CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6132|Reply: 11

CARA MEMILIH GYM YANG SESUAI UNTUK LELAKI

[Copy link]
Post time 26-1-2013 08:48 PM | Show all posts |Read mode
salam buat pembaca semua berikan koment dan cadangan dan sebagainya....Ketika ini ramai dari lelaki sudah mulai pandai menjaga bentuk badan.

Oleh itu ada yang memilih untuk membuat latihan di gym ataupun hanya berjoging. Memilih gym kadang kala menjadi agak sukar kepada sesetengah orang.

Pernahkah anda jumpa seseorang yang sangat cerewet?

Ada saja yang tak kena dengan gym yang dimasukinya. Sama ada, dari segi peralatan, persekitaran, kebersihan dan sebagainya.

Bagaimana memilih gym yang sesuai?

1. LOKASI
Carilah gym yang berdekatan dengan anda. Sama ada berdekatan dengan rumah atau berdekatan dengan pejabat. Walaupun terdapat gym lain yang begitu menawan hati pada jarak 1 jam perjalanan, percayalah, anda hanya bersemangat pada bulan-bulan pertama sahaja.

2. TEMPAT LETAK KERETA
Perkara pertama saya suka tekankan, lebih-lebih lagi yang memandu kereta, pastikan gym tersebut ada tempat letak kenderaan yang mudah. Saya pernah ke satu gym, pusing 10 kali kawasan tersebut pun belum jumpa tempat letak kenderaan. Akhirnya masuk gym dengan mood panas, bukan mood latihan.

3. BAYARAN
Periksa bayarannya, adakah terlalu mahal atau terlalu murah, sesuai dengan kemampuan kita. Janganlah menghabiskan 30 peratus daripada gaji untuk bayar yuran gym dan akhirnya makan mee segera sahaja setiap hari.

4. MASA OPERASI
Pastikan masa operasi gym kena dengan masa anda.

5. PERALATAN
Pastikan peralatan sesuai dengan sasaran anda. Jika ingin menjadi ahli bina badan janganlah pilih gym dengan dumbbell terberat hanya 15 lbs.

6. KEBERSIHAN
Sanggupkah anda berlatih di gym dengan tandas yang teruk, berbau? Sanggupkah anda berlatih di gym dengan bau ikan? Saya pernah berlatih di gym dengan lebih 10 akuarium. Rasanya dulu, tuan kedai itu nak buka kedai ikan tetapi tersilap beli mesin.

7. PERSEKITARAN
Pastikan persekitaran sesuai dengan anda. Bayangkan anda seorang berusia 20 tahun manakala yang lain 60 tahun. Kalau boleh bergaul tidak mengapa, tetapi jika anda jenis yang tidak tahu bergaul, masak dibuatnya. Kemesraan antara ahli gym serta staf juga memainkan peranan.

8. JURULATIH
Paling penting, pastikan ada jurulatih bertauliah. Bukan masuk gym sahaja dah suruh ambil steroid.

oleh itu ingin saya tekankan pilihlah gym yang berdekatan dengan tempat anda dan yang tidak mengambil masa perjalanan untuk ke sana..dan pastikan persekitan gym tersebut membuatkan anda merasa selesa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2013 09:00 PM | Show all posts
aq selalu pg gymnastic utk cuci mata. wat senaman mata berpeluh juga aq bakar kalori 350 kcal  satu sesi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2013 12:36 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 26-1-2013 09:00 PM
aq selalu pg gymnastic utk cuci mata. wat senaman mata berpeluh juga aq bakar kalori 350 kcal  sat ...

alaaa....u bukan nye pergi gym pun..
yg u pergi gymnastic buat..
cuci mata sahaja..
bukan dpt apa2 pun..
dapat memang dpt lh u boleh cuci mata..


Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 09:21 AM | Show all posts
aku selalu pegi gym..tapi kadang2 waktu kerja yang tak menentu membataskan segalanya. sekarang ni aku berlatih angkat dumbell kat rumah je lepas anak2 tidur..

yang penting jangan lupa makan whey protin. baru badan cepat membentuk
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 11:33 AM | Show all posts
pada saya, kalo nak pegi gym, pegi gym yg tak berapa komersial, sbbnya lebih murah, dan ahli-ahli gym pun lebih friendly. yg commercial gym mcm CF dan FF tu, alahai...even fitness instructor yg betul2 qualified pun tak suka pegi situ.

penah pegi CF skali, fitness instructor perempuan dia, alamak aih...lembik je...cemana leh dpt qualification pun taktau la...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 01:57 PM | Show all posts
tgk masa dan disiplin jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2013 05:52 PM | Show all posts
saya buat bodyweight exercises dengan kettlebells saja kat rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 12:22 PM | Show all posts
suka pergi gym yang ramai pempuan masuk..
biasanya pempuan yang menjaga keterampilan suka pegi gym and pakaiannya pun ala2 nak pegi erobik..

hmmm nyambil2 cuci mata...best gak pemandangan nampak benda yang bulat2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2013 03:04 PM | Show all posts
Sabun Herba Big M
Sabun Herba untuk mengekalkan bentuk dan penegangan payudara. Selain dari itu ia merangsang 'mammary gland' supaya kekal active dan ini antara punca kesihatan kepada payudara agar sentiasa sihat dan kekal cantik. Ianya selamat digunakan dan tidak memberi kesan sampingan. Sabun ni dirumus dari campuran Herba yg terpilih KHAS dan diproses dengan menggunakan teknologi terkini...

Kandungan:
Caffeine Tea Salicylate Panthenol, Pegaga, Glycerin, Minyak Lanolin

Membantu:
*Menegangkan Payu Dara
* Memejalkan struktur Otot Payu Dara
* Membesarkan PayuDara
*Mencantikkan Struktur Payu Dara secara semulajadi, Selamat & berkesan.

Cara Guna:
-Buat buih pekat (buihnya pekat creamy-type), urut pada payudara dgn urutan dari bawah ke atas hingga ke collar-bone, lakukan berulang kali
-Biar seketika, sambil buat urusan lain. (tujuannya nak beri masa untuk herba meresap ke dlm kulit)
-Bilas seperti biasa dan mandi.
-Amalkan sekurang-kurangnya 2 x sehari.

Minat boleh hububgi 0174899179.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 01:10 AM | Show all posts
bosang g gym..nak pakai kasut la ape laa..
beli dumbell..sit up bench..mat..
nak plan beli home set gym tue...

#wat gym kt umah seniri lagi best kot..LOL..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 09:14 PM | Show all posts
kalau gym yang train kita untuk fighting sekaligus bina kekuatan kat mane bagus ye?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 11:54 PM | Show all posts
kalo korang boleh allocate fix time utk workout/exercise better korang join bootcamp...biasanya bootcamp instructor dia lebih bagus & activity dia agak fun wlaupon menyeksakan...haha...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.408979 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list