CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7691|Reply: 46

Sihir Pembenci

[Copy link]
Post time 1-2-2013 10:05 PM | Show all posts |Read mode
Salam bod MPS sy nak minta pertolongan sedikit,
Ianya mengenai abang-abang saya yang di beri sihir untuk membenci mak dan ayah saya

abang sulung kena nasi kangkang oleh isteri dia yang tidak suka akan keluarga saya apatah lagi
mak saya sampai abang saya tergamak keluarkan kata-kata menyakitkan hati pada mak saya.
sanggup dia kata tak ada hubungan dengan mak ayah saya malah kakak ipar saya
sms maki maki kata kata kesat pada mak saya tiada istilah hormat pada mak mertua bila dia susah
terhegeh hegeh cari mak saya tapi bila senang dia buat abang saya benci mak dan ayah saya

manakala abang kedua dah termakan hasutan bomoh untuk membenci mak dan ayah saya
sanggup melebihkan bomoh tu daripada mak dan ayah sanggup menghalau mak dan ayah saya
keluar dari rumah dia bomoh tu mengatakan yang mak saya bomohkan mereka sedangkan mak saya
tak pernah berbuat demikian untuk apa mak saya buat semua tu apa hasilnya yang mak saya dapat
kakak ipar 2 pula menendang ayah saya dulu dia benci kakak ipar 1 tapi sekarang bukan main kamceng
sedangkan mereka berdua tahu perangai kakak ipar 1 yang suka beri nasi kangkang & benda benda
kotor dalam makanan tapi sekarang mereka lebih dengar cakap kakak ipar 1 jilat ludah mereka balik

kini mereka berdua tidak mahu berjumpa dengan mak dan ayah saya apa cara yang harus saya
lakukan untuk sedarkan mereka dari terus menerus melakukan dosa derhaka pada mak dan ayah
dah bermacam perawat kami mencuba untuk menyadarkan mereka tapi semuanya hampa

yang paling saya benci mereka tidak beri anak-anak mereka untuk berhubung dengan mak saya
malah kakak ipar 1 fitnah sana sini katanya kami sekeluarga yang lari lari dia dah minta maaf tapi
mana ada malah di hinanya kami sana sini menjajah cerita cakap mak saya nie bukan mak yang baik
sebab buat bomohkan abang-abang saya siap cakap syukur pada Allah sebab abang sulung saya
dah buka mata nampak perbuatan mak saya la sedangkan kerja dia beri benda kotor macam darah
haid dia pada makanan apatah lagi mak dia sanggup tolong dia untuk buat kerja keji ini

saya dah tak tahu apa harus saya usahakan untuk sedarkan mereka selain berdoa tak sanggup
saya melihat air mata mak saya terus menerus mengalir mengigati mereka dengan keadaan
kesihatan mata mak saya yang sakit glucoma *kalau terus menerus menangis mata boleh jadi
kabur* saya harap forumer boleh tolong saya untuk usahakan cara menyedarkan mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2013 10:54 PM | Show all posts
Assalam. Awak cari perawat islam yang boleh ubat menggunakan sabungan unsur-unsur alam sebab pada pendapat saya  berpendapat tentu susah kalau nak suruh dengan menggunakan makan atau minuman. Ada sesetengah perawat perubatan didalam forum nie menggunakan taknik dari jauh. Tapi setahu saya akan banyak halangannya.....

Sambil tu banyak bacakan Yassin sambil niatkan didalam hati. Seeloknya ibu yang yang berdoa, cepat sikit makbulnya....

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 01:59 AM | Show all posts
diorang ni tak takut dosa ke..

kepada TT, sila edit bubuh koma dan noktah. mudah sikit nak baca
entah kenapa bila rasa macam tak cukup nafas.

cuba bacakan yaasin kat air ke, doa-doa sikit pastu hembuskan kat air tu,
bagi diorang minum.. kalau tak mau minum , jirus je ke muka   
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 03:26 AM | Show all posts
sblom aku keluarkan pendapat, aku nak tanya:

