CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41591|Reply: 169

Yus Jambu Bakal Kahwini Model Sambilan

[Copy link]
Post time 5-2-2013 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Yus Jambu Bakal Kahwini Model Sambilan

KUALA LUMPUR, 5 FEB 2013: Sebaik saja kumpulan Jambu yang dianggotai Yus dan Tauke diumumkan sebagai naib johan program Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM), Yus secara rasminya telah mencanang satu Malaya bahawa dia akan menggunakan wang kemenangan tersebut untuk mengadakan majlis perkahwinannya nanti.

Namun, sehingga ke hari ini, Yus atau nama sebenarnya Yussry Edo,37, masih belum memberitahu identiti sebenar wanita yang telah pun bertakhta di hatinya sekaligus memikat hati Yus untuk menjadi suri dihatinya.




"Saya ni bukan jenis perahsia. Kalau ikutkan hati saya, saya nak beritahu semua bahawa dia adalah bakal isteri saya. Namun, demi menghormati permintaannya, saya rahsiakan dulu foto dan nama sebenarnya.

"Namun, untuk tidak mengecewakan orang yang dah bertanya, saya akan memberitahu sedikit demi sedikit siapakah dia orangnya. Nama pangkal dia adalah B dan dia berasal dari Taiping. Dia bekerja sebagai setiausaha ahli korporat dan juga model sambilan. Dia berumur 32 tahun.

"Saya baru saja empat bulan mengenalinya. Saya kenal dia pun menerusi facebook. Alhamdulillah, setakat ini saya suka dan mahu dia jadi isteri saya kerana dia sangat memahami saya," katanya kepada murai.com.my.

Membicarakan soal tarikh kahwin, Yus mengakui dalam persiapan menuju ke alam perkahwinan. Namun, Yus memberitahu berkemungkinan besar tidak akan bertunang kerana pernah kecewa dengan episod pertunangan sebelum ini.

"Ya, saya akan berkahwin dengan dia. Namun, tarikh yang tepat masih belum ada. Mungkin paling cepat tahun ni paling lewat pun tahun depan. Walaupun masih belum bertarikh, saya sudah merancang untuk membuat majlis kahwin ala kampung di pihak saya di Perlis nanti.

"Saya suka dia sebab wajahnya persis gadis kampung. Apabila saya kenal dia menerusi facebook, selama dua minggu dia tidak pernah tahu saya ini adalah artis atau pun Yus Jambu. Sehinggalah satu hari, kawan dia memberitahu dia dan dia sendiri bertanyakan identiti saya.

"Selepas kenal dan tahu siapa saya, dia tersangatlah memahami kesibukan saya. Dia pun wanita yang mempunyai wawasan dan bekerjaya. Setakat ini, saya sudah pun berjumpa dengan ahli keluarganya. Tapi saya belum datang ke rumahnya di Taiping. Kami berjumpa pun tatkala keluarganya datang ke Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini," jelasnya.






Meneruskan cerita, Yus bersyukur ayah dan keluarga wanita itu menerimanya dan memberikan pandangan positif terhadap hubungan mereka.

"Ayah dia yang nak berjumpa dengan saya. Dia nak kenal identiti dan perlakuan saya. Alhamdulillah, mereka suka saya dan mengatakan saya tidak seperti yang disangkakan. Maksudnya, pada mulanya mereka ingatkan saya ni kategori artis sombong dan belagak, tapi sebenarnya saya tidak.

"Saya pun mesra dengan keluarga dia. Ayah dia pun sporting dan sekepala dengan saya. Saya rasa saya tidak akan bertunang dengan dia. Kalau bertunang pun sekejap saja. Dulu saya dah 4 tahun menghadapi dilema bertunang.

"Terus-terang, saya sudah lama tidak merasa perasaan gembira sebegini. Jadi, doakanlah saya bahagia dan hubungan saya kekal selamanya," jelasnya.

Sementara itu, Yus berjanji apabila tiba waktunya nanti, dia akan beritahu dan mendedahkan wajah kekasihnya itu.

