CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3073|Reply: 0

[Tempatan] Borang Intensif Perkahwinan Belia Selangor 2013

[Copy link]
Post time 8-2-2013 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Borang Intensif Perkahwinan Belia Selangor 2013

Borang permohonan Intensif Perkahwinan RM200 bagi belia selangor 2013. Pembayaran hanya akan diberikan kepada pasangan yang telah kahwin mulai 1 Januari tahun 2013. Pemberian insentif itu dikhaskan kepada pasangan suami isteri atau salah seorang daripada mereka yang merupakan anak Selangor, berusia 35 tahun ke bawah.




Cara Pembayaran Intensif

Insentif itu akan diberi dalam bentuk simpanan Tabung Haji bagi mereka yang beragama Islam, manakala untuk pasangan bukan Islam pula, pemberian dilakukan menerusi sijil simpanan premium.

Cara Mohon Borang Intensif Kahwin

Borang permohonan insentif ini boleh didapatkan di pusat khidmat masyarakat di semua Dun di Selangor. Belia yang sudah berkahwin boleh mendapatkan borang permohonan di pusat khidmat masyarakat Dun masing-masing untuk mengisi borang bagi mendapatkan insentif hadiah perkahwinan ini.

Pemberian hadiah itu akan diproses secepat mungkin sekiranya pemohon menghantar permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) segera.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.499251 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list