1) mana TT tau abang 1 dibomohkan dan dikangkangkan isteri...  siap kasik darah haid tu sume...
2) TT tau tak mana abang 2 dapat bomoh tu dan kenapa tetiba abang 2 panggil or berubat dengan bomoh tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 10:05 AM | Show all posts
pegi berubat gan ustaz2...kalo dah abg2 tu degil bt tak tau jer...abg2 tt tu lelaki...syurga di bawah tapak kaki ibu...dah dia nak menanggung dosa sgt biarkan jer la...tak kemana pun kalo anak menderhakai ibu n bapa...allah ttp akan turunkan bala tuk anak2 yg menderhaka...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 10:43 AM | Show all posts
syurga di bawah tapak kaki ibu
ni ambik dari mana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2013 11:18 AM | Show all posts
Bagi aku.. mak bapak sebaiknya berdoa je pada tuhan agar diberi petunjuk kpd anak2nya.. kalau begitu lah perangai anak2nya, kalau aku lah, baik je pergi jauh ke tempat lain.. so, aku suggest :

1) mak bapak, pi berhijrah ke tempat lain, jauh dari mereka yg derhaka tu dan rahsiakan tempat, agar dapat ketenangan dan boleh beribadah dgn baik

2) mak bapak, bila dah berhijrah tu, berdoalah kpd Allah, terpulang lah kpd Allah nak bagi bala atau nak bagi pengajaran/petunjuk kpd mereka yang derhaka tu

Anak2 mak bapak tu dah terlalu kurang ajar dan biadab, lebih, malah sampai menendang Ayah & memaki Ibu, walhal berkata "huh" pun dah berdosa, bagi hati terguris pun berdosa, apatah lagi mendatangkan kesakitan fizikal & menghalau ibu bapa.

Biar mak bapak, pi berhijrah, duk pondok agama ke, mana2 ke, biar jauh dari yg derhaka tu dan rahsiakan lah.  Tumpu kpd beribadat, banyakan solat sunat & sedekah.. Tengoklah nanti, kalau begitu, nanti pasti ada yang "menggelupur" nak mintak ampun pd mak bapak. Kalau aku jadi mak bapak, biar aku pi jauh2, biar mati pun depa tak tau, biar mereka tanggung dosa dan bayar di akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 11:22 AM | Show all posts
Radzor posted on 2-2-2013 10:43 AM
ni ambik dari mana?

Syurga di bawah tapak kaki ibu tu memang betul...

Dari http://serangga07.multiply.com/journal/item/31
Syurga di Bawah Tapak Kaki Ibu.
Terdapat satu hadith yang masyhur diketahui oleh ramai orang iaitulah:
الجَنَّةُ تَحْتَ أقْدَامِ الأمَّهَات
Maksudnya: “Syurga itu berada di bawah telapak kaki para ibu.”  Hadith ini diriwayatkan oleh Ibn ‘Adiy (ابن عدي) dan al-’Aqiliy (العقيلي) di dalam al-Dhu’afa’ daripada Ibn ‘Abbas R.’anhuma. Tentang hadith ini al-’Aqiliy berkata ia Mungkar. Al-Albani pula berkata ia hadith Palsu[12].
Akan tetapi terdapat hadith lain yang membawa makna yang sama dengan hadith ini, iaitulah hadith dari Mu’awiyah bin Jahimah (معاوية بن جاهمة ) yang datang kepada Nabi S.A.W. dan berkata:
يا رسول الله أردت أن أغزو، وقد جئت أستشيرك, فقالهل لك أم؟ قال: نعم. قال : فالزمها فإن الجنة تحت رجليها
Maksudnya: “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi perperang, aku datang untuk meminta pandangan-mu. Nabi S.A.W. bertanya: Apakah kamu mempunyai ibu? Jawabnya: “Ya”. Sabda Nabi S.A.W.: Peliharalah (berbuat baiklah kepada) dia, sesungguhnya syurga berada di bawah dua kakinya.”[13]
Kesemua ayat al-Quran dan hadith-hadith bersama dengan huraian para ulama yang disertakan di atas menunjukkan kepada kita kepentingan berbuat baik kepada ibu-bapa.  Memelihara ibu-bapa yang sudah tua, bukanlah suatu perkara mudah untuk dilakukan. Mudah-mudahan tulisan yang serba kekurangan ini dapat memberikan motivasi, sesungguhnya setiap perkara yang susah itu memiliki ganjaran yang cukup besar di sisi Allah S.W.T.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2013 12:29 PM | Show all posts
k_a_a posted on 2-2-2013 11:22 AM
Syurga di bawah tapak kaki ibu tu memang betul...

