai diri sendiri. Bagi Sam, apa yang orang nampak dan diterima, itulah Sam. Bila Sam tengok lakonan orang lain.

        "Sam terfikir, kalau Sam dapat berlakon dalam Bunohan, Sam akan buat sehabis baik. Semua pelakon Bunohan sangat bagus dan berbakat sebab itu Sam cemburu tengok lakonan mereka," katanya yang akan muncul dengan filem Dua Kalimah, Kisah Paling Gangster dan Adnan Sempit 3 tahun ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2013 10:29 PM | Show all posts
adakah sam ni propa?dulu ms muzik2 beria tarik diri,smpi tahap keminatan ak tun 90% kat die ni
xnk jd penyanyi konon,xde bakat..tup2 thun ni nk menyanyi..nk amek hati peminat sentap cam ak ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 11:22 PM | Show all posts
M O B ??? never heard!
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 11:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 12:29 AM | Show all posts
nah sape2 nak tgk kump m.o.b shaheizy sam ni. ni ha dulu nyanyi dgn Syafinaz dlm lagu Rindumu Rinduku. Sein ada skali. Sekadar rapper je. Bukan nyanyi. lagipun bkn best pon


Last edited by Body_language on 1-3-2013 12:31 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2013 12:45 AM | Show all posts
bagus lah..aku suka grup ni rap, laju
maaf la ye, rapper skrg macam zizan, dj hot fm tu sapa nama? ikhwan kot?
sekadar bercakap je, aku pn boleh kot..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 12:46 AM | Show all posts
Body_language posted on 1-3-2013 12:29 AM
nah sape2 nak tgk kump m.o.b shaheizy sam ni. ni ha dulu nyanyi dgn Syafinaz dlm lagu Rindumu Rinduk ...

aku suka lagu ni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2013 12:47 AM | Show all posts
Sam punye Rap sgt laju hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 12:48 AM | Show all posts
satu lg m.o.b  @ 3.22-3.50


Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:13 AM | Show all posts
style giler cara dorang rap dalam vc shafinaz tu.. laju giler. susah nak folo
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 05:24 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 08:32 AM | Show all posts
msh relevan ker..??
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 09:02 AM | Show all posts
M.O.B ni zaman2 mizz nina ngan teh tarik crew kan...patutla sam bsungguh2 nak kuruskan badan..nak buat comeback upenye ye..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 09:03 AM | Show all posts
hmmm, best ker?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 09:05 AM | Show all posts
MOB ni stands for what?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2013 09:10 AM | Show all posts
nampak kurus sam skrg; ke aku yg baru prasan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 09:44 AM | Show all posts
hopefully a good comeback
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 09:50 AM | Show all posts
pernah dengar dia nyanyi live lagu kerispatih sambil main gitar.....suara dia best!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 10:03 AM | Show all posts
Sam boleh menyanyi ok..not bad suara dia.. lagipun abg dia Jeff A to Z tu pun suara ok..
aku suka lagu yg duet dgn Yana Samsudin tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.082775 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list