orangbesi posted on 7-3-2013 12:08 AM 
Mungkin dengan berniat dan mengklik pada page ini membantu anda didunia dan diakhirat kelak dengan ...
Mengajak perkara kebaikkan (melibatkan RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN) itu suatu tuntutan ketaatan dalam beragama dan bukan dinamakan BIDA'AH bersesuaian dengan keterangan dibawah ini :
(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).
(Al-Baqarah 2:197)
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".
(Al-Baqarah 2:285)
Berniat itu BUKAN BIDA'AH. Barang sesiapa yang menyatakan ianya BIDA'AH, maka tergolong dalam golongan MUSYRIK yang MENOLAK Sunnah yang merupakan Perintah yang datang dari ALLAH:
اِنَّمَا اْلاَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَاِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى
“Bahawasanya segala amal itu disertakan dan setiap orang akan mendapat balasan sesuai dengan niatnya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)
اَلْعَزَمُ عَلَى فِعْلِ الْعِبَادَةِ تَقَرُّبًا اِلَى اللهِ تَعَالَى
“Berazam (bertekad) untuk melaksanakan ibadah semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala”.
Tajuk Tread adalah bersesuaian dengan maksud Niat dan Amal (ruang dan masa) yang mahu diijtihadkan supaya diri sentiasa mendapat pertolongan Allah dalam merancangkan apa yang menjadi Rukun Islam yang ke 5. Semoga dengan mengijtihadkan apa yang dimaksudkan ini dalam konteks RUANG dan MASA yang diberikanNya itu, INSYA'ALLAH menjadi suatu ganjaran dan PERINGATAN kepada diri yang benar pengakuan terhadap agama Allah yang merujuk kepada rukun Islam (dalam erti kata - bia'ah terhadap diri sendiri kepada ketetapan Agama itu sendiri)
2 Faedah yang dilakukan
1) Niat -> Rukun Islam
2) Merancang apa yang diniatkan -> Rukun Iman
2 Faedah yang akan didapati diakhirat kelak (Insya'allah):
1) Pahala dari Niat
2) Ganjaran kerana merancangkan urusan agama terhadap diri sendiri (Reda Allah)
Sila fahami maksud keterangan ini sebelum menyatakan sesuatu itu bida'ah dalam URUSAN AGAMA YANG MELIBATKAN
1) Mengerjakan Haji
2) Qada' dan Qadar
Dan jika Allah menghendaki, tentulah Ia menjadikan mereka satu umat (yang bersatu dalam agama Allah yang satu); akan tetapi Allah (tidak merancang yang demikian bahkan Ia akan) memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan); dan orang-orang yang zalim tidak ada baginya sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan dan pertolongan.
(Asy-Syuura 42:8)
Saya antara yang diberi PETUNJUK perihal kaedah untuk MEMBANTU MEMBAWA kejalan yang BENAR. Jika kamu mahu BERMUSUHAN dengan saya tiadalah KUASA untuk saya MENGHALANG (walaupun saya mampu berbuat apa yang saya mahu kerana diizinkanNYA), sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun kepada sesiapa yang DIA kehendaki menurut peraturan yang ditetapkanNya.
Agama itu NASIHAT: Janganlah kamu menghalang perkara yang MENDATANGKAN KEBAIKKAN kepada manusia dengan menyatakan sesuatu URUSAN AGAMA itu sebagai BIDA'AH sedangkan apa yang kamu nyatakan itu adalah suatu bentuk SYIRIK yang terang (DOSA BESAR YANG TIDAK DIAMPUN ALLAH KERANA MENYATAKAN PERKARA KEWAJIPAN KEPADA YANG MENGAJAK KEPADA IMAN DAN TAQWA SEBAGAI BIDA'AH).
Kepada mod yang hanya memerhatikan SKRIN, agama itu nasihat. Barang sesiapa yang BERSEKUTU dengan mereka yang melakukan SYIRIK terhadap urusan Agama walaupun diberi KUASA UNTUK MENGUBAHnya, amatlah rugi apa yang dikerjakan didunia ini WALAUPUN DADA DIPENUHI ILMU YANG DATANG DARI ALLAH terutama perkara kebaikkan untuk diri sendiri terhadap Rukun Islam dan Rukun Iman.
Berimankah kamu semua dengan MEMBIARKAN SYARIAT Agama Allah diakali dengan keterangan BIDA'AH wahai manusia yang tidak mahu mengambil IKHTIBAR dari keterangan Al-Quran? Semoga Allah tidak menurunkan balanya SERTA-MERTA kepada manusia-manusia yang LALAI dalam beragama.
Last edited by Abangcute on 7-3-2013 01:15 PM
|