Dari http://serangga07.multiply.com/journal/ ...

apa yang menyebabkan si penanya ni bertanya pada kamu soalan begini..

ada dua perkara: Jika kamu tidak menghormati ibumu maka kamu juga tidak menghormati tuhanmu. (malas nk copy paste dari mana..)
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 12:46 PM | Show all posts
sebagai pembaca hanya bole mengklasifikasikan masalah ini dari sudut pandangan individu secara rambang.

ada beberapa konklusi yang dapat saya terjemahkan:
- muingkin juga ibubapa kamu juga pernah melibatkankan diri secara langsung atau tidak dengan perkara2 begini untuk tujuan tertentu, kerana apabila kita mula melibatkan diri dengan perkara syirik pasti akan ada kesan berpanjangan yang harus kita terima. mungkin pada mulanya tujuan untuk kita mendapatkan sesuatu dengan mengikut kemahuan kita terlaksana...tetapi akan tiba satu masa dimana turn-around point mula terjadi. Akan timbulah sepertimana yang kamu alami.
- untuk mengelak dari berterusan, kembali kepada azali dan berserah pada Allah, pasti ada yang tersirat dan terselindung untuk kita fahami. belajar menerima ketentuan ini dan redha kerana bila kita redha dan sabar paasti akan dipermudahkan jalan kita serta jangan lupa setiap kejadian ada sebab dan penyebab dia.
- mencari bomoh bukan penyelesaian dia, ianya akan menyebabkan kamu sekelurga semakin jauh menyimpang dari akidah, kalau benar sihir lawanlah dengan benar dan buktikan dan hancurkan semuanya. cari sesiapa yang kamu percaya dari kalangan orang yang membawa jalan yang benar.

maaf kalau kenyataan saya mengguris perasaan kamu. hanya pendapat dari saya.



Last edited by rospinki on 2-2-2013 12:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 12:52 PM | Show all posts
salam..bila hati dah marah..memacam kita akan kata..sebelum tu..awak dah selidik ke?
betul ke  abang awak kena nasik kangkangan padu maut...?
betul ke abg awak ade bela bomoh?..maksud saya rapat dengan bomoh tu la..
ade awak nampak ke?..ade orang bg tahu ke?...
kalau makhluk halus yg bagi tahu..betul ke?

satu tips saya bagi..kalau orang itu berjumpa makhluk ghaib dgn cara rasukan atau pun direct link ngan kita..
awak harus ucap ni je."adakah kamu datang kepada ku hanya kerana ALLAH dan MUHAMMAD?
kalau dia menipu tapi dia berkata ya..kat situ jugak dia meletup dan terbakar..mencicit dia berlari dari kamu...
kalau dia terdiam..katakan lah..sesungguhnya ALLAH itu maha pengampun,jika makhlukNYA kembali kejalan yang diredhaiNYA

selidik dulu..kalau benar..cari la jalan penyelesaiannya..pasal tok bomoh tu jgn khuwatir..
pasal nasik kangkangan padu maut tu pulak..curi2 le kasi air anugerah(saya dah cuba tapi pasal menda lain le)..
selalukan makan nenas,menda2 yg boleh menyucikan perut dan hati sblm gi merawat..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 03:50 PM | Show all posts
simpatinyee tp mcm nak semput bace.. awat tade noktah

mane u tau abg u terkena nasi kangkang hangit tuh..?.. mohon bertabah hokehh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2013 05:26 PM | Show all posts
Ini saya nak kisahkan mengenai abang sulung di mana saya tahu dia kena nasi kangkang....