Sumber: Murai.com.my


.....belum penah kawen lg...atau duda

ebby yus gak x kawen lg..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2013 01:10 PM | Show all posts
mcm mana la artis2 ni jumpa pasangan kat facebook.. aku banyak kali dah try nak ngorat tam spider kt fb...ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 01:11 PM | Show all posts
Alhamdulillah...samp juga jodoh dia...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 01:11 PM | Show all posts
hamboi kenal kat facebook.

kalau ko tak glemer agak2 pempuan tu nak ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2013 01:12 PM | Show all posts
KarinaKapur posted on 5-2-2013 01:10 PM
mcm mana la artis2 ni jumpa pasangan kat facebook.. aku banyak kali dah try nak ngorat tam spider kt ...

tu laki org........
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 01:14 PM | Show all posts
mana gambo pompuan nya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-2-2013 01:15 PM | Show all posts
Parit.Hilton posted on 5-2-2013 01:11 PM
hamboi kenal kat facebook.

kalau ko tak glemer agak2 pempuan tu nak ke?

klu aku la....klu lelaki mcm yus jambu ni nk bkenalan...dr segi saiz kan paras rupanya ku sangka laki org je....tp jenis saiz begini jarang yg curang.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 01:15 PM | Show all posts
As usual: "Apabila saya kenal dia menerusi facebook, selama dua minggu dia tidak pernah tahu saya ini adalah artis atau pun Yus Jambu"  Takda astro warna ka??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2013 01:17 PM | Show all posts
prnh jmpa pak yus ni beli tiket bas kt putrajaya sentral..beli tiket ke perak rasanya...
msa tu die ngn sorg awek..tp x prsn plk rupa dia cmna..
sempoi je die time tu..moga brbahagia ye pak yus..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2013 01:19 PM | Show all posts
miawpink posted on 5-2-2013 01:14 PM
mana gambo pompuan nya?

pompuan tu x bg tunjuk lg....mgkin takut jd mcm  kerul fahmi,   mawi.....dan yg tkini amar asyraf dimana tunang/bakal tunang tidak disenangi peminat..........
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 01:19 PM | Show all posts
zaman sekarang ni kebanyakan artis yg bertemu jodoh kat laman sosial mmg mula2 akan cakap "saya tak tau pun dia artis pada mulanya".. jangan propa sudah lah.. apapun tahniah Yus.

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 01:20 PM | Show all posts
iza.moha posted on 5-2-2013 01:15 PM
klu aku la....klu lelaki mcm yus jambu ni nk bkenalan...dr segi saiz kan paras rupanya ku sangka l ...

.........

pengalaman sendiri k?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 01:21 PM | Show all posts
iza.moha posted on 5-2-2013 01:19 PM
pompuan tu x bg tunjuk lg....mgkin takut jd mcm  kerul fahmi,   mawi.....dan yg tkini amar asyraf  ...

oh macam tuh ke?
ke dia takut edil caras?
mcm kes tg fiela, nazmi ngan edil tuh?

opss terlebih suda
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 01:22 PM | Show all posts
kalu aku lh,kalu bru 4bln knal xleh nk ckp dh dpt mmahami hati masing2...baru sgt....true color xtau lg camane...tmbh2 lg knal mlalui facebook...dlm facebook ni byk y hipokrit....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 01:22 PM | Show all posts
jgn jd tredesak nk kawin sdh lah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 01:28 PM | Show all posts
apakah gf dia tu kawan ex wifey taukeh si Mira tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2013 01:28 PM | Show all posts
dari segi apa yus jambu cakap ni sampai tak nak tunjuk muka bakal isterinya for sure perempuan ni cun sgt
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 01:29 PM | Show all posts
camana la bakal isteri tu x tau dia tu artis .. satu malaysia rasanya kenal kut..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 01:29 PM | Show all posts
dia tak amik kot astro warna
tu yg tak kenal tuh
huhuhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 01:29 PM | Show all posts
Rezeki dia kan. Sedih tgk tgk rumah dia kat kmpg dulu yg berlantaikan tanah je...

Anyway, jambu the best
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.573925 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list