Dulu selepas kahwin abang kena nasi kangkang tapi tidak sampai benci pada mak cuma dia abaikan tanggungjawab
dia sebagai anak ikutkan semua cakap isteri dia malah sanggup tengking mak hanya kerana isteri dia

lama jugak mak berikhtiar untuk sedarkan dia Alhamdulilah setelah anak 2 keluar dia sedikit demi sedikit sedar

untuk pengetahuan semua abang saya jenis care sangat pada mak selalu call pagi tengah hari petang segala
sakit pening mak memang dia utamakan pernah mak pengsan dia menangis, saya nie kira adik paling dia sayang
pon turut dia benci juga. Bagi saya dia adalah abang paling care pasal adik adik.....

naluri seorang ibu dapat merasakan yang anak dia memang dah terkena nasi kangkang tapi mak diam jek mak
tak cakap pada siapa-siapa cuma mak ada minta pendapat dengan seorang ustaz kira ustaz nie selalu tolong
rumah saya ada benda yang menumpang. Bila ustaz nie sama-sama dengan mak istikaharah memang benar
abang saya kena nasi kangkang.

hancur luluh hati mak saya. Kejadian nie berlaku 3 hari sebelom raya sudah lah mak masih bersedih atas kematian
nenek then abang pula secara tiba tiba benci pada mak malah bila nampak mak abang palingkan muka seolah
olah jijik memandang mak

Adik ipar kepada kakak ipar 1 (kira sebut macam mana ye) kira boleh berubat menerusi cara menurun. Anak-anak
buah saya rapat dengan mak saya, mereka selalu mengadu dengan mak mengenai perbuatan mama mereka
yang gemar call adik ipar or mak dia mintak cara nak buat abang supaya jadi bodoh ikut semua kehendak dia.
Anak2 buah saya tak suka perbuatan mama mereka, bila dah jadi begini anak2 buah saya kecewa sangat
lelagi yang sulung sampaikan dia tidak mahu berbual dengan papa dia lagi.

Sampaikan sekarang abang turut benci pada mak saudara saya malah dengan sepupu2 pon dia turut benci bila
nampak mereka cepat-cepat abang palingkan muka. Puas mak & bapa saudara saya nasihatkan abang jangan buat
begini pada mak bapak Allah marah nanti macam-macam bala boleh terjadi tapi abang diam seribu bahasa. Sahabat
abang turut nasihat tapi kakak ipar yang melebih lebih menjawab.

Kakak ipar suka sangat gunakan account anak dia untuk sekodeng facebook saya. Sibuk nak tengok saya update apa
malah menyamar menjadi anak saudara saya. Bila dengan abang dia cakap saya hasut hasut anak buah malah maki maki
kat facebook mengata pasal abang padahal sedikit pon saya tidak sentuh soal mereka kat facebook saya.
Anak buah mengadu dengan saya yang mama dia menyamar jadi dia so anak buah minta saya untuk berhati-hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2013 06:02 PM | Show all posts
Ini pula kisah abang kedua saya macam mana dia jumpa bomoh tu & terikut-ikut.

Abang jumpa bomoh itu ketika dia perlukan seseorang untuk membantu perniagaan dia. Perniagaan dia hancur atas perbuatan
khianat manusia yang sakit hati melihat perniagaan abang berjaya.

Bomoh nie mengaku kononnya wali wali Allah turun dalam badan dia. Boleh dikatakan hampir tiap tiap malam abang akan pergi jumpa, bomoh tu nak kasi ilmu dia pada abang jadi abang boleh la ubat-ubatkan orang.

Abang saya nie pon jenis care pasal mak selalu cari ubat yang boleh untuk sembuhkan mak. Hormat & sayang mak.
Bila dah kenal bomoh nie saban hari call mak salahkan ayah pasal perniagaan dia merosot. Bomoh kata ayah penyebab utama malah makin hari abang mula membenci ayah. Pernah ayah pergi rumah abang, then abang halau ayah keluar.
sejak abang perpindah ke rumah baru bomoh tu duduk berkampung dengan dia sekali.

padahal sebelum raya abang masih okey dengan mak cuma selepas raya abang terikut ikut perangai abang sulung
salah kan mak bermacam-macam katanya abang sulung pergi rumah dia menangis nangis cerita entah apa yang
dia cerita entah la malas nak amek tahu menambahkan luka di hati.

Kakak ipar pon turut serta berubah dengan membenci mak saya. Sebelum nie dia sayang mak saya hormat mak saya
selalu sms tanya khabar gurau-gurau dengan mak saya. Dia benci kakak ipar 1. Tapi sekarang dia pon ikut segala cakap
kakak ipar 1.

Abang sms mak cakap kononnya belakang mereka, mak menjaja cerita mereka pada kakak ipar 1 sedangkan cerita pasal
mereka dengan kakak ipar 1 langsung mak tak pernah. Malah kakak ipar 1 suka sangat korek korek cerita pasal mereka
dengan mak, tapi mak tahu perangai kakak ipar 1 so mak tak de bukak mulut langsung cerita pasal mereka.

Untuk pengetahuan semua mak & ayah banyak bantu abang uruskan perniagaan dia dari segi duit, malah dalam masa yang sama ayah turut menolong menjualkan barang-barang abang dengan kawan-kawan ayah, sebaliknya abang makin bongkak.
pernah sekali ayah suarakan pada abang yang kawan dia nakkan baja then abang cakap bomoh suruh letakkan harga tinggi kalau nak dia amek kalau tak nak sudah. Ayah mengadu pada mak kata mana boleh buat begini nanti tak akan ada orang nak.

makin lama makin lama bomoh tu kata pada mereka yang mak saya guna-gunakan mereka. Sudah lah mereka benci ayah now benci pada mak pula. Ayah memang tak suka bomoh tu guna kereta kedua-dua abang saya. Ayah bising kata buatnya dia seludup dadah tak pasal-pasal nanti mereka pula kena bertanggung jawab. Ayah dah geram so ayah nak jumpa bomoh tu tapi bomoh tu lari lari dari ayah dia cuma berani bila abang ada bersama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2013 06:04 PM | Show all posts
eyansss posted on 2-2-2013 03:26 AM
sblom aku keluarkan pendapat, aku nak tanya:

1) mana TT tau abang 1 dibomohkan dan dikangkangkan  ...

saya dah ceritakan pasal kedua-duanya secara kasar....

@DumBell : saya dah ceritakan macam mana saya tahu yang abang kena sebab perbuatan abang memang lain berubah 100% daripada penyayang jadi pebenci...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2013 06:05 PM | Show all posts
cagOO posted on 2-2-2013 03:50 PM
simpatinyee tp mcm nak semput bace.. awat tade noktah

mane u tau abg u terkena nasi kangkang  ...

saya tak pandai sangat nak bercerita menggunakan noktah maaf ye....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2013 06:06 PM | Show all posts
DumBell posted on 2-2-2013 12:52 PM
salam..bila hati dah marah..memacam kita akan kata..sebelum tu..awak dah selidik ke?
betul ke  aban ...

saya dah tak boleh nak jumpa mereka untuk kasi air or makanan sebab mereka dah buang kami sekeluarga...
mereka dah tak nak jumpa kami lagi....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2013 06:09 PM | Show all posts
k_a_a posted on 2-2-2013 11:18 AM
Bagi aku.. mak bapak sebaiknya berdoa je pada tuhan agar diberi petunjuk kpd anak2nya.. kalau begitu ...

mak ayah saya dah berpindah jauh itu pon kakak ipar 1 yang sebuk mengendap rumah kami tengok tengok sedangkan abang sedikit pon tak jenguk bertanya walau pon dia nampak kami sedang angkat barang-barang....

mak dah baca yasin & berdoa apa yang saudara mara kasi untuk baca doa mak ikut.. Sebab satu mak saudara nie selalu pergi kelas agama so apa ilmu yang dia ada dia kongsi dengan mak.

semua mak saudara saya dah geram dengan perangai abang-abang saya.

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 10:28 PM | Show all posts
shahhana posted on 2-2-2013 06:05 PM
saya tak pandai sangat nak bercerita menggunakan noktah maaf ye....

its ok.. iolss cube memahaminye
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 11:28 PM | Show all posts
k_a_a posted on 2-2-2013 11:22 AM
Syurga di bawah tapak kaki ibu tu memang betul...

Dari http://serangga07.multiply.com/journal/ ...
Kesemua ayat al-Quran dan hadith-hadith bersama dengan huraian para ulama yang disertakan di atas

mana ayat al Quran nya?






Last edited by Radzor on 2-2-2013 11:34 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.106824 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list